>> 5 Terkini :

Tuesday 19 April 2016

Alhamdulillah... dengan menangnya Ustaz "TALIBAN" Kes Saman maka terbuktilah Keluar PAS tak jatuh kafir

Ustaz Norazli Musa Menang Kes Saman.


Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Keputusan Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016.

Ustaz Norazli Musa diwakili oleh peguam Tetuan Srihana dan Partners.

Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu " cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam ( PAS ) jatuh kafir " yg tidak pernah disebut oleh Ustaz Norazli Musa dlm ceramah beliau.

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.

Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM 50 ribu beserta kos perbicaraan RM 4450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.

Kami Geng Ustaz mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas keputusan ini dan pihak kami menganggap ini adalah satu kemenangan moral kepada Ustaz Norazli Musa dan juga Geng Ustaz.

Terima kasih daripada pihak Geng Ustaz ucapkan kepada pihak peguam yang bertungkus lumus bagi mewakili Ustaz Norazli Musa dan juga kepada sekalian para pimpinan Geng Ustaz yang senantiasa memberi sokongan padu kepada Presiden Geng Ustaz. Dan tidak dilupakan juga kepada penyokong dan pendokong Geng Ustaz yang tidak henti-henti mendoakan agar ditunjukkan kebenaran.

Semoga Allah menetapkan kita atas kebenaran dan melenyapkan kebatilan.

Catatan
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Timbalan Presiden
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak
( GENG USTAZ )
19 April 2016M / 14 Rejab 1437H

No comments:

Popular Posts