>> 5 Terkini :

Monday 23 March 2015

Bagaimana caranya ENAKMEN JENAYAH SYARIAH di DRAF..???


Pada saya jika nak buat enakmen bab SYARIAH nie tak kiralah anda tu parti mana dan siapa nak bawa..sepatutnya jawatankuasa yg draf enakmen ditubuhkan dan lantik pihak yg kelayakannya di iktiraf dalam negara atau luar negara....

AJK ini pulak akan memangil pakar2 dalam perundangan ISLAM untuk berbincang dan mendraf enakmen ini... antara yang perlu terlibat ialah para MUFTI setiap negeri, para Profesor pengajian ISLAM, pihak berkuasa seperti POLIS, PENJARA, HAKIM2 MAHKAMAH SYARIAH, JPA...

kemudian pakat berbincanglah dan keluarkan satu enakmen yang betul2 mendapat pandangan dan cadangan dari semua pihak....

Selepas siap enakmen ini maka pamerkan dan bentangkan untuk semua rakyat jelata komen, pertikai, setuju tak setuju untuk dilihat akan kecacatan ada atau tidak.... dan jika ada sila perbaiki dan perbetulkan dan sila jawab kemusykilan2 yg wujud supaya tidak timbul isu mempermain2kan hukum Allah.... ini boleh dilakukan dengan memanggil NGO-NGO, Wakil2 Persatuan dan sebagainya...

Apabila sudah dibuat langkah2 ini barulah dibawa ke dalam DUN atau PARLIMEN untuk di bentang dan dibahas dan diluluskan.....

Apabila diluluskan barulah kita tawakal pada ALLAH sebab kita sudah lakukan yg terbaik untuk melaksanakan apa yg ALLAH perintahkan....

Ini dinamakan DAKWAH dan MENGHILANGKAN KERAGUAN PADA ISLAM... 

Berbalik pada Pindaan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan sekarang kita nak tanyalah siapa yang terlibat dalam merangka draf tersebut..jika mereka peguam2 terhebat siapa.... adakah terlibat mereka yang alim ulamak termasuk mufti, tok guru, profesor islam, sarjana Islam... sebab dilihat tup tup ada....

Kemudian bila dibentangkan dalam DUN sampai sekarang tak dapat lihat apa yang dipinda apa yang nak buat apa yang nak dilakukan.... ini yg boleh menimbulkan keraguan....

Kita juga hendaklah mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan 'kekejaman' undang-undang yang telah berlaku bawah pentadbiran Taliban, cara hudud ISIS, Bokoharam dan lain-lain. Versi hudud mereka tidak memenuhi maqasid syariah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka. 

Kita umat Islam kini sedang hidup dalam era persepsi yang salah terhadap Islam dan ajarannya. Musuh-musuh Islam merancang persepsi yang salah ini. Jika kita tidak berhati-hati, hudud akan dijadikan senjata memberikan persepsi salah itu.

Hudud adalah pintu yang berat tapi indah lagi menyelamatkan. Maka, kita memerlukan rumah yang sesuai untuk memasangnya. Jika dipasang di rumah yang buruk, mungkin pintu indah tapi berat berat itu boleh meruntuhkan rumah. Namun, jika dipasang di rumah yang indah juga, maka keindahan pintu itu akan terserlah dan keselamatannya akan zahir.

M.A Shah,  
Pemerhati Politik Negara

Note : Sedikit tulisan Ustaz Asri Zainak Abidin dimasukkan dalam perenggan di bawah...

1 comment:

Yanaam said...

Enakmen tersebut digubal dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Almarhum Datuk Seri Setia Prof Dr Mahmud Saedon Awang Othman. Antara nama lain yang terlibat ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, Datuk Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Ia telah digubal seawal tahun 80an dan awal 90an lagi.

Popular Posts