>> 5 Terkini :

Sunday 26 July 2015

PAS Kelantan nak laksanakan HUDUD dalam keadaan tak bersedia...!!

STATUS TERAKHIR AMBO TENTANG ISU PELAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN
Oleh : Ustaz Che Ibrahim Mohamad


Ambo dgn ini bersumpah dan berbai'ah dgn diri ambo utk tidak lagi menulis tentang isu ini dlm fb selepas status terakhir ini, sbg penutupnya ambo ingin jelaskan:

1. Ambo adalah orang yg bertanggungjawab memulakan kerja2 awal penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 melalui satu Jkuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan yg dipengerusikan oleh YB Dato Hj Ab Halim Mohammad, TMB Kelantan di mana ambo adalah setiausahanya.

2. Sebagai seorang Islam, ambo tetap yakin kpd undang-undang jenayah islam yg mengandungi kesalahan Hudud, Qisas dan Takzir adalah undang-undang ciptaan Allah yg wajib dilaksanakan sebagaiamana perintah2 Allah yg lain spt Solat, puasa, zakat, haji, akhlak , muamalat, perkahwinan dll, namun pelaksanaannya sbgmana pelaksanaan kpd perintah2 Allah yg lain ada syarat dan kaedahnya.

3. Sebagai seorang bekas hakim Mahkamah Syariah dan seorang Peguam Syarei, alhamdulillah ambo ada pengalaman dan maklumat tentang isu ini yg ambo yakin melebihi sedikit drp maklumat yg diperolehi oleh rakan2 fb yg lain, Dato Jamil Khir Bahrom adalah rakan sekuliah ambo, sebahagian besar pegawai2 syariah seluruh negara spt Ketua Hakim Syarei, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendakwa Syarei, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah bahkan termasuk mufti adalah pernah menjadi rakan setugas ambo yg sehingga hari ini masih berhubung antara satu sama lain.

4. Hudud adalah sebahagian drp kesalahan2 jenayah yg terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, hanya kesalahan zina, syurb/minum arak dan qazaf/tuduhan berzina shj yg boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah, kesalahan2 hudud yg lain semuanya mesti dibicarakan di Mahkamah Sivil.

5. Isu hudud yg sedang hangat diperdebatkan adalah satu usaha yg pramatang dan diluar drp bidangkuasa Kerajaan Negeri Kelantan. Selain itu ambo berani tegaskan kesungguhan beberapa orang pemimpin Pas Kelantan melaung2kan isu pelaksaanan hukum hudud di Kelantan lebih disensasikan kerana kehendak politik berbanding persiapan dan kemampuan pelaksanaannya

6. Setakat pengetahuan ambo, selain Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yg dalam proses percetakan di Percetakan Nasional, Kuala Terengganu utk diwartakan, tidak ada apa2 persiapan lain yg boleh dibanggakan ke arah pelaksanaan hukum hudud di Kelantan menjelang berakhirnya tahun 2015 spt yg dijanjikan.

7. Jika ditanya pandangan peribadi ambo siapakah yg layak menjadi Hakim Hudud di Kelantan, ikhlas ambo katakan selain drp Dato Haji Daud Muhammad,Ketua Hakim Syarei sekarang yg telah lebih 25 tahun disambung kontrak perkhidmatannya selepas bersara wajib pada mac 1990, tidak ada pegawai syarei lain yg layak utk dilantik buat masa ini. Selain itu ambo tidak nampak siapakah dari kalangan hakim Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan yg layak menjadi Hakim Hudud sbgmana kehendak KJS II (1993) 2015

Ikhlas ambo katakan ambo meragui hasrat sebenar individu tertentu dlm isu pelaksanaan hukum hudud ini, adakah ianya berpaksi kpd aqidah perjuangan mereka, atau sekadar mencari keuntungan berpolitik??????

Wallahua'lam, maaf atas segala kelemahan dan kekasaran ambo dlm membicarakan isu yg sensitif ini, ambo bersedia bila2 masa dan di mana2 utk terus berbincang tentang isu ini walaupun tidak
melalui fb.

No comments:

Popular Posts