>> 5 Terkini :

Friday 8 January 2016

Nampaknya PROSES "menjatuhkan" NAIB PRESIDEN PAS sedang berjalan...

TAHNIAH YB ISKANDAR YANG TELAH MENGIKTIRAF PAN DAN MENYERAHKAN 5 DARIPADA 73 KERUSI PAS


Ramai yang tidak melihat game PAN dan PKR dan bagaimana YB Iskandar terperangkap. Ramai yang rasa megah dengan YB Iskandar yang konon-kononnya telah mempertahankan kerusi Ahli Majlis (AM) PAS. Apabila diisytiharkan, PAS mengekalkan sebanyak 68 kerusi AM dan PKR telah menyerahkan 8 kerusi Ahli Majlis kepada PAN. Kemudiannya YB Khairudin Othman, SU Perhubungan Negeri Selangor yang telah dibela oleh YB Iskandar telah mengarahkannya supaya mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada Azmin Ali dan PKR tanpa disedari.

Di sebalik tabirnya, sedar atau tidak, PAN telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Selangor. Itu target utama PAN dan ia sudah tercapai. Bukti yang jelas menunjukkan YB Iskandar telah dikencing oleh PKR dan PAS terperangkap dengan politik murahan PAN dan PKR disebabkan beberapa faktor berikut:

1. Kalau setakat mahukan kerusi, maka PKR boleh berikan kerusi itu tanpa diatas nama PAN. Itu langsung tiada masalah bahkan lebih harmoni. Tetapi dengan cara ini PAN tidak mendapat pengiktirafan.

2. Setakat PAS pertahankan kerusi AM sebanyak 68 kerusi, manakala PKR pula telah serahkan sebanyak 8 kerusi kepada PAN, ia dibaca oleh orang awam dari 2 sudut:
i- PAS tamak kerusi dan keras kepala serta tidak ada unsur toleransi.
ii- PKR murah hati dan bertoleransi.

Padahal rakyat Selangor tidak mengetahui hakikatnya PKR mempunyai lebih 120 kerusi AM manakala PAS ada 73, iaitu dinaikkan sebanyak 5 kerusi berbanding 68 kerusi AM sebelum ini. 

Daripada 5 kerusi yang dinaikkan ini, maka semuanya telah diberikan kepada PAN. Dengan kata lain, PAN hanya mendapat 3 kerusi PKR daripada 120 lebih secara keseluruhan manakala PAN mendapat 5 kerusi daripada PAS secara paksa. Yang paling selamat ialah kerusi DAP. Itu bodohnya YB Iskandar atau memang dia perbodohkan rakyat demi mempertahankan kedudukannya sebagai Exco. Pas Pusat wajar menyiasat perkara ini demi maruah Pas itu sendiri.

Bukti yang seterusnya ialah, keputusan mesyuarat perhubungan untuk keluar daripada Selangor jika PKR ambil kerusi PAS untuk diberikan kepada PAN langsung tidak disuarakan oleh YB Iskandar sewaktu pertemuan dengan wakil-wakil parti. Sedangkan mesyuarat perhubungan Selangor telah memutuskan bahawa PJ mestilah membuat kenyataan akhbar untuk bersedia mengkaji kedudukan PAS di dalam kerajaan Azmin jika PAN diberikan tempat di dalam kerajaan Selangor, bukannya jika PAN ambil kerusi PAS. YB Iskandar tidak melaksanakan keputusan mesyuarat perhubungan bahkan beliau telah bertindak sebaliknya.

Semua perkara ini berlaku disebabkan oleh YB Iskandar yang sayangkan kedudukannya sebagai Exco, bukan untuk mempertahan serta mempertegaskan prinsip parti. Sebab itu PAS kehilangan satu demi satu kerusi, bermula daripada EXCO, sehinggalah kepada masjid. Dan terbaru ialah Ahli Majlis dan selepas ini ketua kampung pula.

Saya menyeru supaya YB Iskandar digugurkan sebagai PJ dan YB Dr Yunus sepatutnya mengambil alih tampuk sebagai PJ.

Ahmad Mokhtar Ali,
Ahli PAS Kelana Jaya.

3 comments:

Anonymous said...

pas tak tau malu dan tak ada maruah.

dah tikam pkr masih lg nak minta jwtn dr pkr?

Anonymous said...

YB Iskandar ni ulama ke profesional? Katanya profesional dah habis dibuang. Takkan orang PAS nak pilih profesional jadi Naib Presiden kot? Itulah ratib hari-hari dari orang yang kalah dalam pemilihan. Sedangkan golongan yang dikatakan profesional yang menubuhkan PAN tu berapa kerat yang betul-betul profesional? Yang profesional ramai masih dalam PAS.

Anonymous said...

Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Rosnida zainab asal Kalimantan Timur, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil di daerah surakarta, dan disini daerah tempat mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat Jl. Letjen Sutoyo No. 12 Jakarta Timur karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya 0853-1144-2258 atas nama Drs Muh Tauhib SH.MSI beliaulah yang selama ini membantu perjalan karir saya menjadi PEGAWAI NEGERI SIPIL.alhamdulillah berkat bantuan bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI SK saya dan 2 teman saya tahun ini sudah keluar, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI, siapa tau beliau bisa membantu anda

Popular Posts