>> 5 Terkini :

Thursday 20 November 2014

ULAMA : Dari kerana kerana sayang lah yang menyebabkan ummat kritik ulama

Ridzwan Abu Bakar


Kebelakangan ini terdapat semacam segolongan kelompok yang dikatakan mempertikai ulama, bahkan ada yang lebih ekstrem menyatakan bahawa golongan ini menghina ulama, ia berlaku di kalangan masyarakat dan juga dalam jemaah Islam.

Sementara tidak menafikan bahawa gejala mempertikai ulama dan menghina para ulama sememangnya berlaku dalam sepanjang perjalanan sejarah ummat ini. Tetapi, dalam membicarakan apa yang sedang berlaku dihadapan kita pada waktu ini, kita juga perlu mengambil perhatian kepada unsur "dari kerana sayang", kritikan dan mempertikai ulama itu berlaku kerana ummat amat sayang kepada institusi ulama itu sendiri.

Dari kerana sayang lah yang menyebabkan ummat kritik ulama, apabila :

1. Ada kelompok yang mudah menyamar sebagai ulama, hanya berbekalkan beberapa potong ayat dan hadith yang dihafal, mereka pun menyamar sebagai ulama. Dari kerana sayang lah, ummat bangun mempertikai "ulama yang menyamar" supaya institusi ulama sentiasa dihormati.

2. Terkadang berpunca dari ulama tidak menjaga "kehormatan" yg ada pada title ulama itu sendiri, ada yang sanggup "menyerondoi" pintu istana dan banglo mewah para teknokrat untuk mendapat gelar bangsawan dan juga mencari habuan dunia, maka dari kerana sayang lah umat bangun mengkritik perbuatan tersebut.

3. "Lisanul hal afsah min lisanil maqal- lisan perbuatan lebih fasih dari lisan percakapan" adalah athar yang diajar oleh para ulama, apabila ada sekelompok ulama yang nampak macam tidak menepati "muwasafat" ulama dan bertindak mengelirukan ummat dengan tindakan mereka, maka dari kerana sayang lah umat bangun mengkritik supaya ulama dan institusi nya sentiasa dihormati.

Dari kerana sayang lah ummat bangun untuk mempertahankan institusi ulama dari diceroboh supaya ulama akan sentiasa dipandang mulia dan dijadikan qudwah sepanjang masa.

7.00 mlm / 19 Nov 2014
Pantai Leman, Kuala Kedah.

1 comment:

Rambo said...

ulamak yg ego yg terpedaya dgn sanjungan umat, cium tgn umat...

bykkan berzikir muhasabah diri malam2 sorang.

bykkan mengingati mati dan menghantar jenazah ke kubur walaupun dlm sibuk berpolitik.

akhirnya kita keseorangan juga di bawah sana. penyokong dan sanjungan tinggal di atas bumi ini.

jgn sampai ulamak dihinggapi penyakit azazil. maka sia2lah amalan mulia selama ini

Popular Posts