>> 5 Terkini :

Tuesday 8 September 2015

Apabila golongan agamawan PAS dianggap suci & murni

Mat Alishah



Golongan ulama yang berada dalam Pas adalah lulusan dalam bidang pengajian Islam. Mereka bukan pakar dalam semua bidang. Jauh sekali mereka mampu menguasai bidang-bidang disiplin keduniaannya yang lain.

Seakan-akan golongan agamawan Pas mendapat autoriti untuk menakut-nakutkan golongan yang bukan agama. Golongan ini juga merasakan bahawa mereka sahaja yang betul dan mendapat keredhaan Allah.

Golongan agamawan Pas sering membuat ancaman dengan menggunakan senjata (doktrin) "walaq" dan ugutan "dosa" jika melawan ulama Pas. Akibatnya, ahli-ahli bawahan yang kurang didikan agama telah dipasakkan dengan doktrin bahawa ulama Pas adalah "maksum" dan mempertikaikan mereka adalah berdosa besar.

Doktrin yang menyatakan Pas adalah Islam dan Islam itu adalah Pas, dan ulama-ulama Pas adalah "maksum" telah berjaya memerangkap ahli-ahli akar umbi dan bawahan Pas "berwalaq" secara membabi buta kepada pimpinan tertinggi Pas.

Ketaatan yang mutlak dalam ajaran Islam hanyalaah kepada Allah dan Rasullullah sahaja, dan ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat. Kini masyarakat melihat Pas sebagai satu entiti yang kurang diyakini arah tuju perjuangan keislamannya.

Pas kini merasa hebat kerana masih ramai ahli yang setia, dan masih ramai yang ingin menganggotainya. Itu semua tidak menghairankan, kerana "Ayah Pin" dan "Rasul Melayu Terakhir" yang terang-terangan aajaraannya bercanggah dengan Islam pun ada pengikut-pengikut masing-masing.

Apatah lagi, Pas sebagai parti politik yang menjanjikan habuan kuasa dan pangkat semestinya ada pengikutnya yang tersendiri.

*maaf nampak kasaq sikit..sebenar luahan ini datang apabila mendengaq ustaz2 muda PAS bercakap ibarat macam rakyat yang menyertai GHB nie macam dah tak ada nilai pada ALLAH swt

No comments:

Popular Posts