>> 5 Terkini :

Wednesday 15 October 2014

PasMa : PAS yang takut atau beberapa pimpinan PAS yang takut sebenarnya?



Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar Pas. Itulah forum yang munasabah dan berpelembagaan. Bukannya dari NGO PasMa. Mereka yang merasakan PasMa bergerak untuk menjatuhkan presiden atau menjadi parti dalam parti adalah mereka yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Orang yang tidak mempunyai kekuatan dan wisdom. Saya melihat kewujudan PasMa tidak menjadi jemaah dalam jemaah, sebaliknya yang beraku MSU menjadi badan eksekutif kedua selepas Jawatankusa Kerja Pas. Dalam Pas ada eksekutif dalam eksekutif.

Pas terutamanya pemimpin tertinggi harus menerima kehadiran PasMa seperti mana Umno menerima kehadiran Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa). Perkasa sebuah Ngo yang disertai seratus peratus oleh ahli Umno. Tetapi Umno tidak pun merasakan takut dengan peranan dan fungsi Ngo berkenaan. Bahkan dalam hal-hal tertentu Umno menerima Pekasa sebagai sahabat yang membantu parti berkenaan.

Nah, begitu juga Pas dengan PasMa. Pas perlu menerima PasMa sebagai sebuah Ngo yang memperkukuhkan kedudukan Pas itu sendiri. Sesuai dengan ahli PasMa terdiri daripada golongan profesional, tenaga dan buah fikiran mereka boleh digunakan untuk perkuatkan Pas. PasMa boleh membawa dirinya menjadi sebuah badan pemangking kepada Pas. Cubalah berfikir secara positif bukannya dengan rasa cuak dan cemuh.

Seterusnya di MSO

1 comment:

Non said...

yg terbaik ialah semua geng UG sila keluar PAS dan belajar pakai songkok tinggi dan belajar menari dangdut bersama umno.

jgn rosakkan PAS dan jgn anggap mewakili ahli PAS semuanya.

kita nk tgk dimana tempat geng2 UG dlm umno nanti.

Popular Posts