>> 5 Terkini :

Sunday 18 October 2015

TAHNIAH - 14% rumah mangsa banjir siap dibina sempena HIMPUNAN 60K PAS semalam..!!

14% RUMAH MANGSA BANJIR SIAP SEMPENA HIMPUNAN 60 RIBU PAS SEMALAM
~ Oleh: Syam Ghaz


* Bilangan tersebut MENGIKUT KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN seperti dibawah;

----------------------------------------
Sedikit catatan mengenai Rumah Mangsa Banjir Sempena Fastaqim...

Rumah yang siap dibina oleh ;
* Kerajaan Pusat 73 buah
* Kerajaan Negeri 123 buah
* NGO 169 buah
----------------------------------------

Fakta & Ulasan:

Kerajaan Negeri dan Pusat berjanji mahu siapkan 2,600 buah rumah Total Lost Mangsa Banjir Bah Kuning sempena Aidilfitri lalu. Kini sudah 3 bulan lewat daripada tarikh asal.
Jika dicampur semua rumah siap:

* Siap: 365 Buah
* Sepatutnya Siap: 2,600 Buah
* Peratus Siap: 14% sahaja.

Alangkah baik, sekiranya perhimpunan semalam (17 Oktober 2015) diadakan di MANIK URAI, KUALA KRAI disaat PAS Kelantan mentadbir Negeri Kelantan? Menampakkan kesungguhan PAS membantu MANGSA BANJIR.

Dengan tenaga 60,000 orang dan duit yang BOLEH dikumpul drpd penyertaan ramai tersebut, saya jangka tidak sampai 2 bulan (sebelum Disember - Bulan Banjir) rumah-rumah Mangsa Banjir Kelantan sudah boleh disiapkan sebelum banjir tiba sekali lagi hujung tahun ini, maka genap SETAHUN mangsa banjir tinggal di rumah transit/ khemah.

Bagi saya, seorang rakyat Kelantan yang peka suasana politik semasa, PAS sebagai sebuah Kerajaan memerintah Kelantan, patut mengutamakan KEBAJIKAN RAKYAT terlebih dahulu, daripada program yang bersifat Ceramah Politik untuk menunjuk-nunjuk kekuatan. Andaikata YA ingin buat, buatlah di Terengganu, Pahang, Selangor, Perak dsbnya yang tiada musibah banjir. Dimana kita semua tahu mangsa-mangsa banjir besar yang landa seluruh Kelantan 2014 lalu sangat sensitif, rakyat terutama mangsa banjir yang hancur musnah rumah mereka.

Tidak dinafikan program semalam agak baik dan Tahniah diatas kejayaan semalam, alangkah baiknya jika apa yang saya tulis diatas diusahakan oleh PAS KELANTAN dan PAS Malaysia untuk segerakan.

Ini tidak, PAS selaku Kerajaan Memerintah ketinggalan dengan NGO yang lebih bersungguh2 membina Rumah Mangsa Banjir daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, boleh dilihat kepada Jumlah Rumah Siap, bila politik lebih utama daripada tangungjawab membantu rakyat.

Saat-saat tengah banjir, kita semua sedia maklum PAS berpolitik dengan isu Hudud waktu rakyat melarat tidak makanan dan tempat tinggal. Jika nampak berpolitik sangat, tidak Mustahil rakyat Kelantan seramai 1.7 Juta orang akan bagi signal jelas pada PRU 14, yang mana semua tahu rakyat Kelantan Celik Politik.

Apalah sangat Undi 60,000 dibandingkan dengan 906,282 orang PENGUNDI BERDAFTAR, ia baru 0.066% daripada jumlah pengundi di Kelantan mengikut daftar Pemilih yang berakhir November 2012, belum dimasukkan tahun 2013 lagi.

* Jumlah Hadir Fastaqim: 60,000
* Jumlah Pengundi Berdaftar: 906,282

Itu tidak ditolak yang datang dari Luar Kelantan, yang memenuhi separuh Stadium yang hadir dan yang belum boleh mengundi. Bermakna tidak sampai separuh, dan mungkin lebih rendah 0.033% sahaja yang mewakili orang Politik Pas Kelantan jika dibandingkan dengan jumlah pengundi di Kelantan.

Bagi saya, PAS sepatutnya berhenti daripada menunding jari kepada orang ramai dan parti-parti lain, UTAMAKAN KEBAJIKAN MANGSA BANJIR yang menjadi tangungjawab kamu lebih penting daripada segalanya, kerana kamu Parti Memerintah Kelantan. Andaikata tidak mampu, saya syorkan Kabinet PAS sekarang LETAK JAWATAN sempena Sidang DUN Kelantan 2 November 2015 nanti.
Moga pandangan saya insan kecil yang juga bertungkus lumus membantu kemenangan Pas Kelantan pada PRU13 lalu dan juga membantu mangsa banjir Kelantan dulu dapat diambil kira.

Rakyat Kelantan Prihatin Mangsa Banjir.

Syam Ghaz
18 Okt 2015

No comments:

Popular Posts