>> 5 Terkini :

Thursday 11 June 2015

Puak UG sedang menjilat ludah mereka sendiri..!!


KELEMAHAN KEPIMPINAN TUAN GURU HJ. HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN PAS AKAN MEMBAWA PAS KEMBALI KE ERA 70AN DAN MEMUSNAHKAN IJTIHAD PIMPINAN PAS TERDAHULU MENGADAKAN TAHALUF SIYASI YANG DIUSAHAKAN OLEH BEKAS PRESIDEN PAS ALMARHUM USTAZ DATO’ HJ. FADZIL NOOR DAN BEKAS MURSYIDUL AM PAS ALMARHUM TUAN GURU DATO’ HJ. NIK AZIZ NIK MAT !!!!

Sebagai Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi sepatutnya menjadi orang yang mendamaikan dua pihak yang berbeda pendapat dalam parti bukannya memusuhi ahli-ahli PAS sendiri dengan menggelarkan "BARUA" dan menghalau mereka keluar dari PAS. Ini menunjukkan Presiden PAS gagal menjadi seorang ketua yang bergelar ulama yang boleh menyatukan ahli-ahli PAS sendiri!!! Bukankah ciri-ciri seorang pemimpin atau ketua jemaah itu mesti mempunyai sifat yang adil dan berlaku adil ??? Dalam banyak keputusan Presiden PAS pada hari ini banyak membelakang keputusan mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat, keputusan muktamar PAS dan nasihat Majlis Syura Ulama (MSU) sewaktu Almarhum Tuan Guru Dato Hj. Nik Aziz masih hidup lagi sehingga sanggup menghantar Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS untuk berunding dengan umno selepas PRU-12 pada tahun 2008 dengan hasrat membentuk kerajaan UG di Perak dan Selangor !!!!

Jika ini bukan satu pengkhianatan kepada ahli-ahli PAS dan pendokong Pakatan Rakyat, apakah istilah lain yang kita boleh gambarkan dengan tindakan Tuan Guru Haji Hadi yang masih ingin mempercayai umno berbanding rakan-rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat ????? Jangan salahkan ahli-ahli PAS bila Presiden sendiri melanggar prinsip PAS untuk tidak berkerjasama dengan parti umno yang zalim, rasuah dan korup !!! Apakah Islam membenarkan kita berunding dengan pemimpin-pemimpin yang zalim, rasuah dan korup untuk membentuk kerajaan UG????? Bolehkah sesuatu yang halal ditegakkan di atas kebathilan ????? Adakah matlamat menghalalkan cara???? Kenapa kita sanggup menggadaikan prinsip parti PAS sehingga bersedia berunding dengan umno ingin membentuk kerajaan UG di Selangor dan Perak tanpa pengetahuan ahli-ahli PAS?????

Persoalan inilah yang gagal dijawab oleh puak-puak UG dalam PAS sehingga mereka telah merosakkan imej PAS sendiri sebagai parti Islam yang komited menentang rejim umno/bn yang melakukan kezaliman, penindasan, pembaziran, pemborosan, kejahatan dan kebejatan di Malaysia !!!!! Dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah menggadaikan prinsip PAS untuk melaksanakan Hudud kerana sebagai parti gerakan Islam, PAS sentiasa berusaha menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk mendekati secara berhikmah untuk menjelaskan tentang Hudud kepada PKR, DAP dan juga masyarakat bukan Islam disamping terus berusaha untuk menawan Putrajaya bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan peluang menguasai Putrajaya akan digunakan sebaik mungkin oleh PAS untuk lebih efektif menerangkan kebaikan perlaksanaan Hudud tanpa gangguan daripada umno/bn !!!

Perjuangan PAS untuk menegakkan pemerintahan Islam memerlukan kebijaksanaan berpolitik, berdakwah mendekati ahli dan penyokong umno serta mereka di "atas pagar" seterusnya mendekati orang-orang bukan Islam dengan kita sebagai Jemaah Islam terlebih dahulu kena tunjukkan akhlak Islam supaya mereka akhirnya melihat bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan syumul yang merangkumi sistem pemerintahan Islam, sistem perundangan Islam, sistem ekonomi Islam, sistem kewangan Islam, sistem muamalat Islam, sistem perubatan, akhlak, budaya dan lain-lain. Matlamat utama kita ialah membina negara Islam di Malaysia dan berusaha menyampaikan risalah Islam kepada orang-orang bukan Islam supaya mereka menerima keindahan dan kebaikan Islam seterusnya dengan hidayah Allah s.w.t. mereka akhirnya akan memeluk Islam !!!!

Bagaimana kita ingin mencari keredhaan di akhirat sedangkan kita sendiri tidak berusaha mengembangkan Islam dengan menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia kerana pemerintahan Islam itu bukan sahaja mempunyai hukum hudud malah sistem perundangan Islam yang merangkumi Hudud, Qisas dan Ta'zir serta sistem ekonomi Islam, sistem kewangan Islam, sistem muamalat Islam dan pelbagai lagi sistem kehidupan manusia termasuk dapat memperkembangkan ajaran Islam kepada orang-orang bukan Islam di Malaysia!!!! Itulah tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi iaitu berdakwah jika kita ingin mencari keredhaan di akhirat dengan menyebarkan risalah Islam walaupun hanya menyampaikan sepotong ayat al-Quran!!! Allah akan tanya kita di akhirat kelak sejauh mana usaha kita untuk sebarkan Islam kepada orang-orang bukan Islam sedangkan kita sendiri gagal menggunakan saluran politik untuk menegakkan negara pemerintahan Islam !!!!

Bila negara Islam tertegak di Malaysia, maka didalamnya ada hukum Allah !!!! Semua orang Islam tahu kewajipan tersebut tetapi yang menjadi pertikaian masa kini ialah bagaimana kaedah kita sebagai parti gerakan Islam ingin laksanakan hukum Allah di Malaysia samada PAS berkerjasama dengan parti perompak harta rakyat (umno) atau PAS bersama PR menguasai Putrajaya membentuk Kerajaan Persekutuan seterusnya berkerjasama untuk laksanakan hukum Allah dengan cara dakwah yang berhikmah!!! Inilah yang dinamakan "bijak berpolitik dalam Islam" bukan sahaja kita dapat laksanakan hukum Allah tapi dalam waktu yang sama dapat mengajak orang bukan Islam menerima Islam seterusnya memeluk Islam!!!!! Dakwah Islam berkembang hukum Islam tertegak di bumi Malaysia!!!

Apapun, ini ujian paling getir puak-puak UG PAS untuk berkempen bertemu rakyat setelah mereka merosakkan segala usaha dan ijtihad politik PAS mengadakan Tahaluf Siyasi yang selama ini dipelopori oleh bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Dato' Hj. Fadzil Noor dan bekas Mursyidul Am PAS Almarhum Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Nik Mat !!!! 

Ya Allah, tunjukkan kami jalan kemenangan ke Putrajaya untuk kami memartabatkan agama-Mu dan meruntuhkan rejim umno/bn!!! Sesungguhnya kami mengejar keredhaan-Mu dengan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh menawan Putrajaya dalam PRU ke-14 nanti dengan menggunakan saluran politik demokrasi untuk menegakkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. !!!

ISLAM for ALL !!!
UNDI PAKATAN RAKYAT !!!
SELAMATKAN MALAYSIA !!!

No comments:

Popular Posts