>> 5 Terkini :

Friday 3 July 2015

Doktrin Sedang Dipasak Dalam Otak Setiap Jemaah PAS bahawa DAP tak boleh pakai..!!

DOKTRIN SEDANG DIPASAK KE DALAM OTAK SETIAP JEMAAH PAS


Pergi ke mana2 pun hampir kesemua pimpinan PAS sedang rancak bercerita tentang penggabungan PAS dan UMNO demi Melayu dan Islam..

Siapa yg pernah masuk Pusat Pengajian Tinggi pasti tidak akan terlepas dari menghadiri Kursus BTN bagi diBrainWash dgn Doktrin BODOH dan Perkauman Sesat oleh para penceramah BTN

Kononnya :

- DAP Parti Cauvanis Cina..

- DAP anti Melayu dan Islam.

- DAP akan menguasai cerdik pandai melayu bagi menjayakan misi mereka utk menakluk serta memerintah negara..

- DAP akan bergabung dgn PAP dari Singapura.

- DAP akan menghapuskan Raja2 Melayu..

- DAP akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian..

- Orang Melayu dalam PAS dan UMNO wajib bersatu kerana ini Jihad Fisabilillah kita bagi menentang DAP yg telah difatwakan oleh para Ulama sebagai Kafir Harbi DAN darah mereka Halal bagi umat islam..

* Bagi mereka yg tidak pernah merasa duduk di Pusat Pengajian Tinggi tentu tidak pernah mengalami Doktrin BODOH dari BTN ini.. Dan bagi mereka sudah tentu ianya suatu perkara yg baru dan cukup memberangsangkan..

Persoalannya kini, siapakah yg telah membawa masuk Silibus BTN ke dalam PAS bagi dijadikan antara bahan Doktrin yg perlu ditanamkan ke dalam otak Pimpinan dan Ahli PAS?

Maka apa yg dirancang oleh Dr Zuhdi dalam Plan Senario 1 PAS dan UMNO bertaup kembali hampir terlestari..

ADMIN cabar Sahabat2 baik ADMIN sama ada di dalam FB, Whatsapp dan Zello yg dahulunya pernah berkata jika PAS bergabung dgn UMNO mereka akan keluar dari PAS kerana mereka menolak UMNO secara TOTAL

Jika benar perkara yg sedang diusahakan secara bersungguh2 oleh pimpinan atasan PAS ni tercapai MAKA kalian perlu keluar dari PAS seperti mana yg pernah kalian lafazkan dahulu..

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

JIKA DAP NEKAD HASUT BUKAN MELAYU TOLAK PAS, BUKAN SUSAH UMAT ISLAM BERTINDAK BALAS

Saya terima semakin byk laporan positif terutama orang2 melayu yg tak bergiat politik tentang harapan untuk melihat suasana lebih muhibbah dikalangan orang2 Islam atas semangat persaudaraan Islam.

Ramai yg kini bercakap tentang sampai bila mahu duduk dalam surau dan masjid yg sama tapi hati masing masing jauh antara satu sama lain. Sedangkan ilmu yg diajar oleh para Ustaz atau guru pelawat, hukum hukumnya secara umumnya sama shj. Kitab kitab yg dibacapun sama shj.
Sampai bila sesama keluarga sampai susah manis muka.

Perbezaan pemahaman Islam tidak lagi seperti 20 tahun dulu ketika hudud dianggap undang2 purba dan karut oleh UMNO.

Atau 30 tahun lalu ketika memakai jilbab menutup aurat dipandang sebagai pengikut ajaran sesat oleh orang UMNO.

Atau 40 tahun yang lalu ketika iklan arak Guiness Stout berbahasa melayu berulangkali sehari disiar di TV kerajaaan dengan mesej "baik untuk anda". Ketika Presiden UMNO menjadi perasmi kilang arak dan pusat perjudian terbesar di Asia.

Sampai bila nak aniaya negeri negeri majoriti Islam atas sebab persaingan politik. Nafikan royalti petroleum. Kurangkan peruntukan pembangunan. Nafikan hak peruntukan pembangunan kawasan untuk wakil rakyat PAS. Bawa lari projek pembangunan. Sekat pelabur. Senarai hitam dan diskriminasi penerima bantuan yg layak. Diskriminasi kontraktor, pembekal dan usahawan yg layak.
Semua sekarang ini mula berfikir perpecahan ini sedang dituai hasil dengan rakus oleh DAP, mereka yg angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda chauvinis untuk menguasai negera agar cita cita sebuah lagi Singapura segera dicapai.

Semua juga sedang celik mata tidak ada sesiapa akan celupar mulut mencabar kesucian Islam, mempertikai hukum Islam, mempertikai kewujudan institusi penting seperti JAKIM, mempertikai bidang kuasa Raja Raja melayu dan lain lain tindakan provokatif yg menguji toleransi umat Islam jika dan hanya jika lebih 61% rakyat Malaysia yg beragama Islam secara bersatu memberi mesej jelas kpd segelintir pemimpin atasan " yg lupa diri" tersebut.

Cumanya rata rata berkata jika akhirnya, UMNO tetap masih bebas menjahanamkan negara dgn rasuah, pembaziran dan penyelewengan yg gila2, maka memang rakyat akan betul betul kecewa.
PAS perlu diperkuat untuk pastikan kesilapan tak berulang.

Dan orang2 melayu kena pastikan semua anak2 mereka, jiran2 mereka, pelajar2, anak buah yg layak atau sebaik sahaja layak, wajibkan mendaftar sebagai pemilih/pengundi pilihanraya.

DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara.

Mereka sedang ambil orang melayu agar bila perlu, mereka pun ada calon yg layak untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan. Tentu sekali melayu yg patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin.

Jangan kita lupa, sejarah disebalik berpisahnya Singapura dari Malaysia.

Ketika itu, pengundi berdaftar yg layak dari kalangan bukan Islam hampir sama banyak dengan orang orang melayu yg mendaftar. Walaupun rakyat malaysia paling ramai orang melayu. Puncanya kerana orang melayu leka, lalai dan anggap tak penting ambil tahu ehwal politik. Kerana itu tak mendaftar. Maka tak layak mengundi.

Tiada siapa boleh sangkal DAP asalnya dari parti PAP yg berkuasa di Singapura.

Sekalipun pada minggu lepas begitu bersungguh sekali pegawai kedutaan Singapura cuba yakinkan pemimpin pertengahan kita bahawa PAP tiada kena mengena dgn DAP.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
3hb Julai 2015

SELINGAN :

Adakah TG Nik Aziz telah di tipu..?????More : KedahLanie

Posted by KedahLanie on Friday, 3 July 2015

No comments:

Popular Posts