>> 5 Terkini :

Wednesday, 30 March 2016

Punca Harakah cetak tak laku disebabkan faktor sabotaj atau ahli dah tak minat membaca

M.A Shah, 

\
TERBUKTI SEBENARNYA JUALAN HARAKAH SEMAKIN MEROSOT... PUNCA UTAMANYA IALAH ORANG DAH TAK NAK BELI...

LALU BILA DAH ORANG TAK NAK BELI MAKA MACAM-MACAM HUKUM DIKELUARKAN SEHINGGA KELUAQ HUKUM WAJIB KENA LANGGAN HARAKAH UNTUK AHLI...



IZZUREE : HARAKAH TAK LAKU DI PENANG & ZON UTARA

Harakah diedar 5000 naskhah di Pulau Pinang dan zon utara setiap bulan. Tetapi antara 3500 - 4000 naskhah dipulangkan kembali kepada ibu pejabat Harakah Pusat di Kuala Lumpur.

"Ini amat membimbangkan, sama ada disabotaj atau kurang sambutan daripada ahli PAS yang kurang berminat membaca harakah."

Demikian penjelasan Setiausaha PAS Pulau Pinang, Izzuree Ibrahim bekas Ahli Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP) yang dipecat oleh Kerajaan Negeri.

Petua nak bagi TV3 & SPRM serta pendedak UMNO tak bising apabila nak beli rumah macam cina Lim Guan Eng

Adam Al-Pekani,

Hari hari sekarang ini di berita Tv3 dimainkan kononnya Dosa Lim guan Eng membeli rumah banglo...belum Sprm siasat dan mahkamah jatuh hukum , berita TV3 seolah sudah menghukum LGE..mengalah SPRM.....

Jadi sekarang gua nak tanya Mcmana pulak dengan Banglo mewah milik ADUN UMNO Bn Pulau Pinang?

ADUN Pembangkang P.Pinang boleh mampu hidup di istananya sekian lama?

Apakah kerana ADUN Umno ini berbangsa melayu maka segala yang dimiliki, segala yang dinikmati , segala yang diperolehi bebas dari undang undang?....

Ini dia rumah ADUN BN P/PINANG... hangpa tengok sendiri laaa...jika nak dibandingkan dengan rumah GUAN ENG yang disiasat oleh SPRM sebab beli murah...

Pengajaran dan petua dia sekarang nak beli rumah kena jadi AHLI UMNO lepas tu pie beli yang mahal-mahal... baru tak masuk TV3 dan fail SPRM....







Tuesday, 29 March 2016

Kerjasama PAS/DAP.. Antara apa yang dikatakan Haji Hadi adakah dia sudah terkena sumpahan "PIL KUDA"..????


LIHATLAH APA HJ HADI KATAKAN DAHULU APABILA BEKERJASAMA DENGAN DAP... SEDAP DIA KATA RAKYAT YANG TAK FAHAM MATEMATIK MEREKA YG MENOLAK KERJASAMA DENGAN DAP NIE...

OKLAH ANDA DENGARLAH DULU APA KATANYA....

video

NAMPAKNYA APABILA RAKYAT SEMAKIN FAHAM AKAN MATEMATIK YANG BELIAU KATAKAN ITU TETIBA SEKARANG BELIAU SENDIRI PULA MENIMBULKAN KEMUSYKILAN DAN PERSOALAN MATEMATIK TERSEBUT SEDANGKAN SOALAN ITU BELIAU SUDAH JAWAB DENGAN LAFAZ YANG FASIH DAH DAHULU...

ANDA DENGARLAH DAHULU APA YANG DIPENINGKAN SEMULA OLEH BELIAU...

video

JIKA BEGINILAH CAKAPNYA MAKA TIDAK SALAH LAGI BELIAU BOLEH DIKATAKAN TERKENA SUMPAHAN "PIL KUDA"....KERANA APABILA SESEORANG TERKENA PIL TERSEBUT MEREKA AKAN MULA CAKAP MERACAU...

SATU LAGI MUNGKIN PUNCA NAIK NATANG NIE KOT BELIAU JADI MACAM TUU...



Upacara Pendewaan Ke Atas Makhluk..
Posted by Teuku Zacharyah Iskandar on Sunday, 27 March 2016

Jika Bukan kerana Din Ayam itu Menantu Haji Hadi.............

Ipoh Mali


Rupanya Petang ni ada lagi jenaka hebat dari PAS.. kali ni dari Menantu Haji Hadi si Din ayam.. yang dia sibuk hal Lim guan Eng buat apa.. tulisan macam budak2.. pernah kah dia Cermin diri dia.. kalau dia bertanya kepada Lim guan Eng layak menerima harga rumah murah.. kami pun nak bertanya.. Jika Bukan kerana Din Ayam itu Menantu Haji Hadi..

1- Layak kah bekas peniaga pasar malam dan agen insuran , Duduk di Kerusi Penasihat Syariah GLC Selangor dengan Elaun puluhan ribu ? bukan kah Pengerusi Perangsang, Raja Idris hari ini adalah bekas Pengurus GLC Terengganu, Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO TDM Group yg pernah dilantik haji Hadi ketika menjadi MB Terengganu yg juga abang Raja Petra.. apakah sebab ini Haji Hadi bermati matian mempertahan kan TSKI ? Conflict Of Interest ?

2- Layak kah Din Ayam Mendapat tawaran Saham Setengah Juta dari Perangsang tidak sampai 2 tahun dilantik ? apakah ada kaitan dan habuan dari TSKI ? dan sebabnya Haji Hadi beria ia mempertahankan TSKI sebagai MB?

3- Layak kah dia dilantik Ahli Majlis Syura Ulama? dimana ketokohan Ulama dan keilmuan dia ? apakah ketika itu dia dilantik disebabkan Ketua Dewan Ulama ketika itu harun Taib adalah rakan karib Haji Hadi?

4- Layak kah bekas peniaga pasar malam ni pakai BMW kononnya di katakan dibeli dibawah nilai dan di ubahsuai ?

5- Layak kah Din Ayam Mengeluarkan Watikah Calon Kota Damansara, melangkaui kuasa SU Agong PAS dan Majlis Pakatan, jika bukan Bapa Mertua dia Presiden PAS?

6- Layak kah dia memegang Jawatan YDP Kawasan PAS dan AJK PAS pusat jika bukan bapa mertua dia Presiden PAS?

Tidak ada satu pun bukti, ketokohan, Keilmuan Din Ayam untuk dia berada di tempat dia Sekarang.. Semuanya Kerana Pak mertua nya Haji Hadi..

Itu belum kita Soal isu No Plat mewah kereta Haji Hadi yg benilai puluhan ribu, tetapi Haji Hadi dapat percuma.. smile emoticon he he.. lain kali nak tunjuk pandai.. pandang kiri kanan dulu Din Ayam...

Segaknya PRESIDEN PAS diatas kereta kuda...!!!



Upacara Pendewaan Ke Atas Makhluk..

Posted by Teuku Zacharyah Iskandar on Sunday, March 27, 2016


Monday, 28 March 2016

Dari seorang tokoh yang dikagumi akhirnya menjadi seorang manusia yang aku meluat akan strategi politiknya


Catatan ringkas bagaimana perubahan pandangan saya terhadap Hadi Awang menurut kronologi :-
.
1979 - 1997 ----- Saya sangat kagum dengannya.... bagi saya, tidak ada lagi orang lain yang sealim dia di Malaysia.... Dia ceramah sedap, baca khutbah Jumaat pun tak payah pakai teks.... dan saya sangat percaya dia pandai bahasa Arab.... Maknanya, sudah tentu dia faham seluruh ayat yang terkandung dalam al-Qur'an dan faham semua hadis... Itu yang membuatkan saya kagum sangat...... Ketika itu, saya percaya sesiapa yang tidak sokong PAS memang kafir, dan saya tidak solat di belakang imam yang diketahui menyokong UMNO.... (aku mohon keampunan Allah di atas kejahilan itu).
.
1998 - 2003 ----- Kekaguman saya terhadapnya mula hilang sedikit demi sedikit, kerana usia saya semakin matang dan sebenarnya tidak nampak di mana kehebatannya.... Tetapi saya tetap hormatkan dia.

2004 - 2007 ----- Saya mula ragu-ragu terhadap kemampuan dan kejujurannya dalam berpolitik, dan mula timbul was-was terhadap ajaran agama dan fahaman yang dibawanya.... Rasa hormat saya mula hilang sedikit demi sedikit, tetapi saya tetap menahan diri dari mengkritiknya secara terbuka.
.
2008 - 2013 ----- Saya mula percaya bahawa dia seorang yang tidak jujur, berpura-pura, berbuat khianat, dan cakapnya tidak boleh dipercayai.... Saya yakin dia bercakap bohong dan hatinya tidak ikhlas.... Saya mula meluat dengannya, terutama selepas PRU-2008.

2013 - 2015 ----- Rasa menyampah makin kuat bahkan sudah bertukar menjadi benci, terutama selepas PRU-13.... Selepas krisis MB Selangor, saya tidak percayakan dia sama sekali.... Saya anggap dia adalah seorang lebai yang jahat.
.
Sekarang ------ Melihat kepada telatahnya, terutama bila dia bercakap melalut-lalut tentang agama dan politik, dengan mengeluarkan falsafah yang entah apa-apa; dan yang terakhir sekali bila melihat video dia diusung di atas kereta kuda dengan melambai-lambaikan tangan...... 

Maafkan saya wahai Tuan Guru Hj Hadi Awang......

Friday, 25 March 2016

Ulama muda Pas lebih sudu dari kuah...

DR FAUZI ZAKARIA


Dikalangan bekas aktivis Pemuda sejak awal 1980-an seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa telah terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kepada Jamaah (Pas).

Berjuang sejak daripada zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yang tidak seberapa. Tetapi mereka inilah yang berjuang sejak zaman kelam, sejak umum masyarakat Malaysia tidak faham sangat apa itu Islam.

Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf ulama melainkan hanya sebagai tukang baca doa selamat.

Dikalangan bekas aktivis Pemuda inilah yang berjuang menegakkan politik Islam, mereka inilah yang memperjuangkan kedudukan ulama sehingga kepimpinan ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dalam Jemaah.

Kini nama-nama mereka ini dijaja oleh sekumpulan ulama muda pendatang baru dalam jemaah, sebagai munafiq jemaah.

Apakah ahli Pas boleh melabel sahabat dengan label begitu? Saya sezaman dengan Husam zaman tidur-bangun di Pejabat Pas Jalan Dato Pati.

Husam baru grad Universiti Malaya (UM) pada 1984. Saya pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah bersama menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

Sebagai "orang Mekkah" saya mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jemaah di Malaysia hatta dapat berbincang dengan sebebasnya dengan bekas pimpinan Umno.

Saya mendengar kenaikan taraaf Husam di dalam jemaah.

Di satu majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah, saya berbicara dengan Tan Sri Sanusi Junid pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh.( jam 3.00 pagi waktu Saudi). Beliau nampak potensi pimpinan masa depan politik Melayu Islam dalam barisan muda Pas.

Antara yang kerap disebutnya, Husam Musa. Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya sertai semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lebih jadi pemerhati akademik.
Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis-majlis akademik di kampus. Memang zaman semesra bersama melepak di Pejat Pas Jalan Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia "Datuk" sukarnya dia nak panggil saya "Doktor".

Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat-sahabat lama ini. Sebagai orang akademik yang tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya, hati saya semacam mengesahkan apa yang pernah disebut oleh Tan Sri Sanusi Junid 2008 di Jeddah dulu.

Namun orang akademik berhadapan dengan realiti hanya boleh berharap dan mengimpikan.
Para pemain politikus lebih cekap mengelecekkan bola politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yang mungkin ideal.

Tiba-tiba akhir-akhir ini petaka apakah yang menimpa, pemimpin yang kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kepada kami bekas anak-anak muda yang telah mendokong begitu lama.

Apakah dengan gara-gara kemunculan kumpulan anak-anak muda baru yang menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami dikalangan bekas Pemuda ( bukan ulama) tidak di kasihi lagi.

Dalam ucapan terakhir pemimpin yang kami kasihi ini kedengarannnya macam menghalau saja kami dari lengkongan jemaah yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."

Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dalam muktamar. Tidak ada siapa berhak menghalau sesiap daripada jemaah ini. Allah dan Rasulnya yang meminta umat ini bersatu dalam jemaah.

Maka sesiapa berjemaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan Allah swt. Siapa kita yang boleh berasa orang lain boleh berambus daripada jemaah yang kita sayangi bersama.

Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli-ahli bawahan menghormati ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.

Selama ini sejak lebih setengah abad Pas meredah perjuangan Siyasah Islamiyyah. Pendokong bawahan menjunjung tinggi kedudukan ulama tanpa dipinta. Masa itu rasanya tidak ada anak menantu pimpinan ulama turut mahu membolot persada kuasa.

Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak untuk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa-apa nama yang agak rasmi boleh diminta.

Namun penghormatan yang hakiki tidak boleh dipaksa. Saya dan pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kepad Mat Sabu yang menaiki Timbalan Ketua DPPP.

Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Abu Bakar Chik dengan menjatuhkan kepimpinan Ustaz Ab Halim Arsyad.

Kami satu rombongan datang ke Rusila menemui Timbalan Presiden ketika itu Tuan Guru Haji Hadi Awang menyatakan pendirian kami.

Tuang Guru Haji Hadi menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jemaah. Kami terima. Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan ulama seperti allayarham Ustaz Haron dan Ust Yahya Uthman.

Memang kam tidak jemput Mat Sabu dan pimpinan Pemuda bagi pengisian. Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagai nak mati memenangkanya.

Puas hati degan prestasinya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat Pas beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jemaah.

Beliau hidup sederhana, sepanjang dua penggal sebagai ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam dipikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali-kali kerana perjuangan. Begitu hebat pengorbanannya dalam perjuangan.

Saya cabar adik-adik baru dalam Pemuda yang kutuk Mat Sabu.

Kamu yang hidup dengan imej kehidupan mewah dengan kereta mewah, sanggup kamu kutuk orang yang tidak pernah berkereta sepanjang jadi ahli Parlimen.

Kamu diangkat ke pentas ceramah/kuliah berbayar RM ratusan sejam, sanggup kamu kutuk orang yang berceramah dengan dibayar harga ISA.

Sila berMUHASABAH

*Penulis Dr Fauzi Zakaria adalah veteran Pas

Thursday, 24 March 2016

Hutang Surat Khabar Harakah semakin meningkat ke RM2juta...!!!

APA GENG USTAZ DAH BUAT DENGAN HARAKAH SAMPAI HUTANG MENINGKAT 2 JUTA? 
24 Mac 2016


1. Satu masa dulu jualan Harakah mencecah 70k ke 80k tetapi kini untuk capai 20k pun susah nak habis.

2. Ust Idris Ahmad akui hutang harakah mencecah 2juta dan tak mampu untuk membayar gaji staff dan staff Pejabat Agung.

3. Setelah 'dipaksa' cawangan dan ADUN2 PAS membeli harakah jualan masih terus merudum.

4. Dakwaan PAS bahawa keahlian PAS bertambah beribu-ribu sehari sepatutnya meningkatkan jualan Harakah. Dengan apa yang berlaku, ternyata itu semua hanya propaganda PAS untuk meyakinkan umum bahawa PAS semakin baik setelah separuh ahlinya keluar menyertai AMANAH.

5. Ada sahabat yang sinis mengatakan Utusan dah macam Harakah. Macamana nak laku. Terpaksa bahagi dua dengan Utusan.

6. Dahulunya, Geng Ustaz (GU) menuduh ada musuh dalam Harakah. Berita banyak sokong Anwar dan DAP. Sekarang dibawah penyeliaan Nasrudin Tantawi kenapa masih tidak laku?

7. Dahulu kewangan PAS tidak terlalu teruk. Anjurkan pelbagai himpunan raksasa. Ijtima Antarabangsa habis 1.6juta. Dapat duit dari mana? Bila menang Pemilihan Solid takkan duit tak ada?

Anak Muda Benci UG (Dan Talibarutnya)

Hadi seakan bawah tempurung, mengelamun dalam dunia sendiri

Sheikh-Omar-Ali_Hadi-Awang_dap_pas_600
PETALING JAYA: Kerana menyeru umat Islam menentang DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti orang yang amat picik pengetahuannya.

Sambil menyifatkan seruan itu memalukan dan naif, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata dikala pembangkang membentuk permuafakatan baharu bersama pemberontak UMNO melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, nada Hadi pula mirip UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

“Langkah terbaik bagi Najib adalah membina skrip baru – menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara demi menyelamatkan bahtera UMNO yang diambang karam,” kata Sheikh, yang menambah; “mungkin bagi Hadi inilah masanya untuk pulun suara orang Melayu-Islam berjihad menentang Cina-kafir DAP!”

“Ini seolah-olah membawa makna, PAS kini telah menemui teori baru bahawa agenda paling utama untuk menyelamatkan Malaysia bukanlah lagi melawan skandal rasuah, korupsi dan pengkhianatan Najib terhadap rakyat sebaliknya melawan DAP,” kata bekas pemimpin Pemuda PAS itu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Hadi sebagai berkata umat Islam perlu bersatu menentang agenda politik DAP dan menggagalkan hasrat mereka memerintah negara.

Hadi turut dilaporkan bimbang akan situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik orang Melayu.

Namun, tindakan Hadi itu dikatakan telah mencalar imej partinya dan memperlihatkan Islam sebagai agama yang menyeru kearah prejudis. Bagi DAP, Hadi sebagai ulama gagal menyeru umat Islam agar menjadi agen kerukunan yang berteraskan kebenaran, keadilan dan tidak mengenal warna kulit.

Malah, cara Hadi mengendalikan isu hudud sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ijtihadnya sebagai selaku pemimpin kanan parti Islam berbanding Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ibarat ‘jauh panggang dari api’.

“Beliau seakan-akan masih berada di bawah tempurung dan terus mengelamun dalam dunianya sendiri.

“Hudud bukanlah isu baru yang dibangkitkan untuk memecahkan pakatan pembangkang,” kata Sheikh, malah implikasi permainan isu hudud mudah dijangkakan namun PAS masih terjerumus; “pakatan pembangkang bergolak sebaliknya UMNO dapat terus menyambung hayatnya memerintah negara.”

Wednesday, 23 March 2016

Biar Betul | BREAKING NEWS: Najib Razak akan ditangkap oleh FBI !!!

Sharifah Sofia Syed Rashid
1 hr · Dubai, United Arab Emirates ·


Nampak gaya semakin hari semakin panas pendedahan dari The Wall Street Journal . Sharifah Sofia Syed Rashid II telah dimaklumkan bahawa Najib Razak akan ditangkap oleh FBI kerana terbabit dalam isu rasuah dan penggubalan wang haram antarabangsa dlm isu 1MDB sebelum penghujung tahun 2016. Kecoh di media-media antarabangsa sekarang ini apabila beberapa buah negara sedang menyiasat isu 1MDB sehingga ke lubang cacing.

Oleh kerana media-media di Malaysia takut, bacul, dayus dan tidak berani melaporkan hal yang sebenarnya. Justeru itu sofia mengambil peluang untuk war-warkan bahawa pada 25/02/2016 tadi FBI sudah pun mengeluarkan waran tangkap ke atas Najib Razak. Oleh kerana ada beberapa yang belum selesai Barack Obama menangguhkan waran tangkap tersebut
smile emoticon

Oleh kerana maklumat ini sulit sofia dinasihatkan untuk tidak dedahkan maklumat terperinci tentang waran tangkap tersebut kerana ia masih dalam simpanan kerajaan US !

kesimpulannya ingin dinyatakan di sini. Firaun yang mengaku Tuhan pun boleh hancur dan kecundang. Suharto yang bapak rasuah pun boleh tumbang. Inikan pulak Najib Razak pahlawan berdarah bugis. Maka itu jangan terlalu angkuh, sombong dan riak dengan mengatakan Najib Razak kebal dan tidak boleh ditumbangkan

SEBARKAN..........................

Saturday, 19 March 2016

Apa bezanya isu Pembelian RUMAH GUA ENG dengan Pembelian RANGE ROVER NIK AMAR..???

Oleh Al-Ekhsan Mustaffa

Hari ini kecoh bab LIM GUAN ENG beli rumah dengan harga murah... yang kecoh tu pulak bukannya cybertrooper UMNO BN tapi sahabat lama dalam parti PAS dimana mereka seperti beruk dapat bunga apabila isu ini dilontarkan oleh MP BN dalam parlimen semalam...

Mereka menghubungkaitkan kes LIM GUAN ENG dengan kes KHIR TOYO yang telah didapati bersalah dahulu... so far bab salah tak salah nie saya malas sentuh dan serahkan ia kepada SPRM...

Yang saya nak sentuh disini ialah jawapan LIM GUAN ENG berkenaan isu tersebut..

SINAR HARIAN - 19/03/2016

Transaksi jual, beli banglo dibuat secara rela hati

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar berkaitan isu banglo dua tingkat bernilai melebihi RM2.8 juta yang beliau beli di Jalan Pinhorn, di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak hari ini. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Guan Eng berkata, transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.

"Saya membeli dengan mengambil pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai berdasarkan apa yang saya terima (gaji) sebagai Ketua Menteri dan wakil Rakyat.

"Kontrak penjualan rumah ini umpama seperti perkahwinan - ia terpulang kepada kedua-dua pihak masing-masing secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau teman yang sesuai," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini.

Semalam, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor telah meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) untuk membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Guan Eng yang enggan menerima sebarang soalan berhubung isu itu, hanya membaca kenyataan dan turut mencabar Shabudin untuk bersemuka secara satu-sama-satu di hadapan media massa di pejabatnya untuk berbincang berhubung isu berkenaan.

"Saya akan menunggu Shabudin di pejabat pada Ahad ini 20 Mac, 11 pagi untuk berbincang dan mencari kebenaran daripada fakta, di hadapan semua media," katanya.

Katanya, adalah tidak benar untuk mengaitkan pembelian rumahnya pada tahun 2015 dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada tahun 2012 apabila penjualan tanah itu dijalankan melalui tender terbuka yang kompetitif.

Shabudin turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). - Bernama

Jika dilihat jawapan LIM GUAN ENG ia ada ayat membeli rumah tersebut keputusan kedua belah pihak dimana tuan rumah rela hati nak jual dengan harga tersebut...

dan saya nak kaitkan cara pembelian rumah LIM GUAN ENG dengan cara pembelian kereta RANGE ROVER oleh NIK AMAR dimana beliau juga mendapat offer dari kawan dia untuk membeli kereta tersebut dengan harga rendah dari pasaran....

ASTRO AWANI :27/08/2015

Mohd Amar mengaku beli Range Rover


KUALA LUMPUR: Setelah tersebar di media sosial dakwaan memiliki beberapa kenderaan mewah, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan empat roda Range Rover bernilai RM200,000.

Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Namun Harakahdaily tidak melaporkan sama ada pendapatan Mohd Amar selaku timbalan menteri besar melayakkan beliau memiliki beberapa buah kereta mewah seperti yang tersebar di media sosial.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pula didakwa membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta.

Namun ia dinafikan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud yang menjelaskan dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.

"Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta," katanya.

Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.

"Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

"Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya.

Jadi pesanan kepada kawan2 lama tak payah lah kot nak berpolitik macam nie....jangan seronok sangat lihat salah orang sedangkan apa yang berlaku dalam kain kita sendiri kita buat2 tak nampaknya..

Jika LGE salahguna kuasa silakan tak ada masalah...SPRM ada dan nak takut apa SPRM bab nak cari kesalahan pembangkang memang cekap dan pantas jadi kita serah kpd mereka....

Macam kata kawan kita nie.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Kalau LGE beli kondo tu secara salah guna kuasa, rasuah, tidak ikut peraturan atau merampas hak orang lain, sila ambil tindakan undang-undang.

Tapi kalau nak ambil tindakan kerana banglo tu lebih mahal berbanding rumah presiden parti Pas, itu nak pakai undang-undang mana?

LGE tiru Umar bin Abdul Aziz dalam perkara yang dia boleh tiru. Sama macam presiden parti Pas tiru Nabi dalam perkara yang dia mampu tiru. Bukan semua orang mampu tiru idola mereka dalam semua perkara.

LGE tu kafir. Biasalah orang sepertinya sukakan nikmat dunia. Takkan nak paksa dia hidup macam presiden parti Pas yang muslim.

Jika dia mampu jadi ketua negeri yang baik dan amanah, itu sudah bagus berbanding ketua negeri beragama Islam yang baham balak dan baham tanah.

Aku bela LGE? Kalau dia betul, apa salahnya aku bela sebab dia manusia macam aku juga.

NAJIB akan terus gelak besaq jika PAS berkelakuan seperti sekarang

Badri Al-Utaibi Al-Desouky 


Aku dituduh jahat dan berhati busuk oleh ahli PAS hanya kerana memberi penerangan yang tidak langsung dipercayai oleh mereka, tentang isu tidak konsisten serta ketidaktelusan prinsip perjuangan Presiden Hadi yang sudah mentalaq bersama Pakatan. 

Tak dinafikan Presiden adalah seorang ulamak bertaraf antarabangsa, namun Politik presiden ini dianggap kurang bijak dlm arus kini utk menentang regim BN yang kuat dibarisi oleh banyak parti komponen. 

Ditambah lagi PAS mewujudkan pula blok baru politik dlm mainstream politik Malaysia. Tindakan bercerai dgn Pakatan sebenarnya amat menguntungkan BN ... dan merugikan pembangkang. Wahai ahli PAS .... 

Aku tidak langsung membenci mereka , kerana mereka adalah sahabat seperjuanganku dalam kelompok pembangkang. Cuma ku terkilan dgn ijtihad politik Presiden PAS itu yg pasti menyusahkan PH dan pembangkang utk menang di PRU14 dgn memberi laluan mudah kpd BN hasil dpd talaq ini & pembentukan blok3.... 

Secara kira-kiranya di atas kertas, BN akan terus berkuasa di bumi Malaysia ini... dan Najib akan terus gelak besar di atas perpecahan yg berlaku dalam kalangan pembangkang ! Sedarilah wahai tuan Presiden, jgn jadikan diri itu sebagai alat hasil janji2 manis UMNOO ... Ingatlah pesanan AlMarhum TGNA - beringat2lah jgn masuk lubang biawak untuk kali ketiganya !!!!

Kepada Ustaz-Ustaz baru baligh dalam PAS jangan ingat hanya anda sahaja yang perjuangkan 'hudud'

Che Ibrahim Mohamed added 2 new photos.


Al Fadhil al ustaz YB Tuan Haji Idris Ahmad, rakan seperjuangan ku semenjak kita sama2 di pusat pengajian tinggi lagi....

Kalau enta merasakan tidak masuk akal Pas tolak hudud, maka begitulah juga pendirian kami sekian lama, tidak masuk akal seorang muslim yg beriman kpd kitab allah menolak sebutir huruf pun ayat al quran, apalagi menolak hukum hudud.

Jika seorang muslim Pas dianggap tidak masuk akal menolak hudud, adakah termasuk dlm akal seorang muslim spt ustaz2 baru dlm parti yg telah ana tinggalkan, hari2 menuduh pihak lain menolak hudud ??

Adakah Pas tidak sedar kedudukan dan kuasa mahkamah syariah ketika mula mula membangkitkan isu hudud sehinggalah setelah dinasihat oleh rakan baru Pas, baru lah Pas tersedar kita perlu perkasakan Mahkamah Syariah dulu sblm berbicara utk melaksanakan hudud? ??

Ambo tetap yakin, selagi negara masih mengamalkan dwi sistem mahkamah, laluan utk melaksanakan hukum hudud tetap masih berliku wpun kuasa mahkamah syariah diperkasakan kerana masalah sebenar dlm isu hudud ialah mahkamah syariah tidak ada kuasa membicarakan kesalahan2 jenayah kecuali beberapa kesalahan tertentu shj.

Adakah keadilan Islam akan dpt ditegakkan dan masyarakat akan selamat hanya sekadar mengenakan hukum hudud untuk kesalahan zina, qazaf dan minum arak, sedangkan kesalahan2 lain terus dihukum dgn undang-undang thoghut spt yg sering dilaungkan oleh penceramah2 Pas???

HUDUD PAS - Akhirnya semakin terlondeh, lain yang dimesyuarat lain yang dibuatnya


SUA PAS Dato Takiyuddin akhirnya mengakui BUKAN HUDUD yang dibawa di Parlimen oleh TG Hj Hadi haritu, ia hanya Cdgn Pindaan untuk tingkatkan Kuasa Mahkamah Syariah.

Satu persatu yg Dato Husam sebut betul. yg dimesyuaratkan benda lain, yg di bawa ke parlimen benda lain. Ini kerja 2 orang shja, Dato Taki dan Dato Mohd Amar yg briefing Presiden, tak pasal pasal presiden ambo terpaksa tanggung imej negatif akibat kerja "cincai" 2 orang ni,

Lupa nak tanya, berapa orang dah yang kena LABEL: MUNAFIK, KAFIR, PENGKHIANAT, JEBON, TAK WALA dll? Sekarang kita kasi mereka JILAT LUDAH MEREKA SENDIRI.

Bagi saya semua ini Konspirasi UMNO/BN dengan segelintir Pimpinan PAS pro UMNO dengan keadah;

1. Bawa Isu HUDUD (walaupun hanya pindaan Kuasa Mahkamah Syariah)
2. Pecahbelahkan Pakatan Rakyat
3. Tendang pasukan progresif dalam PAS dengan sentimen isu Hudud (padahal bukan hudud pun).

Kebenaran akhirnya timbul satu per satu.

SG

Friday, 18 March 2016

Kelaku HODOH pimpinan PAS semakin terserlah, dulu kami beritahu anda tak percaya..sekarang lihatlah sendiri...

Hakikatnya itu lah perkara sebenar..
Sumber Dari Facebook Mohd Fitri Bin Asmuni
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak.

Saya cuba untuk "observe" dahulu walaupun di media sosial sudah viral mengenai pendirian Presiden PAS dan IKATAN ataupun Blok ke-3 berkaitan perlaksanaan hudud di Malaysia.

Saya TABAYYUN semua sumber dan maklumat yang ada di sekeliling termasuk dari laporan media, kenyataan media dan laman rasmi PAS sendiri.

Daripada semua sumber berikut, maka saya memilih (1) kenyataan media Syaiful Hizam, Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan PAS Pusat, sidang media (2) Presiden PAS dan (3) IKATAN, penjelasan (4) Ketua Dewan Ulama PAS dan (5) Ketua Penerangan PAS Pusat sebagai sandaran kerana ianya adalah sumber primer daripada mereka sendiri.

Maka kesimpulan daripada kelima-lima sumber yang saya rujuk di atas, PAS dan Blok Ke-3 berpendirian bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan dan/atau ditangguhkan dan/atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama PAS ie. Hudud selepas pembentukan Blok Ke-3 semalam, Presiden PAS menegaskan bahawa PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan yang ada pada hari ini.

Kalau inilah pendirian PAS, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah.

Mereka tidak pernah menolak hudud. Mereka hanya berpandangan agar PAS menumpukan kepada agenda umum yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat seperti isu rasuah, salahguna kuasa, ekonomi dan kemiskinan.

Tetapi hari ini PAS terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan AMANAH mengenai hudud kerana mungkin mereka baru tersedar dari tidur bahawa realiti di Malaysia, banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan daripada hanya menumpukan kepada perlaksanaan hudud semata-mata.

Kalau sebelum ini pimpinan PAS dilihat seolah-olah menafikan kuasa rakyat dan peranan Perlembagaan apabila mereka dengan egonya bercakap bahawa apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi hari ini PAS terpaksa akur apabila Presiden IKATAN sendiri berkata semalam bahawa perlaksanaan hudud kita serahkan kepada kehendak rakyat.

Saya sengaja tidak mahu memberi komentar segera sejurus selepas pembentukan Blok ke-3 PAS-IKATAN semalam (16.03.2016) untuk mengelak daripada tersilap mengambil berita daripada sumber-sumber yang dianggap separuh masak.

Sungguhpun ditendang keluar oleh PAS, kami yang berada di dalam AMANAH tidak pernah merasa kecewa kerana kami yakin rahmat Allah itu Maha Luas bahawa Islam itu bukan milik PAS semata-mata dan kemenangan Islam itu bukan untuk PAS semata-mata, malah Islam adalah milik semua umat Islam yang cintakan Islam dan kemenangan Islam boleh dianugerahkan kepada sesiapa saja yang ikhlas...

Maafkan sahabat saya dalam PAS, apa yang saya tulis adalah berdasarkan kepada sumber-sumber anda sendiri..



Inilah 2 sebab kenapa orang masuk politik..cuma PAS saja sebab lain...!!


Orang masuk politik hanya ada dua sebab sahaja. Kuasa dan Duit. Mengarutlah kalau dia masuk ceburi politik kerana Allah Taala.

Kalau dia masuk politik kerana Allah Taala, tentunya dia akan menggunakan segala duit ringgit dan harta benda dia berjihad dalam politik kerana Allah Taala.

Tapi yang ada cuma gunakan duit dan harta orang lain pula yang dikutip atas nama jihad. Jihad lah sangat tu.

Sayyidina Abu Bakar dan semua Khalifah Ar-Rasyyidin semua menginfaqkan segalanya kepada politik Islamiyyah kerana Allah Taala semata-mata.

Meor Yeop Meor Muhammad

Sunday, 13 March 2016

Antara ANWAR, MAHATHIR, MUHYIDDIN & MUKHRIZ..hangpa ingat rakyat dah ampunkan dosa-dosa merekakah?

Mat Alishah


HANGPA INGAT KAMI NIE RAKYAT MALAYSIA DAH AMPUNKAN ANWAR KA MASA DIA DOK BANTAI KITA MASA DIA DALAM UMNO DULU...

HANGPA INGAT KAMI NIE RAKYAT MALAYSIA DAH AMPUNKAN MAHATHIR KA MASA DIA DOK BANTAI KITA MASA DIA JADI PM & DALAM UMNO DULU...

HANGPA INGAT KAMI NIE RAKYAT MALAYSIA DAH AMPUNKAN MUHYIDDIN KA MASA DIA DOK BANTAI KITA MASA DIA JADI TPM DULU...

HANGPA INGAT KAMI NIE RAKYAT KEDAH DAH AMPUNKAN MUKHRIZ KA MASA DIA DOK BANTAI KITA MASA DIA LAWAN KITA NAK AMBIK KEDAH DAN DIA JADI B KEDAH

YANG PASTI JIKA DEPA BERIKRAR NAK LAWAN PEMERINTAH YANG ZALIM WALAUPUN DULU DEPA JUGA ZALIM KITA AKAN TETAP BERSAMA MEREKA YG INGIN BERJUANG MENENTANG PEMERINTAH YANG ZALIM....

JADI AWAT HANGPA SEMUA DOK KALUT BILA KAMI SETUJU DEKLARASI RAKYAT TUU...KAMI TAK HERAN AIHH JANJI KAMI TETAP LAWAN MUSUH YANG SATU IAITU UMNO BN TETAP MUSUH UTAMA...DAN DALAM UMNO BN TU SKRG NAJIB YG MENGEPALAINYA MAKA NAJIBLAH LAWAN KAMI..

DAH ANWAR, MAHATHIR, MUHYIDDIN SERTA MUKHRIZ PUN NAK LAWAN NAJIB YG DIKATAKAN PEMERINTAH YANG ZALIM ITU JADI MAILAH KAMI TAKAN TOLAK....

Loo Pakat dok pening kata puak TUN M sedang memperbodohkan Puak Pembangkang dalam Deklarasi Rakyat..!!!

Mat Alishah


Looo pakat dok pening bila MUKHRIZ kata nak lantik org BN jugak jadi PM

dan dok pening jugak bila SANUSI kata nak selamatkan UMNO

dan dok pening jugak bila MUHYIDDIN kata mahu NAJIB saja undur bukan nak tukar kerajaan...

Laaa dah depa tu puak UMNO depa cakap yg untung depa laaa...dok kalut apanya....

mai tang puak pembangkang pula depa nak 3 benda nie..

a) penyingkiran Dato'Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jelas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

jadi apa masalahnya..masing2 ada agenda...jadi pakat lawan laa dan dalam banyak2 agenda tu ada satu persamaan iaitu JATUHKAN NAJIB jadi mai bersatu bab tu kita pejatuh NAJIB... dan dalam masa yg sama kita tetap lawan UMNO BN nak susahati apanya....

Kalau nanti puak2 yg UMNO tu U-Turn dan tak buat apa yg dimintak pembangkang maka kita tetap lawan depa sebab kita sdg lawan sistem dimana puak2 nie dah merosakkan sistem yg ada dalam negara....

Jika TUN dulu dia dok guna sistem tekan pembangkang.... tapi bila sistem yg ada tu di lawan dan di pinda skrg ruang demokrasi dah dibuka tapi mai NAJIB dia dok olah sistem ikut acuan dia dan keuntungan pada dia.... pegawai SPRM diperkotak katikkan jawatan mereka.. AG disingkir dan naik yg jilat dia... nie GABENOR pulak dok kata geng 1MDB dia...habis nak pusing kot mana lagi..itu dikatakan yg utama singkir NAJIB dahulu....

Jadi ini pun boleh dikatakan TAHALUF SIYASI jugalah sptmana dgn PAS dulu dimana stuju dalam tak stuju.....ambik yg paling aula lepas tu masing2 pikiaq nak buat apa utk step seterusnya....

jadi hangpa dok pening buat apa... alaa jangan dok ingat depa tu saja cerdik kita nie bodoh...cubalah pula letak kita nie yg cerdik dan depa tu yg bodoh...nak susah apa...yg pasti jangan dok cakap belit dan kona sana kona sini org tak suka....

Lanie takyah dok pening2 biaq NAJIB & KAKMAH ja yg pening dok pikiaq nak tahan kuasa lagu mana....

‪#‎SelamatkanMalaysia‬
‪#‎SaveMalaysia‬

Friday, 11 March 2016

This Is Kelantan - Boleh mula beli kain kapan dan keranda dah PAS di Kelantan



Jika Malaysia ada NAJIB, Kelantan pula ada NIK AMAR..!!

KELANTAN BERMASALAH KERANA MOHD AMAR, PAS KELANTAN BOLEH DIBAIKI KALAU MOHD AMAR BERHENTI - HUSAM MUSA.


Dalam ceramahnya di Kubang Kerian smlm, Husam mengatakan Kelantan jadi bermasalah kerana Mohd Amar, Pas Kelantan hanya boleh dibaiki jika Mohd Amar berhenti.

Ambo pernah bekerja di bawah Mohd Amar semenjak thn 2000, masa tu dia Ahli Lembaga Pengarah Akademi Yakin Sdn Bhd(AYSB), ambo Penolong Pengurus AYSB, semasa ambo menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, thn 2004 Mohd Amar dilantik sbg Pengerusi KIAS sehinggalah ambo dipecat pd 1/2/2014.

Sepanjang pengalaman ambo bekerja bersama Mohd Amar ( 2000 - 2014), ambo tidak pernah melihat apa2 sumbangan atau idea dan cadangan drp beliau utk memajukan KIAS kecuali membangkang atau menolak apa saja cadangan drp pengurusan. Satu2nya idea yg diterima oleh Mohd Amar ialah cadangan menaikkan taraf KIAS kpd sebuah Kolej Universiti menjelang 2010 yg sudah senyap ditelan isu lain selepas itu.

Ambo masih ingat bagaimana Mohd Amar menolak cadangan membina asrama pelajar yg telah dipersetujui oleh TGNA atas alasan tugas kita hanya menyediakan tempat pengajian, penginapan pelajar adalah urusan pelajar, ambo jawab keputusan ini amat bercanggah dgn apa yg disebut oleh ust Yahya Othman di mana kita mesti menempatkan pelajar2 di asrama utk memudahkan proses tarbiah dan kawalan.

Ambo juga masih ingat bagaimana Mohd Amar membatalkan geran drp Kerajaan Kelantan kpd KIAS sebanyak rm2 juta setahun atas alasan beliau mahu KIAS berdikari, lalu ambo jawab nak berdikari macamana kalau KIAS hanya menumpang ihsan YIK utk beroperasi di Nilam Puri di mana mengikut perjanjian asal YIK boleh bila2 masa meminta KIAS keluar dan bangunan2 yg dibina oleh KIAS hendaklah diserahkan kpd YIK secara percuma.

Itulah Mohd Amar yg skrg ini sedang memasang cita2 untuk menjadi MB Kelantan, yg suatu ketika dulu, pd tahun 1995, ambo dgn Husam yg pergi berjumpa dgn ayahnya Paknik Lah utk meminta persetujuan bawa turun Mohd Amar utk dilantik sbg Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan di mana Husam sbg Ketuanya.

Apabila Mokhtar Senik tak senada dengan presiden maka kebodohan sendiri yang terserlah


Itulah jangan terlajak sangat nak buka mulut dan posting kat wall fb tuu... nie pantang ada isu terus jadi kelaku budak2 nak type kat wall fb nak naik status menganjing dan perli kawan-kawan dan rakan-rakan seperjuangan....

Last disebabkan terlajak tu...diri sendiri yang terperangkap dan kantoi

Adam Al-Pekani, 

Friday, 4 March 2016

Apabila pengtabsub Hj Hadi kantoi mengatakan Hj Hadi ada jasa besar menyelesaikan Politik Yamen







Rupa2nya MAHATHIR kena kencing dengan puak-puak pembangkang yang hadir Deklarasi Selamatkan Malaysia

Ipoh Mali


Bila Semua Pimpinan yg tandatangan Deklarasi Anti Najib.. tujuan nya " Selamatkan Malaysia ".. betul la tu... itu kita setuju.. kita tak boleh nafi kan.. dalam kepala setia yg tandatangan, ada tujuan Masing2..

1- Dalam Kepala Mahathir - Mahu Selamatkan UMNO, Mukhriz jadi PM
2- Dalam Kepala Kit Siang - Mahu Selamatkan Ekonomi yg di Dominasi Cina dan label Perkauman
3- Dalam Kepala Azmin - Mungkin berpeluang Jadi PM
4- Dalam Kepala Nurul Izzah - Mungkin dapat percepatkan Pembebasan Anwar..
4- Dalam Kepala Mat Sabu - Mungkin mahu dilihat Progresif dan Memancing Undi UMNO
5- Dalam Kepala Mustafa Ali, mungkin suatu hari memerlukan Undi orang UMNO yg benci Najib..
6- Dalam kepala Takiri dah menang MSU selalu berelaru dan Uturn..

Yg betul2 Ikhlas.. yg duduk dalam Penjara Sungai Buluh.. nama dia Anwar Ibrahim.. dia terpenjara, tetapi rela memberikan sokongan orang yg pernah memenjarakan beliau..

Apa pun..inilah Politik.. Takda sapa taksub dan Sokong Mahathir.. takda sapa lakukan semua ini tujuannya menyokong Mahathir.. semua ada tujuan dan Kepentingan Masing2.. mereka sudah lama berpolitik.. mereka ada percaturan mereka sendiri..

‪#‎selamatkanmalaysia‬ ‪#‎harapanbaru‬ ‪#‎mahathir‬ ‪#‎gerakanantinajib‬

Hangpa ingat PAKATAN HARAPAN pie tangan kosong ka bersetuju dengan MAHATHIR dalam misi #SelamatkanMalaysia

Mat Alishah


hangpa ingat puak PAKATAN HARAPAN pie dengan tangan kosong ka bersetuju dengan TUN M... ini antara yang di pertaruhkan apabila NAJIB turun nanti...

baca bagi paham sebab dia tulis orang putih...tak paham suruh kuliah maghrib petang nanti buat kuliah BI supaya semua dapat paham....

sudah2 la dok jeje hang aku.. dah PAS nak kekal NAJIB sampai PRU14 lepas tu baru jatuhkan kedua2nya dipersilakan tak ada masalah....janji masing2 pakat buat kerja bagi BN berkuboq...

Perangai macam nie nak dakwah orang... aduhai Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak..!!!

Abe Megat Rayyan
18 hrs ·

Dulu pakat usungla Kak Aisyah ni merata alam...
Bila dah tak separti dan tak serumah...
Di bodohkan pulak....

Kalau yg ckp tu jenis lepak kedai kopi...ok aku faham. Ni yang berilmu tinggi dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak pulak...apa hal..

Angpa nilailah sendiri akhlak mereka ni...


Popular Posts