>> 5 Terkini :

Monday 3 August 2015

Memperjuangkan Islam di Malaysia bukan hak milik peribadi PAS sahaja..!


Al Fahmu dalam erti sebenar disisi Islam.

♦Kefahaman yang benar adalah memahami Islam sebagai ad-Din. Kebenaran ini merentasi semua perkara sama ada kepentingan individu atau kepentingan sesebuah organisasi.

♦ Apabila kita meletakkan Islam sebagai pegangan, kesedaran kita yang utama ialah kita memiliki kudrat dan ilmu yang terbatas. Maka kita sebagai insan sudah pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

♦Setinggi-tinggi matlamat adalah mendapatkan redha Allah. Untuk mendapatkan redha Allah, Al-Quran dan Hadis menjadi panduan. Kedua-dua panduan ini adalah hak bagi semua muslim sama ada dalam UMNO, PAS, IKRAM, ABIM, ISMA, dan umat muslim keseluruhannya.

♦PAS merupakan wasilah atau alat untuk mencapai matlamat yakni redha Allah. PAS memperjuangkan pelbagai agenda. Siasah, Dakwah, Tarbiyyah dan semua perkara seperti yang terkandung dalam Quran dan Hadis. maka PAS adalah alat untuk menjayakan agenda tersebut dalam konteks negara demokrasi. Apabila menang PRU, PAS dapat menyuarakan agenda tersebut di parlimen. PAS tak dapat menyuarakanya jika kalah PRU. sedangkan hasil parlimen adalah pelaksanaan. PAS mesti menang PRU barulah agenda itu lebih mudah dicapai. cth: P.Pinang, penceramah PAS bebas berceramah di masjid dan surau. begitu juga di selangor. amat berbeza jika BN yang memerintah. PAS sukar masuk masjid untuk berceramah. cth lain: hasil hubungan PAS dan DAP di P.Pinang, setiap tahun Lim Guan Eng menaikkan peruntukkan/dana kepada sekolah-sekolah agama.

Untuk mencapai matlamat,tidak semestinya hanya dengan PAS. Sekiranya kita berfikir hanya dengan PAS matlamat akan tercapai, amat malang bagi mereka yang duduk dalam IKRAM, ABIM, ISMA, tabligh apatah lagi yang tidak berorganisasi. sedangkan mereka juga ada iltizam untuk amar maruf nahi munkar. cuma beza dengan PAS, ialah kuasa politik.

♦"Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"

Perlembagaan ini walaupun termaktub dalam perlembagaan PAS namum hak memperjuangkannya bukan hak istimewa ahli PAS sahaja. Sesiapapun berhak untuk memperjuangkannya sekalipun mereka bukan ahli PAS. Perkara ini kita sebut sebagai agenda mengislahkan masyarakat yang akhirnya wujud sebuah masyarakat era madaniyyah. Ringkas kata, agenda mengislahkan masyarakat adalah agenda bagi semua dai'e yang komited untuk mendidik ummah. Sesiapa yang komited, sekalipun dia bukan ahli PAS, dialah yang akan menang. Sekiranya tidak komited, walaupun dia ahli tegar PAS, dia akan kalah. Kesimpulannya, siapa buat kerja yang bersungguh-sungguh beserta dengan niat yang ikhlas, dialah yang menang. Begitupun bagi yang ikhlas sahaja tetapi malas, akan gagal.

✅PAS dan GHB

Pada asasnya, kedua-dua kelompok ini memperjuangkan Islam. Kita mesti akui bahawa barisan konservatif dan progresif komited terhadap Islam. Sekiranya timbul sangkaan lain daripada asas ini, ketahuilah ia tidak benar.

Namun, kedua-dua kelompok di dalam PAS bertembung dari sudut method, strategi politik, dan isu-isu kecil lain yang menambahkan perencah pertembungan.

Pertembungan kian memuncak. Kita harus disedari bukan sahaja punca yang disebut tadi, tapi wujud persangkaan negatif yang tidak berasas dicanang rancak:

⛔Lebel parasit dalam PAS. Hasan Ali yang ditendang daripada PAS kemudian giat dalam forum-forum anjuran UMNO, beliau yang pertama membuat lebel 'parasit' ini kepada ahli PAS. Label ini disambut lantas mengakar dalam kalangan ahli. Sesama ahli PAS saling bersangka. Saya sendiri pernah dilabel parasit dalam kalangan JIK kampus.

⛔Geng Erdogan. Label ini wujud kerana ada ahli PAS yang kagum dengan Recep Tayyeb Erdogan yang menjadi presiden Turki. Beliau asalnya daripada Parti Refah pimpinan Nechmen Erbakan tetapi keluar dan menubuhkan AK Parti yang sehingga kini memerintah Turki.

⛔Label: JEBON, MUNAFIK HARAKI, LIBERAL, SYIAH, TOLOL, BARUA, ALAT DAP, DLL.

Label- melabel semakin memuncak di dalam PAS dan amat sukar untuk dihentikan. Salah satu faktor yang menyumbang sukarnya dihentikan adalah kerana label-melabel ini keluar daripada mulut pimpinan PAS itu sendiri.

Pada saya, semua label ini wujud atas persangkaan yang gopoh atau kerana pemikiran 'simple minded' yang gagal.

❌Klimaks: Pertembungan bukan lagi cakap label-melabel tetapi hingga melibatkan gerak kerja yang merugikan PAS. Saya tidak perlu mencatatkan semuanya disini. Namun cukup 1 contoh kecil yang saya berikan: JPM negeri melarang ahli menyertai program tertentu walhal ia program PAS, atau ahli dilarang menjemput penceramah tertentu sedangkan penceramah itu ahli PAS, malah tanzim JIK juga pernah dirombak atas arahan JPM dan menaikkan ahli yang baru 2 minggu berbaiah dan masih terkial-kial. Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah perpecahan amatlah teruk dan amat sukar dibaiki lagi. dari jemaah kampus hinggalah kepada pimpinan PAS pusat.

✅ Kelahiran GHB.
PAS patut bersyukur kerana mereka yang dilabel seperti yang saya sebutkan diatas akan benar-benar keluar. Selepas ini PAS tidak lagi mempunyai ahli seperti ini.

Kesimpulan

✳ Sekiranya kita memahami seni politik dan sifatnya yang berubah-ubah, kita tidak akan melenting dengan gerombolan ahli PAS yang ingin keluar dan bersama wadah baru GHB. menurut pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar, kewujudan GHB sebenarnya memberi kredit kepada Islam dan PAS itu sendiri. GHB yang dianggotai profesional dan progresif lebih kedepan dalam isu-isu negara seperti 1MDB, POTA, TPPA, GST, dll. Manakala PAS yang dipimpin ulama konservatif boleh menumpukan pengundi luar bandar yang selesa dengan gaya konservatif. GHB yang profesional boleh fokus dengan pengundi bandar yang sesuai dengan gaya fikir profesional. Kedua-duanya tetap dengan matlamat. Namun disebabkan pertembungan yang terpaksa berpisah, masing-masing boleh melakukan kerja politik dengan cara sendiri.

Pesan saya: janganlah memanipulasi kata 'istiqomah' itu. setinggi-tinggi istiqomah ialah istiqomah bersama Islam. Amal Islami dalam agama amatlah luas. Mereka yang bukan ahli PAS pun boleh beramal menurut kemampuan dan persekitaranya. Apabila ada yang keluar PAS, itu tidak bermaksud mereka tidak lagi istiqomah dengan Islam. Teknikalnya, PAS tetap wasilah. Memanipulasi makna istiqomah itu hanya refleksi kepada sebuah kegagalan menyelesaikan pertembungan tadi. Di awal perpecahan yang berlaku, seolah-olah ahli yang dilabel itu sekadar perosak dalam PAS. Mengapa bila perosak ini keluar dari PAS sekarang timbul kata 'istiqomah'?

Rendy Ismail
Ketua Anak Muda GHB Sabah.

No comments:

Popular Posts