>> 5 Terkini :

Tuesday 18 November 2014

Kenapa Hj. Hadi Harus Berundur..????


Khalid Al Walid di lucutkan jawatan Panglima Perang oleh Saidina Umar Al Khattab bukan kerana beliau melakukan dosa besar tetapi kerana beberapa maslahah yang perlu di tandatangani oleh khalifah..

Begitu juga dengan keperluan menukar Hj Hadi dari Jawatan Presiden PAS. Sejujurnya beliau sudah tidak mampu lagi untuk menggalas tanggungjawab, amanah serta cabaran memimpin Jamaah Islam. Kesalahan dan kegagalan beliau amat jelas sekali:

1. 20 bulan gagal hadir Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

2. Selalu tinggalkan persidangan Parlimen.

3. Dalam tempoh 9 bulan telah 13 kali keluar Negara.

4. Berlaku krisis pepecahan dalaman Parti yang amat serius serta gagal di tandatangani oleh beliau.

5. Hubungan PR yang mulai retak kerana sikap dingin dan kenyataan beliau.

6. Masih lagi di belenggu cubaan membentuk Kerajaan Campuran Pas-Umno di Selangor .

7. Mempergunakan Majlis Syura Ulama untuk menyokong tindak tanduk beliau.

8. Menggunakan kuasa Presiden untuk pemberian watikah pelantikan calon sehingga berlaku pertindihan kerusi ketika PRU 13.

9. Membuat pertuduhan "Pil Kuda" tanpa bukti yang jelas kepada rakan calon sehingga mengaibkan serta memalukan keluarga dan rakan calon itu sendiri.

10. Membuat pusingan(U TURN) keatas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemimpin Pas Pusat kerana telah menyatakan keputusan yang lain ketika isu Kerajaan Selangor.

11. Gagal menyelia tadbir Kerajaan Pas Terengganu dan Kedah sehingga tumbang dan kembali di rampas oleh UMNO-BN.

12. Faktor kesihatan yang tidak lagi memungkinkan beliau bergerak aktif di arena politik Malaysia.

Sepatutnya beliau sudah cukup sedar akan kemampuan yang sudah tidak menyebelahi beliau. Seharusnya beliau mengambil keputusan untuk memberikan laluan kepada yang lebih berkemampuan untuk mengambil alih sebelum nasib yang sama seperti Datuk Asri(Bekas Yang di Pertua Pas) kembali menimpa beliau.

'Apakah Sejarah 1982 akan berulang kembali.?'

~ Rakyat Bangkit

No comments:

Popular Posts