>> 5 Terkini :

Friday 31 July 2015

Najib puji sikap Hadi Awang



Datuk Seri Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan.

Menurut Najib, beliau menghargai sikap seteru politiknya itu yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

"Sebab itu saya puji presiden PAS walaupun kami bersaing.

"Dia kata tak bersalah selagi tak dibuktikan. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya sewaktu berucap di Putrajaya, petang ini.

Hadi hari ini dilaporkan membuat seruan agar prestasi jemaah menteri yang baharu dirombak pada Selasa dahulu diteliti terlebih dahulu sebelum undi tidak percaya terhadap Najib diusulkan di Parlimen.

"Kita lihat Kabinet yang baharu ini dia nak selesai bagaimana masalah negara ini. Kita lihat dulu," Hadi dilaporkan sebagai berkata.

Menurut Najib, sikap Hadi itu berbeza dengan sesetengah "orang kita" yang turut galak mengkritik pentadbirannya.

"Orang kita tumpang semangkuk, jadi tukang kipas.

"(Sedangkan) pembangkang setengahnya bukan semua (berbuat demikian), ada juga yang tahu buat penilaian," katanya. – 31 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-puji-hadi-awang-kerana-beri-peluang-kepadanya#sthash.elwK6z2r.dpuf

No comments:

Popular Posts