>> 5 Terkini :

Saturday 20 June 2015

BERAKHIRNYA ZAMAN KEGEMILANGAN PAS DAN KEMBALINYA PAS KE ZAMAN TAHUN 70AN !!!!!


BERAKHIRNYA ZAMAN KEGEMILANGAN PAS DAN KEMBALINYA PAS KE ZAMAN TAHUN 70AN !!!!! PAS PERLUKAN 50 TAHUN LAGI UNTUK BERADA DI ZAMAN KEGEMILANGANNYA BILA LAHIRNYA SEORANG ULAMA DARIPADA KALANGAN PROFESIONAL YANG AKAN MEMIMPIN PAS SEBAGAI PRESIDEN YANG TERBILANG DALAM SEJARAH PAS !!!!! ALLAHUAKBAR !!!!!

Usaha dakwah & menyampaikan risalah Islam kepada orang-orang melayu di kalangan umno dan bukan Islam yang dipelopori oleh Almarhum Dato' Ustaz Hj. Fadzil Mohd Noor mantan Presiden PAS dan Almarhum Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Nik Mat mantan Mursyidul Am PAS telah dimusnahkan oleh pemimpin-pemimpin konservatif dan ortodoks PAS sendiri yang mengaku pejuang Islam tetapi gagal memahami cara dakwah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana tiadanya sifat sabar dan berhikmah untuk mendekati orang-orang bukan Islam malah bersifat keras dan cepat melabelkan mereka menentang Hudud sedangkan PAS sendiri gagal memanfaatkan peluang untuk menguasai Putrajaya dalam membuka dimensi dakwah secara lebih berkesan sebagai Kerajaan Persekutuan yang memiliki segala jentera dan agensi kerajaan.

Tahniah, semoga kepimpinan baru PAS dapat melaksanakan Hudud di Kelantan dan seluruh Malaysia dengan kerjasama dan sokongan pemimpin-pemimpin umno perompak harta rakyat walaupun Putrajaya bukanlah matlamat utama mereka kerana mereka hanya mengharapkan redha Allah s.w.t. tanpa usaha bersungguh-sungguh melalui strategi politik tahaluf siyasi untuk memartabatkan syariat dan syiar Islam hanya cukup pada mereka sekadar PAS mempunyai pengaruh di Pantai Timur sahaja seperti era tahun 70an !!!!!

Semoga akan lahir selepas ini parti politik Islam di Malaysia yang lebih universal dan dinamik seperti parti AKP di Turki yang berjaya menguasai kerajaan Turki dan mengembangkan syiar Islam supaya parti Islam yang baru itu nanti yang dipimpin oleh gabungan Ulama dan Profesional dapat bersama gerakan kebangkitan rakyat Malaysia untuk menumbangkan rejim umno/bn dalam PRU ke-14 bersama rakan-rakan PKR dan DAP dalam PAKATAN RAKYAT yang berwajah baru !!!!

Tahniah kepada barisan kepimpinan di bawah ulama yang berpandangan jauh Tuan Guru Ustaz Hj. Ahmad Awang yang istiqomah dengan ijtihad kepimpinan PAS terdahulu dan mempunyai akhlak terpuji dalam berdepan kempen puak-puak UG kerana mereka tidak terikut-ikut dengan cara kempen pemilihan parti yang membelakangkan akhlak Islam dalam berjemaah !!!! Insya'Allah dengan berpegang teguh kepada akhlak yang mulia, perpegang kepada janji setia-kawan, menjaga amanah rakyat dan konsisten untuk menegakkan Kerajaan Islam Berkebajikan yang berteras al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w., maka kemenangan Islam itu pasti akan tiba jua di bumi Malaysia!!!! Anggaplah keputusan pemilihan PAS tahun ini sebagai ISLAH terbesar dan signifikan untuk memacu kemenangan rakyat dalam PRU akan datang !!!!

ISLAM FOR ALL !!!!!!

UNDILAH PAKATAN RAKYAT !!!!!

SELAMATKAN MALAYSIA !!!!

No comments:

Popular Posts