>> 5 Terkini :

Sunday 19 October 2014

Sebenarnya PAS juga parti serpihan daripada UMNO..!!

PAS PUN PARTI SERPIHAN UMNO


RIDWAN MD NOR selewengkan fakta pasal Pas dan serpihan. Hanya ada 3 parti serpihan dari Pas:

1. BERJASA ..Sebab Muhammad Nasir nak jadi MB juga walaupun parti arah letak jawatan, akhirnya membawa kepada PRN 1978 bukannya PRU, Pas tinggal 2 kerusi .

2. HAMIM ... Sebab Datuk Asri merasakan dirinya dianiaya oleh 'kepimpinan ulamak' yg diterajui oleh Stopa Ali mewakili dewan pemuda waktu itu 1982.

3. AKIM .. Arwah Cikgu Musa Pasir Puteh yg kecewa dgn TGNA menangguhkan pelaksanaan hudud di Kelantan pd 1992.

4. JATI ..NGO Hassan Ali bukan parti politik. Begitu juga Pasma yg dipimpin Pharolrazi bukan parti politik. Kenapa tak sebut NGO Geng Ustaz yg dipimpin Nor Azli Musa. Bukankah ia ditubuhkan ekoran ramai geng ustaz kalah dlm pemilihan Pas 2013.

Kenapa Riduan tidak menyebut bahawasanya Ulamak2 yang ada dlm Biro Agama Umno keluar dari Umno kerana tidak bersetuju dengan cara Umno yang sekular lalu menubuhkan Pas? PAS PUN PARTI SERPIHAN UMNO. Awat dia ingat Pas independent tertubuh dengan sendiri ka?

Tahun 1955 Pilihanraya dan Almarhum Tn Hj Ahmad Tuan Hussein menang kerusi tunggal tu pada PRU1..bukan 1956. Salah fakta......

=====================================================

Fakta Ridwan Md Nor: SEJARAH PAS DAN KUMPULAN SERPIHAN

1) Tahun 1948: Lebih 5 ribu ulamak berhimpun di Gunung Semanggol untuk menubuhkan Hizbul Muslimin.

2) Tahun 16 Jun 1948: Hizbul Muzlimin diharamkan termasuk kelompok kanan antaranya kumpulan yang diketuai oleh Burhanuddin al-Helmy.

3) Tahun 1951 : Ditubukan Persatuan Islam se-Tanah Melayu oleh ulamak saki baki pimpinan Hizbul Muslimin.

4) Tahun 1955: Dr Abbas Alias mendaftarkan PAS sebagai parti politik atas nama Parti Islam se-Tanah Melayu dengan logo tangan.

5) Tahun 1956, PAS menang satu kerusi di Parlimen Kerian dalam pilihanraya pertama tersebut Tuan Guru Hj Ahmad Tn Hussein.

6) YDP yang menggantikan Dr Abbas selepas itu ialah Prof Burhanuddin Al-Helmy dan timbalan beliau Dr Dzulkifli Muhammad.

7) Tahun 1959, PAS menang Terengganu dalam pilihanraya pertama selepas merdeka. Dr Burhanuddin Al-Helmy menang bertanding di parlimen Besut ketika itu.

8) Tahun 1964: Dr Burhanuddin dimasukkan di dalam ISA dan dipangku oleh Dato' Asri.

9) Tahun 1974: Anak muda yang tak puas hati dengan kerajaan campuran buat Revolusi 1974, tetapi gagal.

10) Tahun 1977: PAS ditendang daripada BN akibat krisis MB Kelantan.

11) Tahun 1978: Akibat penubuhan BERJASA, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Kelantan pada PRU ketika itu.

12) Ulamak berijtimak di Pondok Pasir Tumbuh selepas itu dan membuat resolusi bahawa PAS perlu dipimpin oleh ulamak.

13) Para ulamak di dalam PAS selepas itu mengerakkan gerakan ta'lim, memberi ilmu dan kesedaran kepada ahli PAS selepas itu.

14) Tuan Guru Nik Aziz mengambil alih menjadi Pesuruhjaya Kelantan menjadikan hari Jumaat sebagai hari Ilmu. Begitu juga di beberapa buah tempat di seluruh negara.

15) Tahun 1978, Dr Nasir mengumpulkan anak-anak muda di dalam ABIM agar menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan.

16) Tahun 1982, Dewan Pemuda mengadakan muktamar berasingan di Pulau Pinang manakala Muktamar Pusat diadakan di KL.

17) Usul pemuda adalah menubuhkan gagasan Kepimpinan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.

18) Tahun 1983, ditubuhkan HAMIM oleh Dato' Asri Muda a
kibat kecewa dengan PAS.

19) Tahun 1985, ditubuhkan Madrasah Darul Quran untuk dijadikan pusat tajnid perjuangan.

20) Tahun 1987, UMNO berpecah kepada team A dan team B.

21) Tahun 1989, PAS menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang bertahaluf dengan Semangat 46, BERJASA dan HAMIM.

22) Tahun 1990, hilang serpihan PAS iaitu PAS (51) yang tidak puas hati dengan ijtihad PAS sebelum ini.

23) Tahun 1998, DSAI dipecat dari UMNO dan PAS menggerakkan GERAK membela DSAI.

24) Tahun 1999, PAS menang 98 DUN diseluruh negara dan merampas Terengganu.

25) Tahun 2008, berlaku tsunami politik di negara Malaysia dan PAS mendapat sokongan non muslimin.

26) Tahun 2012, PAS dalam era Pakatan Rakyat, wujud serpihan PAS iaitu Jati yang ditubuhkan oleh Hasan Ali.

27) Tahun 2014, wujud pula kumpulan serpihan yang tidak puas hati dengan PAS iaitu PASMA.

28) Melihat kepada rentetan sejarah, kumpulan serpihan PAS tidak pernah kekal. Apa yang pasti PAS terus maju memacu ummah.

Pidato Ustaz Riduan Mohd Nor di NEKAD 2.0

(Dicatat oleh Ahmad Ulwan Hassim)

No comments:

Popular Posts