>> 5 Terkini :

Sunday 12 October 2014

Apabila ULAMAK PAS gementar dengan PasMa..!!


Tujuan PasMa ditubuhkan adalah bertujuan memberi ruang (platform) kepada penyokong Pakatan Rakyat yang telahpun mengundi Pakatan Rakyat (PAS/PKR/DAP) menyuarakan pandangan dan cadangan mereka (ruang bersuara) kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

Ruangan dialog rakyat ini disediakan oleh PasMa kepada seluruh rakyat Malaysia samada ahli parti atau tidak untuk berinteraksi dengan semua pimpinan Pakatan Rakyat. Dan pimpinan Pakatan Rakyat perlu hadir ke program dialog untuk menjawab dan mendengar segala pandangan rakyat yang telahpun mengundi Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lepas.

Ini demi menjamin kelangsungan sokongan dan dokongan rakyat yang padu pada PRU 14 yang akan datang demi menawan Putrajaya.

Kami ingin bertanya pada pimpinan Pakatan Rakyat semua. Sekiranya segala persoalan yang timbul dan cadangan serta usul dari rakyat yang telah mengundi ini tidak di dengar... bimbang mereka tidak lagi mengundi atau adanya undi protes dari mereka pada masa yang akan datang. Agaknya siapa yang rugi???

Ada juga yang berkata, gunakan saluran parti politik untuk bersuara... untuk makluman mereka yang memberikan cadangan yang bernas serta brilliant ini untuk gunakan saluran yang betul seperti parti.. Adakah mereka tahu dan maklum bahawa hampir 4 juta pengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang lalu adalah mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik. 

Maka dengan ini, PasMa menjadi ruang bersuara dan platform untuk rakyat yang telah mengundi... kami ulang.. platform untuk rakyat yang telah mengundi (TELAHPUN MENGUNDI! Bukan baru nak undi!) melontarkan cadangan dan pandangan pada pimpinan demi perkukuhkan sokongan dan dokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Wassalam.

No comments:

Popular Posts