>> 5 Terkini :

Thursday 27 November 2014

Sinar harian sudah bertukar jadi Sinar UMNO..!!!

Tudia semua cover cerita bab UMNO...hebat-hebat...                                                                            

  • KUALA LUMPUR - Teguran secara terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Umno disifatkan sebagai tanda sayang bekas Presiden Umno itu terhadap parti tersebut.
  • KUALA LUMPUR - Semua perwakilan dan ahli Umno diseru untuk mengambil serius ucapan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memperkasakan Umno terutama di peringkat bahagian dan cawangan.
  • KUALA LUMPUR - "Bagilah makcik-makcik ini peluang. Kalau tak ada (makcik) tak adalah Pemuda dan Puteri, hancurlah Umno," demikian kata Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
  • KUALA LUMPUR - Puteri Umno hari ini menyelar tindakan segelintir pemimpin politik beragama Islam yang tidak mahu melindungi kesucian agama Islam hanya kerana lebih mengutamakan agenda...
  • KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sahaja selesai membentangkan Kertas Putih bagi menangani ancaman kumpulan militan di Parlimen pagi ini, beliau masih sempat meluangkan masa meninjau Perhimpunan Agung Wanita dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
  • KUALA LUMPUR - Pendekatan 'semut api' akan menjadi amalan kerja Pergerakan Puteri Umno dalam usaha memperkukuhkan barisannya pada masa depan, di samping mencontohi sifat mulia sembilan srikandi Islam bernama 'Siti'.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta agar beliau tidak dibandingkan dengan pemimpin Puteri terdahulu, khususnya Ketua Puteri pertama Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • SENAI - Kerajaan BN negeri ini disarankan supaya mencontohi tindakan kerajaan PR Selangor yang tidak menganaktirikan pemimpin dari pakatan pembangkang apabila memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk program pembangunan di kawasan mereka.
  • KUALA LUMPUR - Penyertaan anak muda dalam Umno sememangnya dialu-alukan dan ia terbukti apabila golongan itu turut diberi peluang terlibat dalam kepimpinan parti.
  • KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno menyifatkan amanat disampaikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak keras tetapi penuh bermakna agar semua ahli mengambil perhatian...
  • SENAI - Barisan sayap Pemuda Umno menegaskan keinginan mereka untuk terlibat secara agresif dalam kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan bertujuan merebut jawatan, sebaliknya ingin diberikan tanggungjawab untuk sama-sama mengukuhkan parti.
  • KUALA LUMPUR - Hala tuju Perhimpunan Agung Umno 2014, kali ini secara jelas mendesak perlunya tumpuan mengenai peremajaan parti diberi penekanan, khususnya untuk menarik lebih banyak penyertaan dan merealisasikan aspirasi golongan muda.
  • KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri Umno akan menyusun semula 23 bironya untuk memantapkan kedudukannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • KUALA LUMPUR - Semua perwakilan yang dilantik menjadi jurucakap dalam perbahasan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 diingatkan tidak terlalu emosi kerana bimbang ia disalah tafsir, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  • KEMAMAN - Golongan belia, iaitu generasi kedua dan ketiga Felda, perlu menghayati sejarah pembangunan agensi itu dalam meningkatkan taraf ekonomi dan mengubah masa depan keluarga peneroka sehingga menjadi entiti terkenal di persada antarabangsa.

No comments:

Popular Posts