>> 5 Terkini :

Monday 20 April 2015

PAS sedang ganti kelaku UMNO ketika ini..!!!


Masih ramai rupanya ahli dan penyokong PAS yang menganggap bahawa parti itu adalah satu wadah perjuangan suci. Oleh itu, adalah mustahil ia dikaitkan dengan kegiatan politik kotor dan tidak berakhlak.

Keyakinan ini bukan sahaja dipamerkan oleh pemimpin yang sudah menerajui PAS di pelbagai peringkat malah ia menyelinap dalam benak generasi pemimpin dan penyokong baru parti itu.

Asas pemikiran mereka ialah oleh kerana perjuangan mereka berpandukan al-Quran dan sunnah maka kebenaran adalah mutlak menjadi hak mereka, jauh dari segala manipulasi dan kejijikan.

Malangnya, perkembangan mutakhir ini pasti sedikit mengecewakan penganut tegar PAS. Tindak tanduk generasi baru parti itu mula menghakis kepercayaan umum (dan mungkin juga pemimpin PAS sendiri) bahawa PAS kini mula bertukar sisik kepada sebuah parti politik yang bergelumang dengan segala citra dan perangai sekumpulan orang yang amat mendambakan kuasa.

Dahulu kita cuma lihat pemilihan UMNO sahaja ada pergaduhan sampai tumpah darah dan baling kerusi.. kemudian ia sudah berjangkit kepada PKR...

Walaupun PAS belum sampai tahap membaling kerusi namun sudah ada penyerapan budaya mem'boooooo' dan mendoa lakhnat kepada pimpinan atasan yang tidak sepemikiran dengan mereka..

Malahan pada sessi kali ini lagi banyak budaya baru menular..budaya caci-mencaci, budaya jebon menjebon, budaya munafik haraki, kuliah bantai kawan, forom maki kawan, diskusi mensetankan kawan...

Ada pimpinan kena pukul, ada kereta kena bakar ada buku mencaci cela pimpinan...itu belum di masukkan dengan media baru golongan seperti Tok Ucin Ceroi, Al Haraki, Ikan Keli, Awang Kenit dan pelbagainya....

Disamping pemilihan parti di setiap kawasan dilihat seperti ada kempen menyahkan pimpinan-pimpinan yang dikatakan profesional dan tak sealiran ulamak dengan mana kempen ini dilakukan oleh mereka yang bergelar ustaz dalam PAS itu sendiri... hukum apa yang mereka guna pakai pun kita tak tahu nak beritahunya..

Inilah PAS diketika ini.. budaya dan kelaku musuh sedikit demi sedikit mula menyerap dalam tingkah laku dan perbuatan mereka..... masing-masing menghalalkan perbuatan mereka walaupun hakikatnya perbuatan itu dilihat akan memecah belahkan perpaduan parti..

M.A Shah, 
Kota Bharu
Kelantan

No comments:

Popular Posts