>> 5 Terkini :

Friday 17 April 2015

Contoh Video Geng Ulama secara terang-terang berkempen untuk Presiden PAS dalam kuliah mereka



JANGAN HINA ULAMAK...(DISINI DIA TEKANKAN HJ HADI)
ULAMAK MANA YG ORANG HINA NIE
ORANG SEKARANG MEMPERTIKAIKAN KEPUTUSAN POLITIK BELIAU
DIMANA DILAKUKAN TANPA BERMESYUARAT.. ITU SAHAJA....
NAK PERTIKAIKAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT TAKAN DAH TAK BOLEH

JIKA MACAM TU MACAMANA DENGAN
ORANG YANG MENGHINA DATUK MUFTI DALAM NEGARA KITA
ORANG YANG MENGHINA USTAZ PONDOK DALAM NEGARA KITA
ORANG YANG MENGHINA ALIM ULAMAK YANG BERADA DALAM KERAJAAN

INILAH YANG DIKATAKAN DALAM UCAPAN USTAZ AHMAD AWANG
DIMANA GENG ULAMAK PAS SEDANG BERKEMPEN UNTUK PRESIDEN PAS

DAHULU JIKA KULIAH SEBEGINI SUDAH PASTI PENGKULIAH AKAN BANTAI ALIM ULAMAK KERAJAAN YANG DIKATAKAN ULAMAK YANG TAK ADA SUARA....

TAPI SEKARANG KULIAH MEREKA IALAH MEMBANTAI RAKAN SAHABAT DALAM JAMAAH SENDIRI.....MEMANG TERBAIK JIKA MACAM TU PUNYA KELAKU...

SAYA NAK TANYA SATU SOALAN SAHAJA BAB PRESIDEN PAS :
>> ADAKAH PERLEMBAGAAN PAS MEMBERIKAN KUASA VETO UNTUK PEMEGANG JAWATAN PRESIDEN UNTUK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN BERKENAAN PERJALANAN PARTI TANPA PERLU MASUK DALAM MESYUARAT.?

'Tiada makna cabar Hadi kalau kempen kotor'


Ahmad Awang, calon yang sejak awal diramal mampu memberi saingan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mula bersuara.

Bagaimanapun, ketika teka-teki sekitar kesediaannya bertanding tidak dinyatakan secara muktamad, beliau membangkitkan pula dakwaan kempen kotor dan berat sebelah menjelang pemilihan parti itu Jun ini.


"Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. Mesti kalahlah.

“(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi. Macam kita ini, (siapalah sangat)," katanya yang masih mempertimbangkan mencabar pemimpin nombor satu PAS itu.

Daripada kira-kira 30 daripada 191 kawasan, Ahmad semalam layak bertanding selepas mendapat pencalonan daripada kira-kira 3 kawasan PAS.

Hadi selesa dengan sekurang-kurangnya 22 pencalonan manakala Naib Presiden Husam pula mendapat sekurang-kurangnya 9 pencalonan.

Ahmad (atas), bekas naib presiden yang tidak mempertahankan jawatan sebelum ini dilihat antara alternatif terbaik bagi kumpulan yang kritikal terhadap Hadi.

Masalah pimpinan Majlis Syura

Beliau meraih populariti di kalangan kumpulan pro-Pakatan Rakyat dalam PAS.

Sementara itu, ulama disegani dan veteran PAS itu antaranya mendakwa berlaku amalan fitnah, tuduh menuduh dan gelar menggelar antara pemimpin parti Islam itu.

Lebih jauh lagi, Ahmad mendakwa kepimpinan tertinggi PAS di negeri-negeri dan Majlis Syura Ulama secara terang-terang "menyalah guna kedudukan" untuk meraih sokongan kepada calon proulama.

“Jika terus berlaku, ia akan membawa perpecahan," katanya ketika dihubungiMalaysiakini semalam.

Ahmad yang pernah terlibat dalam pentadbiran kerajaan terkenal sebagai tokoh ulama PAS berpendidikan Timur Tengah yang tegas mempertahankan Pakatan Rakyat sewaktu krisis Perak 2009.

Beliau, ketika itu pemimpin PAS negeri, tegas menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno yang antaranya turut digerakkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika itu.

Walaupun pernah bersara daripada politik sebelum ini, penyokongnya kini melihat beliau alternatif kepada Hadi yang sedang berdepan krisis keyakinan susulan tindak tanduknya tidak menguntungkan Pakatan akhir-akhir ini.

Nizar mangsa di Perak

Sementara itu, mengulas lebih lanjut budaya tidak sihat dalam kempen pemilihan PAS, Ahmad membangkitkan kes di Kampar dan Tambun apabila pemimpin pro-Pakatan tewas dalam pemilihan kawasan.

Ahmad mendakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (kanan) antara yang menjadi mangsa fitnah dengan digelar "tali barut DAP" melalui sebaran risalah kempen.

Akibatnya, kata Ahmad, Nizar tewas dalam pemilihan yang dipertua kawasan kepada ketua urusan ulama tempat itu.

Ahmad juga membangkitkan sikap memihak kepimpinan Majlis Syura Ulama khususnya mursyidul Am yang baru Datuk Dr Haron Din yang terang-terang mahu Hadi dikekalkan sebagai presiden.

"Dia (Haron) perlu berlaku adil, menasihat supaya perwakilan menjaga adab. Isytihar suruh pertahan presiden, orang lain tak boleh. Kita tidak mahu mursyidul am masuk campur.

"Jangan salah guna kuasa, ia boleh menjatuhkan imej parti dan menambahkan lagi imej buruk pimpinan khususnya ulama," katanya.

Bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu juga berkata kecenderungan menggunakan kedudukan juga dilakukan oleh beberapa pesuruhjaya PAS negeri dan dan anggota Majlis Syura.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada jawatankuasa pemilihan PAS berhubung dakwaan itu. 


Adam Al-Pekani

No comments:

Popular Posts