>> 5 Terkini :

Sunday 26 October 2014

Apabila ULAMAK PAS menari mengikut rentak 'musuh'..??


Ilmu agama aku tidak setinggi Ulama PAS dan Amalan aku pula tidak mengunung seperti Ahli PAS yang lainnya.. Dan aku setiasa sedar bahawa kalian lebih hebat dari aku..

Ulama kalian semuanya hampir dengan Allah dan mereka berada pada tahap level yang tertinggi di dalam haraki Manusiawi yang dikasihi Allah selain para Rasul dan Nabi.

DAN aku pula tidak tahu sama ada aku dan ramai rakan2 aku yang lainya tersenarai dalam golongan yg dikasihi Allah atau tidak, kerana aku tidak berstatus Ulama serta tidak pernah berbaiah untuk Wala` kepada Ulama dalam kesemua perkara...

Tetapi di dalam kesempatan yang terhad ini izinkan aku mengunakan sedikit ilmu feqah yang aku miliki bagi memberi pendapat dalam ISU PEGANG ANJING ini..

Bagi aku daripada Ulama PAS dok kecoh pasal fatwa :
" HARAM MENYENTUH, MEMEGANG DAN MEMELUK ANJING "

Adalah lebih baik PAS buat Programe
" HARAM MENYENTUH, MEMEGANG DAN MEMELUK BUKAN MUHRIM "

Hindarilah diri kamu dari perkara-perkara yang menghampiri ZINA kerana ZINA itu adalah perbuat KEJI lagi TERKUTUK.

Mungkin programe menyentuh Anjing ini didalangi oleh gerakan2 Yahudi sebagai mana yang didakwa oleh sebahagian besar Ahli PAS.

Bagaimana pula dengan kebebasan menyentuh, memegang serta memeluk Bukan Muhrim dalam negara kita..?? Siapakah pula dalangnya..??

Menyentuh anjing tidak akan menyebabkan berlakunya penzinaan tetapi kebebasan menyentuh bukan muhrrim menyebabkan banyaknya perlakuan ZINA BEBAS dan pembunuhan ke atas bayi-bayi yang tidak berdosa..

Bagi saya PAS harus cerdik dalam mendepani isu2 yang bersangkut paut dengan kemaslahatan Ummah bukannya memutarbelitkan perkara2 yang bersangkutan dengan hukum hakam dalam Islam khususnya di dalam Bab Frqah ini.... DAN jangan sekali-kali mengelirukan Bukan Islam di dalam Isu hukum hakam islam..

Kita maki hamun mereka yang menyentuh anjing di tengah-tengah padang pada pada hari tersebut sedangkan di sekeliling kawasan luar padang tersebut terdapat ramai umat islam yang menyentuh bukan muhrim tidak kita maki hamun..

Kita tuduh mereka yang memegang anjing di dalam Padang tersebut sesat.. dan gila sedangkan yang berada diluar padang kita biarkan sahaja

Kebebalan kita dalam mendepani isu Pegang Anjing ini menyebabkan Islam menjadi bahan Lelucon dan Lawak Jenaka kepada bukan Islam...

Admin FB : Anak Muda bangkit Hancurkan UMNO.

2 comments:

Kucing said...

yg kita khuatir ada pihak tertentu saja timbulkan isu utk memburukkan Selangor di bawah PR.

sampai ada yg bodoh marah Dr MAZA dgn fitnah 'menyamakan ulamak dgn anjing'.

isu peluk anjing ni membuka mata adanya perumpamaan anjing oleh Allah terhadap ulamak yg mencari dunia mendekati pemerintah berkuasa.

'anjing2' jenis itu yg dicium tgn oleh umat lebih bahaya dan lebih besar kesan buruknya terhadap agama.

inilah hikmat isu peluk anjing. takde kena mengena dgn Selangor yg difitnah konon menjadi negeri yg diperintah PR yg merosakkan agama dgn menyalahkan DAP dan PKR.

Anonymous said...

Setahu aku setiap tahun ulama pas akan memberi pandangan membantah acara yg mendekatkan kepada zina spt valentine,new year...merdeka...oktoberfest...tp standard la dgn sikap doble standard yg tk senang dgn golongan agama...kalo golongan agama pegang bunga mewangi pun dikatanya najis...tk pyh nk tegakkan benang yg basah la bro

Popular Posts