>> 5 Terkini :

Tuesday 7 July 2015

Seronok sungguh 'Pejuang PAS' dok troll Awek DAP yang makan guna talam..!!


maka bermula episode troll mene roll, kenen mengenen, perli memerli dan siap bawa keluaq hukum macam2 untuk menyatakan apa yg dilakukan itu salah....


maka datang sahabat berhujah dengan caranya....
Cuba anda fahami apa yang cuba di sampaikan dari segi persepsi sahabat kita berkenaan gambar RARA itu... dan cuba pula anda lihat persepsi sahabat dari gambat PRESIDEN & DYANA SOFYA


kemudian datang lagi berbagai gambar dan dalil untuk menghalalkan hujah masing-masing... namun hakikatnya berbalik kepada hujah sahabat kita nie...



Jika anda fikirkan perbuatan anda sudah suci murni dan orang lain salah bagaimana nanti pihak lain cuba spin dan permainkan anda pula...


Contoh seperti gambar di atas dimana ada pihak mengatakan PRESIDEN PAS BERSAMA ISTERI MUDANYA.... bagaimana rasa anda...macam-macam perkara jika nak di oleh ikut nafsu sendiri boleh dibuatnya dan demi nak mendapat politikal millage sendiri....contoh seperti di bawah apabila sudah mula memaparkan gambar masing2....





Ini penjelasan dari lapangan gambar itu diambil..


dan bacalah peringatan dari sahabat berkenaan kelaku yg dilakukan itu...

RODA BERPUTAR LAGI
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Perjuangan menegakkan kebenaran adalah ibarat roda yang berputar. Ada ketika kamu di atas, ada kalanya kamu di bawah. Ketika kumpulan kamu di atas, jangan pula menghina, mengherdik dan menjebon kumpulan lain yang berada di bawah, sedangkan tujuan mereka juga sama untuk menegakkan kebenaran. Hanya karena methodnya berbeza, tidak patut kamu menghenam mereka.

2) Begitu juga pihak yang berada di bawah, ada ketikanya kamu di atas. Tatkala kamu di atas, jangan kamu pula bertindak angkuh terhadap pihak yang turun ke bawah. Putaran roda perjuangan akan terus bergerak dan kamu akan kembali ke bawah pula.

3) Lihatlah apa yang berlaku hari ini. Perjuangan dihiasi dengan kecelaruan dan ketaksuban para pentaksub. Semua kumpulan, semua pihak sama sahaja. Apabila kelihatan pihak lain melakukan kesilapan, pihak kamu akan troll dan sindir habis-habisan.


4) Kamu rasa kamu berada di atas ketika ini kerana pihak itu melakukan kesilapan. Nah, tunggu sahaja, pihak kamu tidak akan sunyi daripada silap. Giliran kamu pula akan ditroll dan dicerca. Roda berputar. Gara-gara ketaksuban melampau boleh merosakkan roda.

5) APabila roda rosak, ia tidak berputar lagi. Perjuangan akan terhenti. Sibuknya hanya kepada berperang sesama sendiri. Kebenaran yang diperjuang asalnya hanyalah di bibir semata. Rakyat dan umat tertipu dek sandiwara. Kamu dan BN hanyalah seropa sahaja.

Sekian.

p/s: seronok laa hangpa troll geng buka posa dgn Rara tu...

PENDAPAT ADMIN :

Inilah tembok ketaksuban yang sedang dibina.. kami buat betul apa anda buat semua salah walaupun hakikatnya maisng2 ada kesalahan... Ya BENAR benda salah kita harus katakan salah tetapi tahap mana kita nak jadikan ia SALAH sampai ia menjadi bahan gelak ketawa..

Sepatutnya kita yg bawa nama ISLAM nie menegur dan menasihati bukannya gembira akan kesalahan yang dilakukan itu. Itu baru dinamakan DAKWAH secara HIKMAH. Bukannta kita menegur dgn cara memerli, mengutuk, mengumpat dan menjadikan ia sebagai satu kesalahan wajib sehingga membina satu persepsi dan tembok untuk menjauhkan UKHWAH dan SILATURRAHIM sesama kita.


Adam Al-Pekani

No comments:

Popular Posts