>> 5 Terkini :

Saturday 31 October 2015

Pas Selangor akan pastikan tiada pertandingan tiga penjuru

Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor

SHAH ALAM: Pas Selangor akan memastikan tiada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) untuk mengelak kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Janji itu diberikan ekoran kenyataan DAP yang mahu bertanding di lapan kawasan milik Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana musuh utama Pas ialah BN.

“Kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN

“Kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita. Kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu Pas tidak akan bertanding tiga penjuru” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Jumaat.

Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan membenarkan DAP untuk merampas kerusi yang sudah dimilikinya sekiranya parti itu tetap berhasrat untuk bertanding di kawasan mereka.

“Saya tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi Pas), sebelum ini kita pun ada dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan masuk dalam kawasan Pas, ini bukan kali pertama sebelum ini pun ada kenyataan yang sama.

“Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah.”, katanya

Cerita BAS Express yang telah di beli oleh TGNA & yang baru di beli oleh TGHH

Nordin Said


CERITA BAS EXPRESS..

Malam tadi dipelancaran Parti Amanah Negara(AMANAH ) Kawasan Macang kelantan..kebetulan saya pun hadir hebat sahabat2 semua, suka duka dlm Perjuangan..

Ada 3 rombongan bas express..

Tuan guru Nik Abdul Aziz ajak ke Putrajaya.. rombongan menaiki bas express menuju ke Putrajaya. Separuh perjalanan tu tiba2 TGNA sakit, nazak lalu sampai ajal arwah.

Setelah TGNA dikebumikan..sekumpulan penganti arwah mula berbincang, apa perlu ke Putrajaya? Kita istikomah dah lah.. lalu diarahnya pemandu bas pusing balik sparuh perjalanan tadi..

Para penumpang mula cuak..kenapa U turn? Bukan ke kita ke Putrajaya.. sambil melihat bas2 PKR,DAP dilorong bertentangannya.

Riuh rendah berlaku.. separuh penumpang membantah ketuanya kerana tidak memenuhi hasrat arwah TGNA. Separuh lagi diam tak berani bantah kerana bimbang melawan ulamak. Juragan baru bas tersebut.

Setelah berfikir panjang.. separuh yang membantah tadi memutuskan untuk terus ke Putrajaya..mereka2 ni lah yg telah menaikan kumpulan ini bersama TGNA sehigga dapat beli bas baru sebelum ni.. untuk ke putrajaya dan sudah hampir nak sampai... mereka turun dari bas.. dan berbincang menbeli bas baru sendiri. Mereka ini kebanyakan terdiri dr cerdik pandai dan tokoh ulamak islam tajdiq..

Jemaah2 yg akur dengan bas U turn tadi memandang mereka2 yg turun bas tadi dengan sinis kerana bagi mereka..berdosa tinggalkan jemaah. Itu yg ulama mereka ajar. Mereka lupa ulama TGNA merancang perjalanan awal tadi ke Putrajaya..

Dan jemaah yang turun bas hijau tadi kini membeli bas baru. Bas yg lebih laju dan kukuh. Double decker lagi.. menghala ke Putrajaya.

Berbalik kepada bas hijau yg U turn tadi.. jemaah2 tak sedar mereka U turn. Mereka di pasak dengan harapan palsu..konon mereka hendak laksanakan hukum Islam. Konon nanti ulama memimpin negara. Ulama mereka mengatakan, dengan 1 bas yg U turn, mereka boleh kalahkan konsortium bas bas biru. Or barangkali mereka bersama konsortium bas biru?

Ini yg masih samar samar..hanya masa dan rentetan peristiwa yg bakal menentukan hala tuju bas hijau itu tadi. Barangkali jemaah jemaah mula goyah dengan hala tuju U Turn, or masih lena diulit alunan kata kata ulama..kita tunggu dan lihat..

3 buah bas kelihatan menghampiri Putrajaya.

ITULAH PAKATAN HARAPAN YG BERIKTIZAM HUMBANKAN UMNO,SEKUTUNYA SERTA YG BERKASIH SECARA GELAP!

MB baru SELANGOR selepas ini bukan AZMIN lagi, tak mustahil ZULHAZMI SHARIFF...!!


NAMPAKNYA DAP boleh bermula dari sekarang merialisasikan kemenangan di kerusi-kerusi DUN PAS yang ingin mereka bertanding... 

Mereka bolehlah merialisasikan hajat mereka ini dengan menurunkan calon-calon MELAYU ISLAM kerana ini sebagai salah satu tranformasi minda pengundi-pengundi yang tertanam selama ini DAP itu CINA.. CINA itu DAP....

Letakkan antaranya calon MELAYU ISLAM disini tidak mustahil PAS boleh tersungkur kerana kerusi-kerusi ini kebanyakan adalah pengundi campuran dan ahli PAS disini pun tak ramai.

Antara muka-muka yang sesuai di senaraikan ialah Sdr ZULHAZMI SHARIFF dimana sebelom ini menjadi ayam tambatan PAS dan menyertai DAP selepas PAS dilanda krisis baru-baru ini.

Saudari RARA & DYANA SOFIA kita juga boleh diangkat sebagai suara anak muda mewakil MELAYU ISLAM dalam DAP...

Bayangkan dengan sambutan rakyat terbanyak tak mustahil DAP dah boleh menang dah 3 kerusi PAS itu...yang selebihnya anda fikirkanlah siapa nak letak....

dan untung-untung MB SELANGOR bertukar tangan kepada DAP pulak selepas ini....masa nie baru ada akai si AZMIN tu..nak sangat berplaysafe dan cium mulut dengan PAS....

Bayangkan PAS & DAP ada 15 lagi tempat kosong untuk mereka bertanding dan yang pasti dengan 15 kerusi satu sama lain tu maka peluang hendak menambah kerusi lagi mudah bagi PAS & DAP...  jadi waktu ini AZMIN si PKR juga yang tersepit sebab mereka hanya ada dalam lingkungan15 kerusi sahaja untuk bertanding dan menang....itu pun jika UMNO kalah...

Walau apa pun kita lihatlah rencah politik negara yg semakin berbelit sekarang ini...



INI APA PULAK KATA PAS...

SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di lapan kerusi DUN yang disandang oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin Pas Selangor memutuskan untuk mempertahankan kesemua lapan kerusi tersebut pada PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas sedia maklum bahawa DAP mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Sebelum ini kita telah dengar ada ura-ura mereka akan masuk kawasan Pas...kita akan terus bertanding di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata Pas negeri tidak akan berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam pilihan raya umum itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70 peratus pengundi Melayu? Ini bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Pas," katanya yang juga Adun Paya Jaras.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding di lapan kerusi Pas dalam pilihan raya umum akan datang dan sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan diputuskan setelah perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah. - Bernama


Kenapa PAS Selangor perlu gelabah bila DAP nak bertanding kerusi mereka


Kenapa PAS harus gelabah apabila DAP umum nak bertanding di kerusi mereka..lantaklah nak jadi apa pun...sekarang bukan dah ada kerjasama antara satu sama lain jadi masing-masing ada hak nak bertanding dimana.

Ini adalag respon dari kenyataan PAS yang hendak meletak calon DHPP dikerusi PAS...jadi kenapa perlu PAS merasa gelabah. Lawan sahajalah kita tengok nak menang kepada siapa. Dah diajak untuk berbincang dan bekerjasama demi kepentingan rakyat terbanyak demi berhadapan dengan BN dan membawa harapan rakyat untuk melihat tertegaknya satu pemerintahan yang baru dibumi Malaysia.

Tapi nak buat camna, PAS sudha merasakan mereka kuat, hebat mendapat sokongan semua lapisan masyarakat di luar sana jadi bertembunglah tiada masalah..inikan negara demokrasi.



Sebelum ini pun Mustafa Ali bukan main kemas bercakap bahawa PAS akan bertanding di kerusi DAP..jadi tidak timbullah masalah DAP pula nak bertanding di kerusi PAS.


Tapi cuba lihat kelaku PAS Selangor...masa mereka umum nak bertanding kerusi DAP macam tak rasa bersalah dan penyokong pulak siap berbangga bila diumumkan sedemikian..sedangkan bila dah jadi pertembungan sebegini tahu pulak pecah undinya.


Itulah buat kerja pakai otak SIKU & LUTUT..tidak fikir panjang...dan merasa kita sahaja hebat berpolitik. Masa bercakap sudah rasa hebat dah perancangan kita namun bila orang sahut dan nak buat benda yang sama lalu duduk pertikai apa orang nak buat.

Inilah masalahnya...punca utama anda tu semua bodoh sombong tak nak berbincang dan tak nak bekerjasama sebagai satu pasukan pembangkang.

Walaupun dah tak nak duduk sebilik dan bersembang sekurang-kurang duduk bersama dalam pengagihan kerusi seperti mana yang telah dilakukan semasa bersama PKR dalam Barisan Alternative dahulu... berbincang pembahagian kerusi elok-elok...


Cuba lihat sekarang sekiranya DAP bertanding di kawasan PAS dan PAS kalah.. maka secara automatiknya kerusi MELAYU ISLAM dah hilang satu dalam DUN Selangor....tapi jika PAS kuat dan yakin menang tidak mengapalah namun persoalannya sekarang jika PAS kalah..

Dan yang lebih lebai malang lagi PAS lawan DAP lawan BN pula letak calon MCA dari BN dan menang...lagi anak haram bejadah sebab MCA pun hina dan tolak hudud. Dan ini berlaku kita nak kata siapa pengkhianat...

Dengan buat kerja tak nak bincang, duduk merasa parti kita hebat, parti kita kuat, jentera kita ramai jadi duduk merungut buat apa bila DAP nak bertanding..lantaklah nak jadi apa pun... lawan ajalah.....

Adam Al-Pekani

Friday 30 October 2015

Akhir rahsia kenapa HADI & PAS kekalkan keahlian NASHARUDIN MAT ISA dibongkar


Sebenarnya Nasha nie berkata beliau masih ahli PAS adalah jelas seperti apa yg dikatakan baru-baru ini selepas TGNA meninggal dunia.......



sekarang beliau telah dilantik sebagai...



dan dengarlah pesanan arwah TGNA semasa beliau ada dahulu...

Thursday 29 October 2015

Antara PEMIMPIN & MACAI dalam perjuangan parti PAS sekarang ini

Fikir positif...

Jadikan gambar ini sbg bahan motivasi utk semua.

Dua puluh tahun lagi pemuda yg dikata macai itu tidak mustahil juga akan memandu kereta mewah.






Wednesday 28 October 2015

Ucapan dalam parlimen Oleh Rafizi Ramli bab pendedahan bujet kroni boleh tender hospital RM8bilion

Perbahasan Belanjawan 2016

Perbahasan saya semalam menolak #bajet2016 Najib Razak kerana rakyat dicukai RM19 GST sehari, hanya 14 sen sehari dipulangkan sebagai kenaikan BR1M. Saya juga mendedahkan skandal baru UiTM membabitkan cadangan anugerah projek Hospital UiTM Puncak Alam yang kosnya naik 14 kali ganda! Sebarkan video ini, mohon share dengan sahabat-sahabat lain.

Posted by Rafizi Ramli on Tuesday, 27 October 2015

Rafizi Ramli

Perbahasan saya semalam menolak #bajet2016 Najib Razak kerana rakyat dicukai RM19 GST sehari, hanya 14 sen sehari dipulangkan sebagai kenaikan BR1M. Saya juga mendedahkan skandal baru UiTM membabitkan cadangan anugerah projek Hospital UiTM Puncak Alam yang kosnya naik 14 kali ganda! Sebarkan video ini, mohon share dengan sahabat-sahabat lain.

Tuesday 27 October 2015

Laporan Rasuah antara EXCO & DATUK | Koleksi bergambar..!!



Laporan rasuah kait Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang Datuk dalam aktiviti balak

Kenyataan Media laporan rasuah kait Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang Datuk beralamat di Istana Negara bersangkutan aktiviti pembalakan


Kenyataan media.
27 Oktober 2015

Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.

Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan

· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri

· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya

· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan

· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri

· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan

· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.

· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)

· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.

Sekian.
Mohd Afiq Bin Ayob

Husam 'libas' Mutalib Embong yang cuba nak cover Kerajaan PAS Kelantan


Saya bersyukur kerana kanda saya Datuk Wan Mutalib Embong selaku AJK Pas Pusat sudi berbicara (menerusi surat terbuka) dengan saya.

Inilah yang saya tunggu-tunggu – tindak balas. Beliau berani meletakkan nama beliau dan bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.

Pertama, surat beliau banyak bertanya. Menunjukkan bagi beliau banyak perkara belum jelas kedudukannya.

Mengapa saya tidak menegur amalan kelulusan hutan simpan tebang habis untuk tujuan perladangan dengan jumlah yang semakin luas dari masa ke semasa sewaktu saya dalam kerajaan?

Adakah saya tidak menegur selama ini?

Saya berpendapat lebih baik untuk Datuk Wan bertanya kepada MB Kelantan sekarang, Datuk Ahmad Yakob atau anggota Dewan Harian PAS di masa lalu dan anggota Jawatankuasa Kuasa Kecil Perhutanan (JKKP) pada masa saya menjadi anggotanya, dan bukannya membuat pertanyaan terbuka seperti ini.

Ketika seorang ADUN (sekarang telah dilantik menjadi Exco) hendak dilantik sebagai anggota tambahan JKPP, saya telah meminta Dewan Harian menentukan dasar pemberian hutan simpan kekal tebang habis ini untuk diguna pakai oleh anggota JKKP.

Seingat saya, MB sekarang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Beliau waktu itu adalah timbalan pesuruhjaya 1 dan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz tidak hadir. Ia berlaku pada akhir 2012 atau sekitarnya.

Tidak ada polisi diputuskan

Bila YB yang menjadi anggota tambahan ini pertama kali menghadiri mesyuarat JKKP, seperti biasa saya sekali lagi berhujah dalam mesyuarat tersebut menolak cadangan kelulusan atas tajuk ini.

Hujah saya tidak dibantah. Apa yang berlaku ialah anggota baru ini membacakan senarai syarikat untuk kelulusan.

Saya memprotes secara dalaman dengan tidak lagi menghadiri mesyuarat JKKP sehingga DUN dibubarkan pada tahun 2013. Tiga atau empat mesyuarat selepas itu tidak lagi saya hadiri. Rekod mesyuarat berkenaan boleh disemak.

Apa tujuannya?

Kalau saya ikut serta, saya akan terperangkap sampai bila-bila dan tidak dapat bersuara. Sejak itu, kelulusan atas tajuk ini kian bertambah.

Rekod-rekod boleh disemak dan Insya-Allah akan berbicara dengan sendirinya. Adakah sebelum itu saya tidak berbuat apa-apa?

Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam berbagai cara yang saya tidak bercadang memanjangkan pada peluang ini. Sebahagian darinya telah saya nyatakan dalam wawancara yang disiarkan Sinar Harian baru-bari ini.

Kedua, adakah kerana pernah menjadi sebahagian dari sistem itu pada masa lalu, saya hilang kebebasan saya selama-lamanya untuk menegur sesuatu yang saya fikir buruk?

Apatah lagi ia kian bertambah hari ke hari dengan kelulusan baru. Saya yakin itu bukan prinsip Dato Wan yang saya kenal.

Prinsip itu hanya anutan Firaun. Firaun menggunakan dakwaan satu “kesalahan” yang dilakukan Nabi Musa pada masa lalu untuk menghalang Nabi bersuara. Hal ini diceritakan dalam Surah As-Syua'ra, ayat 19.

Apa lagi, kelulusan tebang habis adalah sentiasa berkembang dengan jumlah keluasan yang semakin bertambah. Di manakah hadnya?

Adakah adanya tambahan-tambahan kelulusan baru sekalipun, tiada teguran boleh dibuat sampai hutan Kelantan pupus sepenuhnya?

Terbaru adalah seluas 4,500 hektar hutan simpan hanya untuk satu syarikat. Kini, giliran saya bertanya kepada Dato Wan selaku AJK PAS Pusat.

1. Apa dasar Pas terhadap alam sekitar?

2. Apa dasar Pas terhadap pemanasan global?

3. Apa dasar Pas terhadap pembalakan tebang habis?

4. Apa dasar Pas terhadap pemberian hutan bersekala besar tanpa tender?

5. Apa janji Pas dalam manifesto mengenai pemeliharaan alam?

6. Apa dasar Pas terhadap cara pembahagian kekayaan negara/negeri yang hanya melebihkan orang yang sama?

7. Adakah Dato Wan tahu berapa keluasan hutan simpan di Kelantan yang telah diluluskan?

Adakah Dato Wan mengambil tahu korupsi di pelbagai peringkat yang melatari amalan ini? Saya tidak bercadang untuk menghuraikan soal korupsi ini di sini.

Bukankah dulu Dato Wan atau pimpinan Pas membesar-besarkan masalah pengurusan atau penyelewengan balak oleh pimpinan Umno?

Adakah kini bila PAS melakukannya kita harus berdiam diri? Adakah PAS Pusat pernah meminta taklimat oleh PAS Kelantan diberikan?

Saya adalah anak Kelantan. Saya bertanggungjawab membantu menjaga kepentingan negeri tanah tumpah darah saya lebih dari pertimbangan yang lain.

Lagi pun, apa yang ditegur mempunyai ruang diperbaiki.

Sepanjang kritikan saya, saya lebih banyak menumpukan kepada keputusan-keputusan terkini kerajaan dengan tujuan di sana ada sanubari yang masih sudi mendengarnya.

Sekalipun serangan untuk mengecam peribadi dilakukan ke atas saya kiri dan kanan, apakan daya. Insya-Allah, selagi hayat dikandung badan, saya dayung jua teguran ini, mudah-mudahan kita semua terselamat dari azab Allah dunia dan akhirat.

DATUK HUSAM MUSA
ADUN Salor dan bekas naib presiden PAS.

*Tulisannya ini bagi menjawab surat terbuka oleh Datuk Wan Mutalib yang disiarkan Harakah dalam edisi 13 – 16 Muharram.

Monday 26 October 2015

PAS nampaknya semakin kalut dan karut

ULASAN GreenBoc

PAS nampaknya semakin kalut dan karut. Dahulu komain mengnhentam PKR, sekarang terpaksa menyembah PKR untuk bersamanya sehingga menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud sedangkan PASlah yang menguburkannya melalui resolusi muktamar 2015 yang memutuskan supaya PAS membatalkan kerjasama dengan DAP. 

Tidak ingatkan pemimpin-pemimpin PAS mengherdik PKR?



Rakyat mengingati kesemuanya itu sekalipun PKR dilihat seperti bersetuju untuk berbaik dengan PAS semata-mata untuk survival politiknya yang khuatir dengan ugutan PAS akan meletakkan calon-calonnya di kerusi-kerusi PKR yang bakal menyebabkan pertandingan 3 penjuru. 

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kita lihat nanti keputusan di dalam pilihanraya akan datang apakah kesudahan semua adegan drama ini.  

Husam tidak akan berhenti mendedahkan kerakusan, korupsi & ketidak telusan...

Abied Abdullah


Ada ramai yang kepanasan dengan pendedahan demi pendedahan penyelewengan oleh Husam Musa. Terutama mereka yang duduk di tampuk kuasa kerana kerakusan, korupsi dan ketidak telusan..

Saya begitu bangga dan saya amat-amat yakin bahawa Husam tidak akan berhenti. Kerana apa Husam tak akan berhenti?!

Pertama : Kerana apa yang mereka telah lakukan kepada Husam selama ini.

Kedua : Kerana kepincangan dan penyelewengan yang menyebabkan Husam menentang UMNO/BN selama ini. Maka tidak akan dapat diterima Husam apabila dikalangan PAS yg berperangai seumpama ini.

Ketiga : Kerana Husam seorang yg tiada kepentingan jawatan seperti kebanyakan orang lain yang sedang hangat menfitnah dan mengaibkannya sejak dulu.

Keempat : Kerana Husam membawa fakta yang tepat dan benar demi untuk kepentingan umum dan rakyat. (Walau Husam tahu banyak kes peribadi kepimpinan tertentu (dengan bukti) tapi tetap tidak didedahkan).

Kelima : Kerana mereka dah burukkan, fitnah, label dan macam-macam pada Husam hingga tahap zero, maka tidak perlu ada apa yang nak dibimbangkan lagi. (Fenomena ini bagus sebagai satu latih tubi untuk Husam Musa).

Keenam : Kerana sekalipun Husam berdiam diri, Husam tak pernah selamat dan tetap menjadi fitnah pihak mereka.

Malas dah nak taip dah..

Kesimpulannya..

Husam akan terus membongkar setiap penyelewengan dan korupsi pihak yang bertanggungjawab!
Syabas dan tahniah saya ucapkan pada YB Husam Musa. Teruskan! Demi perjuangan rakyat, keadilan dan ketelusan sebagaimana yang dibawa oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat!

Rakyat Pengundi PAS Kelantan.
Rakyat Kelantan yang dambakan Ketelusan.
Rakyat Kelantan yang mendokong Perjuangan TGNA.

Kemana hilangnya artikal Zahid minta Muhyiddin keluar UMNO secara sukarela

Adam Al-Pekani,


Semalam ada satu berita yang keluar di BERITA HARIAN ONLINE dimana TIM. PERDANA MENTERI telah memintak mantan Tim Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya keluar UMNO secara sukarela...

LINK BH

Namun selepas beberapa jam berita tersebut sudah ditarik balik oleh BERITA HARIAN ONLINE... punca sebenar ia ditarik balik kita semua tak tahulah...

Berkenaan isu TPM memintak mantan TPM itu keluar UMNO secara sukarela itu kita pun tak pasti akan kesahihan berita tersebut atau ada pihak dari 'atas sana' yang mengeluarkan arahan supaya artikal itu di tarik balik semula...

ini artikal yang di tarik balik tersebut...

Muhyiddin diminta keluar UMNO secara sukarela - Zahid Hamidi

Zahid minta Muhyiddin keluar UMNO secara sukarela | Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta keluar secara sukarela dari UMNO dan menyertai parti lain sekiranya masih mempertikaikan kelayakan kepemimpinan sekarang. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Muhyiddin itu perlu membuktikan kepada rakyat bahawa dirinya lebih layak daripada mana-mana pemimpin yang ada memetik Berita Harian.


Muhyiddin diminta keluar UMNO secara sukarela - Zahid Hamidi
“Saya hormati apa yang dilontarkan Muhyiddin dan saya juga hormati perasaan beliau, tapi kita tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu sudah berlaku tapi tidak menjadi realiti,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia di Dataran Merdeka, di sini, sebentar tadi.

Sunday 25 October 2015

Sekarang PAS sudah ada 3 jenis golongan buah....

Istana Kristal

3 JENIS AHLI PAS MASA LONI

Ahli-ahli dan pimpinan Pas loni terbahagi kepada 3 jenis kategori:

1) HARUMANIS
Luar hijau tetapi dalam oren. Di luar masih ahli Pas tapi dalam hati sudah sokong Amanah. Jaga baik-baik kalau boleh pujuk sebab jenis harumanis ni mahal harganya sebab berkualiti tinggi. Mahfuz, Husam, Raja Iskandar, Zaidy Templer, Idris Ahmad, Amzad Hashim tentu senyum kalau baca ni.

2) TEMBIKAI
Luar hijau tapi dalam merah. Pakai kopiah jubah bagai tapi hati sebenarnya Umno. Puak tembikai ni lah yang usahakan Ibrahim Ali boleh berpeluk dengan Haji Hadi. Zuhdi Marzuki rasanya lebih maklum siapa puak tembikai dalam Pas loni. Kena pegang molek sebab kalau jatuh tembikai mudah hancur macam terjadi pada Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali.

3) PETAI
Luar Pas dalam pun Pas. Puak ni memang Pas tulen tapi jenis bercakap ikut sedap mulut. Kata kat orang kafir munafik hanya mainan sahaja. Sebab tu mulut busuk.

Sebar-sebarkan.

Apabila TMB & Exco Kerajaan Kelantan cuba sapu bawah kapet soalan Husam bab YIK..!!

DPedas fm


Info bahawa Kerajaan PAS Kelantan telah gagal mencarum potongan gaji kakitangan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sejak sekian lama sehingga telah berjumlah RM14.6 juta. TMB Kelantan berkata amaunnya tidak besar. 

EXCO Agamanya dalam dialog di Kelana Jaya 2 hari lepas (lihat gambar) berkata Dato Husam tidak perlu bising-bising kerana tunggakan itu berlaku sejak zaman dia jadi EXCO lagi. 

Anda boleh teliti sendiri info di bawah dan lihat tarikh bermula tunggakan. Sebagai panduan Dato Husam tidak lagi menjadi EXCO selepas PRU 13 iaitu Mei 2013.

Laporan Tunggakan Potongan Gaji YIK Sehingga 30 September 2015

A) Institusi Kewangan/Bank

1. Biro Angkasa RM 159,873.62
(Tertunggak sejak 8/2015)

2. Bank Islam RM 32,353.41
(Tertunggak sejak 8/2015)

3. Bank Rakyat RM 435,426.62
( Tertunggak sejak 8/15)

4. Public Bank RM 382,134.00
( Tertunggak sejak 7/15)

5. Perumahan Perbendaharaan

RM 1,357,150.40
( Tertunggak Sejak 2014)

6. Tabung Haji

RM 600,956.00
( Tertunggak Sejak Feb 2015)

7. Etiqa Insurance

RM 4,075.08
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)

8) Takaful

RM 42, 806.12
( Tertunggak Sejak Ogos 2015)

9) KWAP

RM 3,876,557.75
(Tertunggak sejak Mac 2015)

10) KWSP

RM 166, 273.00
( Tertunggak sejak September 2015)

Jumlah Tunggakan A:
RM 7,077,620.00

B) Koperasi-Koperasi

1) Koperasi Maik

Rm 4,469,588.00
(Tertunggak sejak Jun 2014)

2) Koperasi YIK

RM 2,292,451.70
(Tertunggak sejak Jun 2014)

3) Koperasi Tarbiah Kelantan

Rm 697,908.36
(Tertunggak sejak Jun 2014)

4) Koperasi MGU

Rm 15,021.47
(Tertunggak sejak Mei 2015)

5) Koperasi Pegawai Melayu

Rm 3,805.00

Jumlah Tunggakan B :

RM 7,478,874.53

C) Lain-Lain Potongan

1) Pinjaman Komputer

Rm 624.00
(Tertunggak Sejak Jun 2015)

2) Pinjaman Kenderaan

Rm 22,239.00
(Tertunggak Sejak Mei 2015)

3) Pinjaman YAKIN

Rm 46,200.00
(Tertunggak sejak Mei 2015)

4) JPA

Rm 3,469.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

5) Zakat MAIK

Rm 15,007.11
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

6) Pelbagai Potongan

Rm 6,788.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

Jumlah Tunggakan C :
Rm 67,962.11

Jumlah Besar Tunggakan A+B+C:

RM 14, 650,821.64
(14.650 juta)

Adakah MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS berciri-ciri munafik..???

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad yang baik:

"Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa."

Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim pula), Rasulullah bersabda:

"Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."




Adam Al-Pekani

PAS: Unjustified Fatwa & U-Turn Politic?

Sabra Shatila


Sejarah dulu PAS asyik dok kafirkan UMNO kerana ideologi sekular dan kongsi kuasa dgn Cina, India dan bukan Islam..


Bukti & saksi yg nyata adalah kenyataan "Amanat Haji Hadi Awang" merujuk kepada kenyataan oleh DS Hji Ab Hadi Awang di Kg. Banggol, Peradong, K. Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan ini dicetak, poster ditampal di dinding markaz PAS sekitar tahun itu.


Sekarang bila pimpinan PAS nak berbaik dengan parti UMNO, PAS memberi alasan lain pulak atas sifat "Melayu Islam" dan "Ketuanan Melayu"...... 

sejak bila PAS boleh terima parti UMNO yg sekular, asobiah, korup dan zalimi setiap musuh politik mereka sejak 58 tahun lepas lagi?


Begitu juga dalam krisis kerjasama PR sebelum ini, PAS menolak DAP kerana perkauman dan tolak HUDUD, tapi boleh pulak terima PKR yg sekular dan juga tolak HUDUD!

Politik PAS sekarang semakin caca merba dan sudah tidak relevan lagi kpd pengundi2 yg waras, kritis dan demokratik! 

Bye2 PAS! Kita dah ada alternatif yg lebih konsistem dan berwibawa untuk rakyat Malaysia keseluruhannya!

Friday 23 October 2015

Luahan Pemuda Pas berkenaan krisis dengan Amanah

Luahan seorang pemuda PAS dlm status fb nya...

Ini sekadar luahan.

Jujur saya terlalu letih dengan dengan kemelut PAN PAS, suasana kebencian yang timbul membuatkan saya lebih selesa untuk ke usrah, program dakwah, atau ke program riadhah. Terus bekerja.

1- Sejak persaingan jemaah-jemaah, JIM, IKRAM, ABIM, PKPIM, ISMA, Haluan, Tabligh, saya tak pernah membenci mereka dengan sangat dalam, apatah lagi mengaggap mereka musuh.

Walau ada yang saya sangat tak bersetuju, (contohnya ISMA), saya masih punya kawan yang ramai di dalamnya, dan pasti mereka bukanlah musuh.

2- Saya masih berpegang kepada rukun baiah, Tajarrud. Yakin bahawa landasan ini yang paling benar dengan ilmu dan kefahaman, tapi jauh untuk mengatakan yang lain tertolak.

Bekerjalah, nanti kita jumpa di hadapan Allah dengan keyakinan masing-masing.

3-Ada yang saya pelik.

Dahulu mereka yang di dalam PAN, ketika masih bersama PAS, kita kata macam-macam. Munafiq haraki, suruh keluar. Sekarang bila dia sudah keluar, kenapa makian tu tak berhenti? Hatta Husam yang masih bersama PAS terus kita kata.

Apa sebenarnya yang kita mahu?

Mahu mereka ikut kata-kata kita sepatah-sepatah, sama macam kita, baru kita diam? Manusia apa kita ini?

4- Saya tak setuju ahli PAN digelar pengkhianat. Adakah sebab mereka tak setuju dengan PAS, lalu membawa wadah baru maka kita nak panggil mereka pengkhianat?

Jika kerana lompat parti, hanya wakil rakyat itu sahaja. Bukan orang yang tak menyertai apa-apa, tiba-tiba join PAN kita panggil pengkhianat.

5- Isu haram jemaah ini ada dalam taadud jemaah. Pasti kita belajar, ada yang setuju, ada yang tidak tentangnya. Ada khilaf.

Sudah tentu, jika PAN haram, jemaah-jemaah lain seperti IKRAM, ISMA, adalah haram.

Tetapi masing-masing adalah mengikut keyakinannya. Saya tidak rasa perlu berkeras tentangnya.

6- Walaupun sebagai ahli dan pekerja PAS, saya juga tetap rakyat marhaen biasa. Yang sangat rasa terjerut dengan keadaan ekonomi negara. Melihat suasana kebencian begini, hingga terlarinya fokus pada siapa musuh yang sebenar (UMNO BN), membuatkan hati rasa sangat kecewa.

Yang hanya mahu kebajikan terjaga. Yang hanya nak UMNO-BN kalah.

Saya yakin, ramai lagi begitu.

Biarlah PAN, mereka sudah keluar. Terus lah kita bekerja.

7- Saya rindu usrah tarbiyyah yang bincang soal tarbiyyah sebenarnya, yang rindu syahid, yang hening, cukuplah setiap masa membincangkan isu yang berbaur kebencian, yang ketawakan PAN.

Cukuplah.

Maaf, ini sekadar luahan. Jika kamu tak bersetuju tak mengapa, mari kita sama-sama bersetuju untuk tak bersetuju.

Wednesday 21 October 2015

Shahir - Mengapa saya meragui "FATWA" pengharaman parti baru yang disampaikan oleh Hj Hadi..??



Saya mengambil maklum bahawa Tuan Guru Hj Abd Hadi dalam satu ceramahnya telah meriwayatkan satu fatwa daripada al-Qaradhawi yg mengharamkan penubuhan parti baru, berdasarkan kepada konteks ayat, parti tersebut tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada AMANAH.

Susuk tubuh Tuan Guru cukup saya sanjung sebagai ulamak yang memimpin umat dalam politik, namun ‘fatwa’ al-Qaradhawi tersebut nampak sangat meragukan dengan manhaj yang beliau pegang dan ajar, sekurang-kurangnya dari beberapa sudut di bawah:

1) Al-Qaradhawi seorang yg cukup cermat. Beliau bukan jenis ‘ulamak kepalang tanggung’ yg suka mengharamkan sesuatu yg tidak jelas dalilnya dan ghairah melihat orang masuk ke neraka. Sikap cermat dan berhati-hati beliau dapat dilihat melalui manhaj yg ditulis dengan panjang lebar pada pendahuluan ‘al-Halal wa al-Haram fi al-Islam’. Beliau menegaskan bahawa pengharaman sesuatu perkara, benda dan urusan yang bersifat Mu’amalat (lawan bagi Ibadat) mesti punya dalil yg 'soreh' (jelas) lagi 'soheh', ada pun dalil yang tidak soreh lagi soheh, maka ia kekal dibolehkan. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s. 20. Al-Maktab al-Islami, 1980).

Oleh itu sangat aneh di sebalik sikap cermat yang ditunjukkan, tiba-tiba beliau menfatwakan haram menubuhkan parti baru, tanpa diketahui dalil yg soheh lagi soreh mana digunakan, dan melawan manhaj yang selama ini beliau julang.

2) Fatwa tersebut kontradik dengan tulisan beliau. Al-Qaradhawi sangat terbuka dengan kepelbagaian gerakan dan parti Islam, ini dapat dilihat daripada “Fiqh Dawlah”, beliau berpendapat bahawa kepelbagaian parti dalam politik adalah seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqh (Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam, m.s. 151. Dar al-Shuruq, 2001).

Jika keharaman menubuhkan parti Islam baru itu sesuatu yang menjadi pegangannya, pastilah penubuhan Parti al-Nur di Mesir lebih awal difatwakan haram, namun itu tidak berlaku.

3) Al-Qaradhawi seorang yang cukup teliti. Beliau bukan jenis orang yg suka menjawab fatwa dengan ringkas. Manhaj ini dapat dilihat jelas dalam “Fatawa Mua'sirah”, beliau menjawab soalan dengan terperinci, berkajang muka surat dikarang hanya untuk menjawab satu soalan pendek. Jika satu permasalahan itu haram hukumnya, beliau tidak hanya menulis “Haram”, tetapi diperincikan keadaan dan situasi.

Oleh itu kita mohon supaya didedahkan jawapan penuh beliau, beserta soalan yg dihantar. Ini penting supaya kita dapat mengetahui letak duduk perkara ini dengan jelas.

Saya bukanlah ahli AMANAH, hanya peminat al-Qaradhawi semenjak belasan tahun dahulu, ‘fatwa’ yang dahsyat sedemikian rupa mesti dibuktikan supaya tiada salah faham terhadap beliau, yang selama ini terkenal mempromosikan manhaj al-Wasatiyyah dan sikap toleransi dengan perbezaan.

Shahir Arifin Ahmad Fadzil
20 Oktober 2015

Monday 19 October 2015

Hadi jual nama QARDAWI dengan bercakap atas kepentingan peribadi dan parti beliau

FATWA PENGHARAMAN MENUBUHKAN PARTI BARU


Saya membaca tulisan seorang ustaz 'haraki', dia meriwayatkan daripada TG Abd Hadi Awang bahawa al-Qaradhawi menfatwakan penubuhan parti Islam baru adalah haram.

Maaflah, saya tak percaya dengan dakwaan seperti itu. Ini kerana 'fatwa' itu sangat bertentangan dengan manhaj yg dipegang oleh al-Qaradhawi.

Sesiapa yg membaca al-Sohwah, karangan beliau, akan dapati beliau cukup terbuka dengan kepelbagaian gerakan Islam. Bahkan al-Sohwah ditulis untuk mengurus perbezaan antara gerakan Islam.

Bahkan dalam Fiqh Daulah, beliau menganggap kepelbagaian parti politik seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqh.

Fatwa yg begitu keras, ini juga sangat bertentangan dengan semangat wasatiyyah yg dipromosikan oleh beliau setiap hari. Dalam "al-Halal wa al-Haram fi al-Islam", beliau mensyarahkan tentang asas ibadah dan mu'malat. Pengharaman sesuatu perkara al-Mu'amalat mesti punya dalil yg 'soreh' (jelas) dan 'soheh', sebarang usaha mengharamkan yg halal tanpa dalil yg 'soreh' dan 'soheh' adalah sebahagian daripada syirik, menurut al-Qaradhawi.

'Fatwa' ini dilihat lebih meragukan, kerana ia diriwayatkan oleh manusia yg punya sejarah dan track record menyalah gunakan nas agama untuk kepentingan partinya, serta penafsiran-penafsiran 'haraki' yg lucu (seperti dalam isu Jamaah al-Muslimin). Sedang kalam Tuhan berani disongsangkan maksudnya, apatah lagi fatwa manusia.

Namun bagi yg mahu terus mendakwa, tolong datangkan transkrip soalan TG Abd Hadi, dan transkrip jawapan oleh Al-Qaradhawi, supaya dapat dinilai kesahihan dan ketepatannya dengan dakwaan-dakwaan liar sebegitu.

Jika tidak ada, ketahuilah bahawa al-Qaradhawi menghabiskan usianya melawan sikap taksub buta, dan perangai suka mempergunakan nas agama untuk kepentingan diri sendiri.

Shahir Arifin Ahmad Fadzil

Aduhai PAS..!! Timbalan kata Sokong mai Presiden pulak kata belum nyata pendirian

SUMBER

 

SUMBER

Inilah masalah yang ada pada pimpinan PAS... bercakap tidak senada...sebelom ini perkara inilah juga berlaku kepada mantan Timb Presiden yang lama bila berurusan dengan Presiden...

Sepatutnya mereka duduk bermesyuarat dahulu buat satu ketetapan dan keputusan kemudian baru bercakap..itu baru sebaik2 nya nak bercakap....


M.A Shah

Sunday 18 October 2015

PAS sudah tak relevan sebagai pembangkang..!!!

Afundi Af


Pas asyik2 Dap...dap..dap...asyik2 Amanah...amanah..amanah. Pas dah takda musuh lain ke?.

Nak tanya Pas perhimpunan fastaqim tujuan sebenar adalah semata mata untuk menghentam Amanah dan Dap. Mereka lupa nasihat dan wasiat armahum Tgna tentang perlunya menjaga sahabat perjuangan dan bangsa lain.

Eloknya Pas tak payah bermuka jadi pembangkang di Malaysia ini. Sekarang jelas terpesong tindak tanduk mereka ini hanya merugikan rakyat.

Perhimpunan Fastaqim hanya tujuan mengutuk Amanah. Mereka langsung tidak menyentuh isu isu rakyat. Mereka langsung tidak memperjuangankan nasib rakyat seperti kenaikan harga tol, minyak,1mdb dan Gst. Mereka juga tidak menyentuh nasib mangsa banjir di Kelantan. Tidak ada langsung mereka mengutuk kerajaan BN.

Apa yang mereka kutuk, hanya lah Amanah dan Dap. Layak kah mereka ini di gelar pembangkang Malaysia?. Layak kah Pas ini sebagai membela nasib rakyat?.

Mereka hanya layak menjadi teman dan sahabat Umno BN sahaja. Pas tidak layak utk rakyat. 

PAS TIDAK LAGI RELEVAN SEBAGAI PEMBANGKANG.....

TAHNIAH - 14% rumah mangsa banjir siap dibina sempena HIMPUNAN 60K PAS semalam..!!

14% RUMAH MANGSA BANJIR SIAP SEMPENA HIMPUNAN 60 RIBU PAS SEMALAM
~ Oleh: Syam Ghaz


* Bilangan tersebut MENGIKUT KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN seperti dibawah;

----------------------------------------
Sedikit catatan mengenai Rumah Mangsa Banjir Sempena Fastaqim...

Rumah yang siap dibina oleh ;
* Kerajaan Pusat 73 buah
* Kerajaan Negeri 123 buah
* NGO 169 buah
----------------------------------------

Fakta & Ulasan:

Kerajaan Negeri dan Pusat berjanji mahu siapkan 2,600 buah rumah Total Lost Mangsa Banjir Bah Kuning sempena Aidilfitri lalu. Kini sudah 3 bulan lewat daripada tarikh asal.
Jika dicampur semua rumah siap:

* Siap: 365 Buah
* Sepatutnya Siap: 2,600 Buah
* Peratus Siap: 14% sahaja.

Alangkah baik, sekiranya perhimpunan semalam (17 Oktober 2015) diadakan di MANIK URAI, KUALA KRAI disaat PAS Kelantan mentadbir Negeri Kelantan? Menampakkan kesungguhan PAS membantu MANGSA BANJIR.

Dengan tenaga 60,000 orang dan duit yang BOLEH dikumpul drpd penyertaan ramai tersebut, saya jangka tidak sampai 2 bulan (sebelum Disember - Bulan Banjir) rumah-rumah Mangsa Banjir Kelantan sudah boleh disiapkan sebelum banjir tiba sekali lagi hujung tahun ini, maka genap SETAHUN mangsa banjir tinggal di rumah transit/ khemah.

Bagi saya, seorang rakyat Kelantan yang peka suasana politik semasa, PAS sebagai sebuah Kerajaan memerintah Kelantan, patut mengutamakan KEBAJIKAN RAKYAT terlebih dahulu, daripada program yang bersifat Ceramah Politik untuk menunjuk-nunjuk kekuatan. Andaikata YA ingin buat, buatlah di Terengganu, Pahang, Selangor, Perak dsbnya yang tiada musibah banjir. Dimana kita semua tahu mangsa-mangsa banjir besar yang landa seluruh Kelantan 2014 lalu sangat sensitif, rakyat terutama mangsa banjir yang hancur musnah rumah mereka.

Tidak dinafikan program semalam agak baik dan Tahniah diatas kejayaan semalam, alangkah baiknya jika apa yang saya tulis diatas diusahakan oleh PAS KELANTAN dan PAS Malaysia untuk segerakan.

Ini tidak, PAS selaku Kerajaan Memerintah ketinggalan dengan NGO yang lebih bersungguh2 membina Rumah Mangsa Banjir daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, boleh dilihat kepada Jumlah Rumah Siap, bila politik lebih utama daripada tangungjawab membantu rakyat.

Saat-saat tengah banjir, kita semua sedia maklum PAS berpolitik dengan isu Hudud waktu rakyat melarat tidak makanan dan tempat tinggal. Jika nampak berpolitik sangat, tidak Mustahil rakyat Kelantan seramai 1.7 Juta orang akan bagi signal jelas pada PRU 14, yang mana semua tahu rakyat Kelantan Celik Politik.

Apalah sangat Undi 60,000 dibandingkan dengan 906,282 orang PENGUNDI BERDAFTAR, ia baru 0.066% daripada jumlah pengundi di Kelantan mengikut daftar Pemilih yang berakhir November 2012, belum dimasukkan tahun 2013 lagi.

* Jumlah Hadir Fastaqim: 60,000
* Jumlah Pengundi Berdaftar: 906,282

Itu tidak ditolak yang datang dari Luar Kelantan, yang memenuhi separuh Stadium yang hadir dan yang belum boleh mengundi. Bermakna tidak sampai separuh, dan mungkin lebih rendah 0.033% sahaja yang mewakili orang Politik Pas Kelantan jika dibandingkan dengan jumlah pengundi di Kelantan.

Bagi saya, PAS sepatutnya berhenti daripada menunding jari kepada orang ramai dan parti-parti lain, UTAMAKAN KEBAJIKAN MANGSA BANJIR yang menjadi tangungjawab kamu lebih penting daripada segalanya, kerana kamu Parti Memerintah Kelantan. Andaikata tidak mampu, saya syorkan Kabinet PAS sekarang LETAK JAWATAN sempena Sidang DUN Kelantan 2 November 2015 nanti.
Moga pandangan saya insan kecil yang juga bertungkus lumus membantu kemenangan Pas Kelantan pada PRU13 lalu dan juga membantu mangsa banjir Kelantan dulu dapat diambil kira.

Rakyat Kelantan Prihatin Mangsa Banjir.

Syam Ghaz
18 Okt 2015

PASCA FASTAQIM, PAS KUAT?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya hanya dapat hadam ucapan Tuan Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub dan Ustaz Derih. Yang lain saya tak tahu, asyik tengok drone, asyik layan wassap.

2) Crowd hijau berbeza dengan crowd kuning. Crowd kuning bebas merayau dijalanan, crowd hijau terkurung dalam stadium. Yang melimpah kat luar saya tak nampak, sebab drone saya berresolusi rendah, kurang sensitif cahaya.

3) Inilah perhimpunan PAS yang paling pelik yang saya pernah lihat. Ada lagu negaraku, ada gimik lakonan dan berkuda, ada drone, ada dua tiga perasmian pelancaran dala satu majlis.

4) Saya tidak nampak di mana kekuatan PAS yang mahu ditunjukkan dalam babak-babak tersebut melainkan hanyalah hiburan mengisi emosi dan humor kepada peserta yang sudah mungkin keletihan seharian di Kota Bharu.

5) Namun saya tidak nafikan PAS memiliki kekuatan wala' ahli yang istiqamah. Apabila dikerah, mereka bergolok bergadai datang. Walau difitnah/ditroll dengan bas sponsor, namun bas yang berpuluh-puluh atau beratus-ratus itu bukanlah di sponsor.

6) Peserta kena bayar tambangnya. Kalau ada sponsor pun mungkin satu dua bas sahaja. Mana ada cawangan/kawasan yang poyo nak tunjuk kaya. PAS bukan Umno. Cuma organizer setiap tempat menganjurkan rombongan Bas untuk meminimakan kesesakan lalulintas di Kota Bharu.

7) Bayangkan kalau 100K semua datang dengan kereta, tak ke mampus Kota Bharu dengan jem. Dah laa sistem trafik pun lemah. Nak mohon fly over sebijik daripada pusat pun berpuluh tahun baru sampai.

8 ) Jika objektifnya mahu perserta yang ramai, saya katakan ia berjaya. Namun untuk mengatakan Fastaqim itu sebagai kayu ukur PAS sebuah parti yang kuat, ia belum teruji. Jangan mendabik dada.

9) Saya kurang setuju dengan nada salah seorang Naib Presiden yang berucap. Perbaiki nada anda semasa berucap. Saya faham point anda, tetapi ada sesuatu yang tak kena.

Sekian.

PAS gagal mathematik - 60K atau 100K????

Pas gagal dalam Mathematics.


Takpe lah mereka kata Himpunam 60k berjaya. Ok lah stadium penuh....ok kira pas berjaya lah.

Stadium tu boleh muat 35,000 sahaja. Ok pas betul lagi,sebab di padang dan tempat duduk penuh....mungkin telah cecah 40,000 orang lagi.

Di luar stadium juga ada orang...ok pas jugak betul...tambah lagi 10,000 lagi jadi 50,000.

Di lorong2 dekat stadium juga penuh..ok pas menang lagi...tambah 10,000 orang lagi....jumlahnya genap 60,000.

Tetapi....tetapi....tetapi.

Bukan ke Pas dah arahkan semua ahlinya di seluruh negara untuk hadir di perhimpunan tersebut??.
Jika 60,000 tadi di bahagi kepada 14 buah negeri dalam Malaysia ini....berapa kah jumlah keseluruham bagi setiap negeri yang hadir??. 60,000 > 14=??.

Ok, pas kata dia menang lagi, klau 60,000 yang hadir mungkin lebih, bukan semua satu Malaysia yang dapat hadir.

Kita belum kira 60,000 bahagi Johor, Selangor, Sabah,Sarawak,Perak,Penang, Kedah dan Perlis. Ada 8 belum di kira Pas itu pupus di sana.

Jadi berapa jumlah 8 negeri itu pas yang hadir??...Kelantan saje??.....Lu Kira La Sendiri......hehehe

Popular Posts