>> 5 Terkini :

Sunday 14 December 2014

Sokongan Kepada PAS semakin merudum ketika ini..!!


Sokongan orang Cina dan bangsa lain makin merudum sehingga tinggal 30% hanya kerana:

1. Isu Selangor. Dolak dalih Hj Hadi dan kumpulan UG ketika membuat keputusan melantik MB Selangor serta tidak seiring dengan keputusan dua lagi rakan Pakatan Rakyat.

2. Ulasan pemimpin PAS-UG yang asyik menghentam Rakan Pakatan Rakyat.

3. Pemimpin Pas-UG rasis mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman dan sentimen kepartian.

4. Kegagalan Hj Hadi untuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memperlihatkan beliau tidak berminat dan bersungguh memelihara kesepakatan bersama.

5. Pertemuan Pas-UG dengan Umno didalam kelam memperlihatkan sikap tidak setia kawan.

6. Terdapat dua keputusan yang berbeza diantara Jawatankuasa Pas Pusat(JKPP) dengan Majlis Syura Ulama(MSU). Rakyat menjadi keliru.

7. Tidak memperjuangkan hak kebebasan rakyat bersuara seperti penentangan keatas Akta yang mencengkam seperti Akta Hasutan dan lain-lain.

8. Kehadiran Hj Hadi ke Dewan parlimen memperlihatkan beliau tidak cakna dengan isu rakyat dan keprihatinan beliau terhadap Negara.

9. Tiada kecaman berani untuk menegur salah guna kuasa Umno di dalam pelbagai isu terutama kenaikan kos perkhidmatan, kenaikan harga barang dan kenaikan harga petrol.

10. Ustaz UG mengembalikan semula budaya Takfiri di dalam Pas seperti cercaan lebel melebel sesama sendiri.

Kesemua ini telah memberikan gambaran negatif kepada Pas di mata pengundi bukan Melayu. Akhirnya suka di nasihatkan, Hj Hadi harus bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dengan meletakkan jawatan.

~‪#‎Rakyat_Bangkit‬

No comments:

Popular Posts