>> 5 Terkini :

Wednesday 15 October 2014

Apabila Nik Amar & PAS Kelantan bebal kepala batu, maka kena nipu dengan Umno lah jawabnya..!!

Hudud: EMPAT KALI MESYUARAT WAKIL UMNO TIDAK HADIR


KOTA BHARU: Sehingga kini Umno Kelantan belum menghantar wakil menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diwujudkan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, surat jemputan sudah dihantar kepada Umno Kelantan bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

“Setakat ini sudah empat kali mesyuarat diadakan. Begitu juga Majlis Peguam belum menghantar wakil sehingga sekarang,” katanya menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Jawatankuasa terbabit dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala ahli lain iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Mufti, peguam syarie dan sivil, ahli akademik.

Selain itu wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.

Roseli sebelum itu mencelah mungkinkah tidak ada calon yang layak daripada Umno sehingga tidak menghantar wakil menghadiri mesyuarat tersebut.

“Atau ada kalangan mereka tidak faham kewajiban pelaksanaan perundangan syariah,” ujarnya.

Sebelum itu Zawawi Othman (BN-Semerak) mencadangkan supaya pelaksanaan hudud dikuatkuasa terhadap wakil-wakil rakyat di Kelantan terlebih dahulu.

Nassuruddin berkata, perundangan Islam tidak terhadap terhad golongan tertentu sahaja kerana hukumnya meliputi semua orang yang beragama Islam.

Katanya juga, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi merealisasikan perundangan tersebut termasuk mewujudkan Sektretariat Tetap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dipengerusikan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selain itu mewujudkan Jawatankuasa Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2014 (Taazir) yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Kelantan.
Kerajaan negeri juga menganjurkan forum perdana Hudud Penyelesaian Masalah Ummah pada 27 dan 28 Okktober tahun lepas.

Diskusi perundangan syariah, pembentangan cadangan penambahbaikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, diskusi cadangan penambahbaikan enakmen tersebut,

Bengkel mengenai Qarinah Hamil da Kelahiran Anak sebagai keterangan bagi pensabitan zina.

“Kerajaan negeri turut mempromosi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dengan pengedaran pelekat kereta dan mewujudkan kiosk syariah di bandar Kota Bharu sebagai pusat penerangan dan dokumentasi,” katanya. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.

Dahulu beriya-iya kata UMNO Kelantan akan menyokong cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan.

Sampaikan TMB Kelantan, Nik Amar buat kenyataan supaya ahli PAS tidak perlu meragui kejujuran UMNO.

Sekarang apa jadi?

Memanjang kena tipu dengan UMNO..... bila kita kata golongan pro-ulama (UG) ni bebal, tahu masing-masing nak melenting!

Berkali=kali kita sampaikan hadith Rasulullah s.a.w maksudnya: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kepada Nik Amar, jangan bertindak mengikut sesuka hati. Umno bukanlah parti yang boleh di percayai.

ATAU NIK AMAR NAK JADI BROKER/AGEN UMNO..??

1 comment:

Rambo said...

nik amar ni dengarnya kaki cantas org. antaranya ialah pemimpin hebat seperti husam jadi mangsa.

wallahualam

bila kata PAS percaya umno jujur memang bangang dan bebal pemimpin PAS yg kata begitu.

kalau dia nk masuk lubang biawak 10 kali pun biarlah. rakyat dan ahli PAS kena bijak menolak.

mereka akan kata ada agenda nk runtuhkan PAS. PAS takan runtuh dgn tidak walanya ahli tp akan runtuh apabila pemimpin lemah dan tak cukup syarat akhlak utk memimpin sebuah grakan islam.

kalau PAS nk bodohkan ahli dgn senjata wala' biarlah sesame mereka aje wala'. nk sgt jadi parti kampong yg dikotak katik umno silakan lah.

tanpa PAS , Islam tetap ada pejuangnya yg dijamin Allah dan Rasul saw. PAS tidak dijamin oleh Allah dan Rasul saw.

Popular Posts