>> 5 Terkini :

Wednesday 3 June 2015

Apabila Dewan Ulamak PAS Pusat menyalahgunakan hak milik parti untuk berkempen..!!


TAHNIAH Kepada PIMPINAN PEMUDA yang menang dan terima kasih kepada yg tidak menang....

ada satu perkara sahaja nak cakap bab lain serah kepada anda semualah...

dimana perkara menyalahgunakan page rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat​ untuk berkempen pada pemilihan kali ini.

Page rasmi ini merupakan hak milik semua ahli dan ia adalah hak milik rasmi PAS. Jadi ia boleh dianggap satu penyalahgunaan kuasa oleh Dewan Ulamak PAS Pusat mempromosi calon pilihan mereka sedangkan calon saingan pun adalah ahli yang membayar yuran parti.

Perkara ini boleh diumpamakan apabila BN meyalahgunakan RTM untuk membuat promosi parti mereka kerana RTM milik rakyat Malaysia... dimana rakyat tak kira PAS, UMNO, BN PKR yang ada parti tak ada parti membayar cukai untuk Kerajaan Malaysia..

Jika yang lakukan ini UMNO BN kita didalam Pihak Pembangkan akan marah dan marah diatas penyalahgunaan ini namun sekarang apabila kesalahan ini berlaku dalam kelompok ULAMAK PAS adakah ia sudah jadi halal.

Jika hendak berkempen ayuh tiada masalah...berkempenlah tapi jangan menyalahgunakan hak milik parti... 

Jika macam nie punya kelaku nampaknya kecacatan paling besar telah berlaku dalam muktamar kali ini dimana menyalahgunakan organisasi parti untuk berkempen... 

Akhir kalam kalau hudud dilaksana mampukah kita berlaku adil terutama kpd org yg kita benci?


Ini Keratan Gambar :


M.A Shah, 
Saya Bukan Ulamak

No comments:

Popular Posts