>> 5 Terkini :

Thursday 2 April 2015

PAS P/Pinang lebih sayangkan jawatan dalam Kerajaan Negeri dari presiden PAS..!!


Bercakap pada Forum PasMa berjudul 'Ke Mana Sebenarnya Arah Malaysia?', Zolkifly turut menjelaskan bahawa tiada ketetapan rasmi dalam PAS Pulau Pinang untuk pertimbang cadangan memutuskan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Bagaimanapun, sumber lain memberitahu bahawa Timbalan Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Tuan Haji Mohamad Sabu dalam mesyuarat negeri baru-baru ini menerima desakan supaya mengadakan sidang media tergempar untuk mengumumkan keketapan parti Islam berkenaan untuk memutuskan hubungan dengan pentadbiran Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di negeri ini.

Desakan tersebut, menurut sumber sama, sebagai reaksi pada ketegasan pemimpin tertentu DAP mengisytiharkan untuk memutuskan kerjasama politik dengan peribadi Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sahaja, tetapi mahu terus menguukuhkan Pakatan Rakyat bersama-sama PAS dan DAP.

"Abang Mat (Mohamad Sabu) kata, boleh lah buat sidang media itu, tetapi semua lantikan politik di pejabat Ketua Menteri dan agensi Kerajaan Negeri, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan MPSP (Majlis Perbandaran Sebarang Perai) serta jawatan-jawatan peringkat JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti) perlu terlebih dahulu dilepaskan.

"Semua akhirnya senyap dan tak desak Abang Mat lagi untuk buat sidang media PAS putus hubungan dengan Pakatan di Pulau Pinang, apabila Dato' Salleh sendiri dalam mesyuarat sama berkata (bahawa) elaun untuk guru agama di Pulau Pinang kemungkinan akan dinaikkan lagi seperti tahun ini," jelas sumber kepada wartawan. SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Pas dah sombong dan bongkak kononnya rakyat malaysia dah mula sokong mereka. Sorry lah bro pru14 nanti kamu tengok le sendiri. Perangkap umno mengena pas hancur.

Popular Posts