>> 5 Terkini :

Thursday 4 June 2015

Apabila Ulamak PAS Penang sembang kencang dalam muktamar, last kena sergah dengan Kerajaan Negeri

Menang satu kerusi tapi PAS banyak jawatan

DAP_PAS


GEORGE TOWN, 4 JUN – PAS Pulau Pinang menikmati begitu banyak manfaat dan jawatan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng, walaupun parti itu hanya memenangi satu kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu.

Menafikan dakwaan perwakilan ulama PAS Pulau Pinang Mohd Hanif Harun di muktamar Dewan Ulama semalam, Exco Hal Ehwal Islam negeri itu Abdul Malik Kassim berkata dakwaan Hanif itu tidak tepat dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Mereka telah diberi lebih banyak jawatan berbanding sepatutnya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng,” katanya dilaporkan Malaysiakini.

Hanif justeru diminta memperjelaskan apa dimaksudkannya dengan “PAS dipinggirkan kerajaan negeri”.

Hanif Harun sendiri telah dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah KITAB

Menurut Adun PKR Batu Maung itu, pemimpin PAS Pulau Pinang telah dilantik ke pelbagai jawatan di sektor berbeza, termasuk di kedua-dua pihak berkuasa tempatan (Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai), serta Majlis Agama Islam Pulau Pinang, selain Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK).

Hanif Harun sendiri telah dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Adun tunggal PAS Permatang Pasir Datuk Haji Salleh Man pula dilantik sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Jawatan bagi pimpinan PAS di kedua-dua MBPP dan MPSP juga telah ditambah, malah pimpinan tempatan PAS turut memegang 50 peratus jawatan JKKK di banyak kawasan.

Selain itu, ahli-ahli PAS turut dilantik sebagai penyelaras di lima kawasan yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya lepas.

“Jangan berbohong hanya kerana mahu popular di muktamar.

“Beritahu kita apa lagi yang patut diberi kepada PAS,” soal Malik. – Roketkini.com

No comments:

Popular Posts