>> 5 Terkini :

Thursday 30 July 2015

Tahniah TPM "Baru" - Akhirnya pusat judi terbesar negara iaitu CASINO GENTING akan ditutup..!!

M.A. Shah



Tiada pihak yang akan terlepas jika memberikan perlindungan kepada premis perjudian. Demikian amanat pertama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas bergelar timbalan perdana menteri.

Zahid yang juga menteri dalam negeri turut mengingatkan ketua polis di setiap negeri agar memastikan premis judi di kawasan mereka dihapuskan 100% berkuatkuasa semalam.

"Saya ingin memberitahu bukan sekadar amaran.

"Mana-mana pegawai dan anggota polis, individu sama ada mewakili organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu, memberikan perlindungan kepada rumah judi ini, mereka tidak akan pernah terlepas daripada tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%," katanya ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur malam ini.

Zahid berkata tidak ada satu bangsa atau agama yang bersetuju jika aktiviti perjudian dibiarkan berleluasa.

Katanya, aktiviti perjudian bukan saja merosakkan remaja tetapi ada di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mampu membiayai keluarga turut terlibat dalam kancah perjudian.

"Tidak ada individu yang rasional juga bersetuju dengan judi.

"Keluarga menjadi retak porak-peranda dengan wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan isi rumah tetapi digunakan kepada aktiviti perjudian. Yang untung tauke judi," katanya.

Sementara itu, Zahid turut mengingatkan orang ramai agar tidak melindungi penjenayah hanya berdasarkan keturunan.

Katanya, masyarakat di Malaysia harus menyuburkan budaya hormat menghormati antara kaum bagi memupuk perpaduan dalam negara.

"Jangan melindungi penjenayah atas nama rasa kekitaan yang kuat, berdasarkan kepada keturunan.

"Kita tahu perasaan bagaimana mahu membela sesuatu keturunan tetapi kerana 'sunnatullah' menentukan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, kita perlu menghormati kaum, budaya dan agama lain," katanya. – 29 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perangi-premis-judi-habis-habisan-amaran-pertama-zahid-sebagai-tpm#sthash.N19a3Mz0.dpuf


2 comments:

Anonymous said...

Bukan ditutup akan datang ada lagi bukit nak dijadikan pusat belibelah judi dan arak digunung kinabalu olih puak bnolih

lagu tu laa said...

baru ja diangkt jd tpm dah nak lawan toke,zahid tau ka dak sapa yg bg tanah bukit kt toke gnting tu?bukan kah tok wan pok jid boss dia la ni?duk diam2 ja lah hang dah dpt pun'imbuhan' tu.

Popular Posts