>> 5 Terkini :

Tuesday, 30 September 2014

Nik Abduh nie seorang ahli POLITIK atau POLITAIK?


Kenapalah politik thinking NIK ABDUH nie rendah sangat level beliau... bab berseloroh atau cakap melawak pun dia dah ambik serius tahap gaban dah....tak kan beliau tak dapat membezakan kenyataan serius dgn unsur humor dalam ucapan YB Hasnul tu?

Inilah masalahnya apabila tidak dengar nasihat NAIB PRESIDEN T.IBRAHIM T.MAN iaitu jangan cepat melatah sangat nak menulis di fb atau media sosial... jika rajin sangat menulis lama-lama orang akan nampak kita tu bangang dan bodoh dalam membaca sesuatu isu atau perkara...

Letih jika ada ahli politik macam nie....

apa-apa pun dengarlah ucapan YB Hasnul tersebut dan anda nilaikanlah sendiri....



Nukilan,
M.A Shah

Sempoi punya Nik Abduh & Tantawi di tegur... Jangan terlajak sangat..!!

Nik Abduh, Tantawi jangan terlajak sangat
DAP & PKR masih rakan tahaluf

Ekoran kritikan terbuka perwakilan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim, terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP dalam Muktamar Tahunan ke 60 baru-baru ini, beliau telah digantung tugas sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Sebagai wakil negeri, tentulah beliau tidak bercakap atas sifat peribadi. Suaranya di muktamar adalah suara rasmi PAS Pulau Pinang.

PAS negeri mempunyai banyak saluran untuk membuat teguran agar tidak mencalarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka boleh membangkitkan dalam mesyuarat ahli majlis kerajaan tempatan, bertemu Exco berkenaan atau terus bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng. Jika semua itu masih sukar, mereka boleh ‘gunakan’ Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Mohamad Sabu yang mempunyai hubungan akrab dengan Guan Eng sejak dalam tahanan ISA di Kemunting, untuk menyampaikan hasrat. Jika langkah itupun tidak menjadi, saluran terakhir ialah Majlis Presiden. Tapi soalnya, mengapa PAS Pulau Pinang tidak menggunakan saluran sedia ada sebaliknya memilih untuk ‘memalukan’ DAP di khalayak ramai? Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Ekoran tindakan tatatertib itu, AJK PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Nasrudin mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya.

Seorang lagi AJK PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz turut membidas. “Macam Umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu. Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah,” ujar Nik Abduh.

Presiden PAS baru pertegas dalam muktamar baru-baru ini PAS akan terus bersama Pakatan. Sebahagian besar pemimpin PAS Pusat juga bercakap perihal memperkasa Pakatan. Kenyataan Nasrudin dan Nik Abduh nampaknya semacam tak membantu memperkukuhkan Pakatan. Namun ulamak muda PAS itu tentu mempunyai strategi tertentu dalam memperkukuh Pakatan. Tidak semesti diam atau membodek sahaja Pakatan jadi kukuh. Membangkitkan kemarahan rakan tahaluf mungkin boleh bantu kukuhkan. Menceritakan seantero dunia bahawa Pakatan tidak bersatu, berbalah dan tidak boleh kerjasama, mungkin juga satu cara untuk menarik sokongan rakyat kepada Pakatan. Membidas secara terbuka rakan tahaluf pun boleh kukuhkan Pakatan juga barangkali, wallahuaklam.

Ada serangan, ada jawapan. Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang mendakwa ucapan Izuree yang mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Pulau Pinang sama seperti Umno adalah tidak tepat. Pulau Pinang merupakan kerajaan negeri pertama di negara ini yang mewujudkan dana RM500 juta untuk Tabung Perumahan Awam dan Mampu Milik bagi membina 20,000 unit oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Jumlah ini merupakan jumlah terbesar seumpamanya di negara ini. Ia berlaku dalam situasi kerajaan negeri tidak menerima apa-apa pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan untuk perumahan awam atau mampu milik. Malah kerajaan Persekutuan hanya membina 70 unit PPR atau perumahan awam untuk golongan miskin di Pulau Pinang.

Sejak Pakatan mentadbir negeri ini mulai Mac 2008, pembangunan berlaku dengan pesat sehingga melonjakkan harga hartanah. Ia memberi kesan terhadap pemilikan rumah.
Bagi mengawal spekulasi hartanah kerajaan negeri telah melaksanakan kaedah perumahan baru yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2014 yang mana antara lain, mengenakan larangan jualan lima tahun pada perumahan mampu milik dan 10 tahun larangan jualan untuk perumahan awam (tertakluk kepada pengecualian bagi rayuan dalam kes-kes tertentu).
Malah sejak Julai 2012, bagi mengawal pembelian hartanah oleh warga asing, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghadkan pembelian hartanah oleh warga asing kepada RM1 juta dan ke atas (RM2 juta bagi landed property) untuk meredakan spekulasi hartanah supaya harga rumah kekal berpatutan untuk golongan berpendapatan sederhana.

Sebagai langkah tambahan, kerajaan negeri Pulau Pinang mencadangkan levi sebanyak tiga peratus pada harga urus niaga hartanah di Pulau Pinang oleh warga asing bermula 2014.
“Dasar baru juga menetapkan bahawa rumah mampu milik (bawah RM400,000 di Pulau) hanya boleh dibeli oleh orang yang diluluskan oleh kerajaan negeri, manakala semua pembelian rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik dikenakan moratorium penjualan semula selama 10 tahun (kos rendah dan sederhana rendah) dan lima tahun (mampu milik), bagi memastikan spekulasi hartanah tidak berlaku,” terang Mohd Hariszuan Jaharudin seorang ahli MPPP.

Perbalahan di Pulau Pinang rupanya berjangkit hingga ke Sarawak. Pemuda DAP di Sarawak membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan PAS. Entah siapa yang mentarbiyah Pemuda DAP; di mana semua orang boleh bercakap apa saja dan membidas apa saja bagi pihak parti tanpa perlu melihat status diri?

Banyak lagi sebenarnya catatan serang menyerang antara parti komponen Pakatan. Semuanya sudah secara terbuka. Muncullah pelbagai ungkitan dan ugutan. Tiada siapa lagi dapat mengawal atau mahu mengawal.

Persis Umno bercakap mahu banteras rasuah. Cakap lain, buat lain. Demikian segelintir pemimpin Pakatan bila bercakap mahu memperkukuh Pakatan. Nampak macam tiada istiqamah pula dalam tindakan. Menyerang mana-mana parti dalam Pakatan secara terbuka itu kerja Umno/BN. Mengapa ambilalih kerja Umno/BN sehingga mendapat liputan istimewa dalam akhbar yang jadi musuh tradisi PAS sejak berzaman – Utusan Malaysia?

Berkata Saidina Ali, “Jangan salahkan orang menuduh kamu lakukan maksiat, jika kamu hadir di tempat maksiat.” Demikian realiti kita, jangan asyik menyalahkan pihak tertentu menuduh UG jika kita (secara tidak langsung) membantu kerja Umno/BN dengan menyerang terbuka rakan tahaluf.

Persoalan yang lebih penting dari itu ialah apa untungnya pemimpin PAS menyerang DAP? Mungkin ia strategi untuk menakutkan parti itu supaya menghormati tahaluf. Mungkin juga satu kaedah dakwah yang efisien. Atau mungkin juga hanya untuk memuaskan nafsu marah. Mana lebih besar mudharatnya terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS, antara menyerang secara terbuka atau berbincang secara tertutup? Hanya orang yang menyerang lebih arif akan maqasid serangan.

Terdapat penganalisis politik berpendapat, mudharatnya lebih besar jika DAP diserang secara terbuka kerana DAP mengembeling sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan.
Saya mendapat maklumat dari ramai rakan-rakan Cina berhubung pergolakan dalam Pakatan yang berlaku mutakhir ini. 100 peratus meluahkan pandangan bahawa ia memberi kesan negatif terhadap sokongan masyarakat Cina kepada PAS. Mereka berterus terang, jika pilihanraya diadakan sekarang majoriti orang Cina tidak mengundi PAS.

Sukar untuk mempercayai semua itu, sehinggalah akhirnya bertemu dengan kenyataan bekas AJK PAS Pusat di zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor iaitu Haji Kamal Koh. Katanya, berdasarkan laporan media Cina, beliau tidak menjumpai laporan positif mengenai PAS.
“Saya rasa imej PAS di mata Cina kini kembali ke tahun 1984 sebelum saya menyertai PAS sebagai ahli tidak lama selepas bermula daripada era kepimpinan ulamak.

“Adakah kita perlu bekerja dan kempen selama 30 tahun lagi untuk mendapatkan semula populariti PAS dalam masyarakat Cina?” soalnya.

Susah juga untuk menghuraikan pentingnya undi bukan Melayu kepada golongan manusia yang ‘bermakam tinggi’ beriktiqad bahawa segala-galanya atas kekuasaan Allah, bahkan syirik menganggap undi bukan Melayu sebagai penentu kemenangan.

Terpaksalah pula kita menerangkan asas aqidah Ahlussunahwaljamaah yang beriktiqad bahawa segalanya berlaku atas kekuasaan Allah, tetapi manusia dituntut berusaha, berikhtiar dan berdoa. Betul Allah yang tumbuhkan padi tapi tanpa berusaha menanam, melihat saja benih padi untuk tumbuh dan menghasilkan beras tanpa berbuat sesuatu maka itu aqidah sesat namanya. Demikian mengharap sokongan bukan Melayu dalam pilihanraya dengan mengambil sebab musabab yang menjauhkan mereka dari PAS adalah kerja tidak munasabah. Sedangkan pilihanraya menuntut suara terbanyak untuk memenanginya. Kecualilah PAS bersepakat menolak pilihanraya, maka tak perlulah memikirkan soal undi dan sokongan sesiapa pun.

Saya menyedari, sukar juga untuk menasihatkan ‘kaki serang’ rakan Pakatan. Antara jawapan popular, "Mengapa tak nasihat belah sana, asyik nasihat belah sini."“Mereka yang bertindak dulu, takkan kita nak biar saja…” Dah jadi macam budak-budak! Setiap kali khutbah Jumaah bermula, seringkali bilal mengingatkan jemaah, berdasarkan pesan Nabi SAW, “Jangan berkata-kata ketika khatib berkhutbah, walau berkata ‘diam’ sekalipun.” Suruh orang yang bising dalam masjid supaya diam pun bising juga namanya. Tak payahlah kita nak bantah Hadis Nabi dengan berkata, “Dia yang bising dulu, saya cuma suruh dia diam.”

Apa yang diulas ini adalah kerana DAP dan juga PKR masih rakan tahaluf PAS. Tahaluf siasi disahkan oleh Majlis Syura Ulamak, dipertegaskan oleh Muktamar. Tok Guru Presiden selaku pemimpin nombor satu juga masih mahukan PAS bersama dalam Pakatan. Bermakna setiap ahli bawahan sampai pemimpin tertinggi mesti menjaga adab dalam membetulkan rakan tahaluf jika mereka melakukan kesilapan. Jangan terlebih garpu dari sudu, terlebih lajak dari laju, terlebih baja dari perdu, terlebih wangi dari gaharu, terlebih mabuk dari samsu, terlebih haru dari keliru, gatal kurang terlebih garu. Kena beradab dan bersabarlah dalam jamaah. Jangan gopoh sangat.

Nukilan
Zulkifli Yahaya

Monday, 29 September 2014

Jika Sg Limau di beri AYAM & ITIK, di Pengkalan Kubor pula MICROWAVE & DUIT ZAKAT RM250

BN perlu post mortem kenapa menang di Pengkalan Kubor..!!

Microwave PRK....... duit zakat RM250 seorang..!!!

Memang Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DU) Pengkalan Kubor 25 September lepas tetapi hakikatnya, parti tunjang kerajaan itu wajib buat post mortem untuk mencari jawapan kenapa kerusi DUN tersebut masih kekal menjadi milik BN.

Kalau mengikut pemerhatian orang luar yang bukan pengundi Pengkalan Kubor, kemenangan BN sebenarnya tidak boleh dijadikan ukuran bahawa BN telah berjaya mendapat sokongan rakyat.

Sebabnya, BN terlalu pemurah sepanjang kempen PRK diadakan. Selain janji-janji untuk membangunkan Pengkalan Kubor, rezeki penduduk Pengkalan Kubor datang bergolek tak semena-mena.

Rakyat miskin di hampir semua saluran undi diberi zakat paling sedikit sebanyak RM250 seorang sementara beberapa saluran lagi mendapat habuan lain seperti ketuhar elektrik.

Paling menarik, walaupun zakat tersebut dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaaan dan swasta, penyampaian kepada penduduk yang layak dilakukan oleh pemimpin BN.

Tak kisahlah nak beri apa pun kepada rakyat kerana BN memang dikenali sebagai parti yang dermawan terutama kepada golongan miskin.

Yang menjadi persoalan, kenapa semua pemberian zakat dan sebagainya itu dilakukan pada PRK Pengkalan Kubor?

Apa juga alasan pemimpin BN, orang yang memerhati ada persepsi tersendiri iaitu tak lain tak bukan adalah untuk memancing undi.

Hak orang memerhati untuk bercakap apa sahaja tetapi memikirkan balik apa yang dicakapkan itu, memang ada kebenarannya kerana kalau zakat diagihkan kepada penduduk di Pengkalan Kubor, apa pula kata rakyat di DUN bersebelahan seperti Wakaf Bharu dan Kelaboran?

Apakah di kalangan rakyat DUN bersebelahan tidak terdengar berita zakat diagihkan kepada penduduk Pengkalan Kubor dan tidakkah mereka juga layak sebagai mana penduduk di Pengkalan Kubor?

Bukanlah hendak memuji parti kerajaan negeri tetapi kempen yang dijalankan selama 12 hari sejak hari penamaan calon tidak langsung melibatkan duit yang sememangnya bukan menjadi amalan mereka.

Malah beras yang diberi kepada rakyat miskin bukan diagihkan hanya pada pilihan raya tetapi menjadi rutin bulanan kepada rakyat Pengkalan Kubor yang layak.

Nasib baik BN menang dan cuba bayangkan kalau Pas berjaya merampas kerusi DUN yang telah tiga penggal menjadi milik BN itu?

Maka sebab itulah BN perlu membuat post mortem atas kemenangan yang dicapai walapun majoriti undi bertambah.

Ini bukan masanya BN boleh berbangga atau hanyut dibawa arus dengan keputusan PRK Pengkalan Kubor. Orang luar yang memerhati membuat kesimpulan BN sebenar kalah jika tidak dibantu oleh pemberian wang zakat dan sebagainya.

Ini adalah kenyataan yang tidak dinafikan oleh pemimpin BN. Memang BN berkempen bertemu pengundi tetapi mampukan BN mencapai kemenangan jika berkempen cara Pas yang langsung tidak mengeluarkan duit?

Segerakanlah post mortem untuk mencari punca kemenangan. Tanya diri sendiri apakah BN benar-benar boleh menang jika berkempen tanpa memberi zakat dan sebagainya?

Persoalannya, kalau Pas boleh, kenapa BN tak boleh? Jangan biar rakyat terus mengata BN menang sebab rasuah !

Bicara Rakyat

Kisah Geng UG dalam PAS..!!!

OPERASI UG DI DALAM PAS
Oleh Nie Feng


Ini adalah salah satu contoh operasi geng UG di dalam Pas.
Membuat kenyataan akhbar yang boleh menyebabkan pergeseran dalaman PR mahupun di dalam Pas sendiri berlaku.
Nik Abduh ialah salah seorang pendokong UG (Pakatan Umno di dalam kelam) yang ingin melihat PAS berpecah dan keluar dari Pakatan Rakyat.

1. Kenapa Presiden PAS Hj Hadi tidak pernah menegur kumpulan ini..?

2. Kenapa tiada kata dua di berikan kepada mereka ini.?

3. Kenapa tiada tindakan disiplin keatas mereka..?

4. Mereka ini membuat kenyataan atas kapasiti apa..?

JAWAPAN: Kerana Presiden PAS itu sendiri memang membenci Pakatan Rakyat kerana beliau mempunyai agenda tersembunyi bersama Umno.

Di belakang Nik Abduh, Khairuddin AtTakiri, Nasarudin Tantawi, Zaharuddin( Din Ayam) dan lain-lain lagi ialah Hj Hadi itu sendiri.

Yakinlah selagi ada UG dan Hj Hadi di dalam pimpinan Pas selagi itulah masalah tidak akan selesai.

Sunday, 28 September 2014

PAS sudah hilang 'seri' pada masyarakat cina..!!

Oleh Kamal Koh:


Saya telah mengikuti laporan dalam pelbagai media China kedua-dua di web dan kertas dari kebangkitan Selangor MB isu sehingga hari ini.

Saya tidak dapat mencari komen positif atau kenyataan pada PAS sehingga saya rasa imej PAS di mata Cina kini mempunyai kembali ke tahun 1984 sebelum saya menyertai PAS sebagai ahli tidak lama selepas bermula daripada 'kepimpinan ulama' (Ulama kepimpinan) era.

Adakah kita perlu bekerja dan kempen selama 30 tahun lagi untuk mendapatkan semula populariti PAS dalam masyarakat Cina?

Berapa banyak slogan 'PAS FOR ALL' dan 'NEGARA BERKEBAJIKAN' masih kedengaran mesra dan kepercayaan layak untuk Cina?

Apa slogan baru kita boleh memperkenalkan untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka?

[Panas] Bukan PAS yang nak ber UG dengan UMNO.. tetapi PKR & DAP..!!

Helah sebenar di belakang KRISIS PAS-PKR :


ok la ok la .. dah lama aku pendam benda ni .. tapi aku sebenarnya dah malas nak layan FB, jadi ni aku kupas ringkas la isu PR, PKR dan PAS ni bagi korang faham, lepas ni mungkin aku tak brape online sangat dah akaun ni .. sibuk beb ....

1. Pkr ni kita pun tau kebanyakannya (bukan semua) adalah geng2 umnuu yang merajuk, tak dapat jawatan etc, maka masuk PKR atas dasar TAK PUAS HATI kat umnuu / BN.

2. Tapi kita manusia, sampai bila kita nak berjuang atas dasar TAK PUAS HATI? Kena pulak kalau umnuu dah mula umpan sikit2 ... lama2 sure termakan kan? Ini termasuk geng2 dalam PAS yang berjuang atas dasar TAK PUAS HATI bukan atas PRINSIP Jihad.

3. Lepas PRU13 haritu korang perasan tak Azmin dan 9 orang ADUN buat hal tunjuk protes pada TSKI. Nak tahu kenapa? Sebab mereka sebenarnya NAK NEGO dengan umnuu BN ... Kalau cukup korum haritu mereka SAH akan tubuhkan kerajaan PERPADUANG dengan umnuu, tapi tak cukup ... lepas tu NAK COVERLINE mereka tuduh team UG dalam PAS yang nak join umnuu ....

(Aku dah citer sejarah team UG ni apa, bukan nak join umnuu, tapi nak buat kerajaan perpaduan dengan SEMUA PARTI termasuk umnuuu)

4. Anwar dah makin desperado, semakin hari makin tua, sekarang dia dah 66 tahun. Klu Najib dapat sumbat dia dalam jel lagi 6 tahun, kluar jel dia dah 72 tahun, ko rasa dia larat lagi ke nak jelajah satu Malaysia nak jadi PM masa tu?

5. Anwar pun tahu PKR tak kuat mana. Lepas PRU13 dia cuma ada Selangor nak nego dengan Najib / BN. Tapi TSKI punya posisi agak pro PAS dan neutral, dan lepas krisis dengan Azmin Ali, habis geng2 Azmin kena cantas dengan TSKI kat Selangor. Bukan cantas banyak, cuma tak bagi projek .. TAK MASSSYUUUKKK la orang kata.

6. Jadi bila tengok keadaan ni, si Rafizi ni terlajak bijak pergi cadangkan Anwar jadi MB Selangor melalui Langkah Kajang. So Anwar boleh redakan kemelut Azmin-TSKI, boleh cilok duit 3 B untuk perkukuhkan PKR dan "belli" ADUN2 PAS dan DAP dan juga MP2 BN dengan duit ni banyak ni!

7. Tapi Najib lagi cepat dapat tangkap plan ni lalu counter balik, agak2 korang saper yang belot dalam PR? Iaitu orang yang NAK JADI MB la .. kalau Anwar jadi MB, berkerut tua la dia tak jadi MB ... kikiki

8. Mula la ditabur2 ceritanya TSKI dah kena beli, padahal orang yang menjual dan membeli tu tahu semua gerak geri TSKI. Dia yang jual maklumat kat umnuuu ....

9. Sikalang Azmin dan berjaya jadi MB, dan perkukuh lagi kuasa PKR di Selangor dengan menambah EXCO. PAS dah dilihat "lemah" dari kacamata umnuu ... dalam kata lain PR tak akan bertahan dan PAS bakal meninggalkan PR sebelum PRU14.

10. Anwar dan Azmin tengah NEGO dengan Najib untuk MASUK SEMULA ke dalam UMNUU / BN .. Najib pun agak desperado sebab Tun M duk hentak dia hari2 ...

11. Andai kata nego ni selesai, samada SEBELUM PRU 14 atau SELEPAS PRU14, Aku yakin Anwar dan Azmin akan masuk umnuu semula. Matlamat perjuangan mereka ialah untuk DAPAT JAWATAN. Mereka akan dapat di dalam umnuu / BN. Malah mungkin mereka bawa sekali PKR jadi komponen BN kalau nego masuk umnuu macam tak besh.

12. DAP pun boleh dipujuk masuk BN. Jadi kemungkinan besar PAS akan tinggal sorang2 kat luar. Lagi besh kalau mereka dah lemahkan PAS selemah2nya, lagi besar power mereka boleh NEGO dengan Najib.

13. Untuk itu aku cadangkan kat ahli2 PAS yang setia dan ikhlas, kita kena siap2kan diri memperkuat jentera bagi menghadapi PEMBELOTAN TAHAP MEGA yang bakal / mungkin dilakukan oleh PKR dan DAP.

Mereka ahli parti2 sekular, dengan umnuu ni hampir sama jek. Masa kat bawah pum pang pum pang, bila dapat kuasa perangai umnuu mula lah keluar ... Mereka berjuang bukan untuk Islam tapi untuk PERIUK NASI mereka. Rakyat hanya jadi KUDA tunggangan mereka untuk dapat KUASA.

ok ada faham ke?

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya Janji Robbi

Nukilan...

Friday, 26 September 2014

Misi Azmin MB Selangor , Anwar sudah berjaya..inilah buktinya...


Anda saksikanlah dengan mata anda sendiri apa yang telah berlaku... Adakah ANWAR kecewa sebab ISTERI nya tidak menjadi MB... 

Kecewa apanya siap layan-layan potong kek lagik nie... meraikan Exco dan MB baru dari Keadilan...

Tembelang "BARUA" Hj Hadi terdedah, ada kepentingan JAWATAN & GLC sebenarnya..!!



Ini bukan kami kata tapi Izham Hashim - YDP Kelana Jaya yang berkatanya...


Pemimpin PAS ada kawalan kuat di GLC S’gor melalui Khalid'

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Ir. Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana ada kepentingan peribadi. 

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?" anjuran Lensa Anak Muda Malaysia di ibukota malam tadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Meskipun tanpa menyebut nama, namun yang nyata kritikan beliau terhadap pemimpin kanan parti tersebut mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa wujudkan kepentingan peribadi pemimpin kanan berkenaan tentang mengapa beliau beriya-iya mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sehingga mengeluarkan perkataan BROKER dan BARUA di dalam ucapan penggulungannya di muktamar baru-baru ini. 

Dengan menyebut nama Raja Idris sebagai orang yang disifatkan sebagai "MB Kedua", Raja Idris merupakan orang yang dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan merupakan orang yang rapat dengan Presiden PAS. 

(Blog ini pernah mendedahkan kisah ini di dalam entri bertajuk: Gambar Ini Untuk Kite-kite Aje....?

Sebelum itu, Izham yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya juga menyelar tindakan pemimpin kanan berkenaan yang tidak menghadiri mensyuarat Pakatan Rakyat tetapi kemudian membuat keputusannya sendiri.

Beliau menyatakan jika pemimpin kanan berkenaan betul-betul mengamalkan semangat setiakawan, tidak berlaku apa yang dinamakan kemelut MB Selangor sejak beberapa bulan yang lalu. 

Walaubagaimana pun beliau tidak menafikan ada hikmah apabila berlaku hal sedemikian. Ia mendedahkan beberapa perkara terutama tentang (pemimpin) PAS yang bermasalah.

Sementara itu, di dalam wacana yang sama, Ustaz Ridwan Abu Bakar yang terkenal dengan insiden Unit AMal merampas mikrofonnya di muktamar yang lalu kerana menegur perwakilan Wilayah yang membaca doa laknat, menyatakan PAS perlu reform, perlukan tajdid pemikrian jika mahu ke arus perdana. 

Beliau turut mendedahkan perlunya definisi "ulama" itu diperbetulkan kerana menurut beliau, kini terdapat banyak kategori yang dipanggil "ustaz', namun yang diperlukan oleh kita sekarang ialah "gerakan pemikiran".

Dengan mengambil contoh ulama-ulama di Mooroko, ulama di sana telah berjaya melepaskan diri dari istilah-istilah haraki seperti wala, tsiqah dan sebagainya menjadi kelompok yang menawarkan pemikiran yang pemikiran itu diambil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi. 

"PAS jika kita nak bawa ke depan, perlu tajdid, perlu reform..", tegasnya. [GREENBOC]

Apabila puak MAHADET bertembung dengan puak PAK LAH melondeh bab harta..!!

hari nie nak  sembang bab PEMUDA UMNO yang tidak puas dengan MAHADET yang dibandingkan dengan kerja buat PAK LAH..

Ok tengok gambaq dulu....dari BERNAMA lagik tuuu



ini pulak di jawab oleh anak buah MAHADET...

Tun Maharezza

Pemuda umno mana yg bodo sengal bebal sgt ni ? Siapa nama dia ?

1.mirzan mahathir beli san miguel corps iaitu sebuah syarikat pelaburan hartanah dn pelbagai sektor pelaburan termasuk kilang arak jenama san miguel.

2.kilang arak mana di dlm dunia ini yg harganya sampai rm 29 billion ?

3.klu begitu besar nilai harga kilang arak rm 29 billion ,sdh tentu perniagaannya laris dn tiada sbb utk pemilik lama nya menjualnya.

4.apakata pemuda umno ini pula ttg :

1 .kontrak nasi lemak mas bernilai rm 6.3 billion

2.siapa yg luluskan laluan air asia yg asalnya milik mas ?

3.siapa yg matikan laluan penerbangan mas ?

4.siapa yg jual mv agusta rm 1 ringgit ?

5.siapa pemilik scomi dn sejak bila scomi jd kaya besar dn pelabagai kontrak oil n gas ?

editor :
M.A Shah

Politik yang dibawa PAS sekarang ialah POLITIK BOSAN..!!!


Prof Madya Dr Agus Yusof dalam status FB pada 2 September membuat rumusan awal:

"Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.

"...Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur."

Sebenarnya PAS harus sedar mereka memerlukan UNDI dari RAKYAT... UNDI ini sebenarnya adalah sama sahaja biarpun yang memangkah itu USTAZ, PELACUR, PENOREH, LAWYER, OPERATOR, PESAWAH, NELAYAN....semua di kira 1 sahaja undi...bukannya USTAZ dikira 10, PELACAUR dikira 1, PENOREH di kira 2, LAWYER di kira 8 dan seterusnya....

Namun syndrom POLITIK BOSAN ini wujud apabila PAS sudah seperti tidak menghargai penyokong-penyokongnya dan yang lagi BOSAN apabila dilihat mereka seolah-olah meraikan golongan yang beragama sahaja sudah tidak lagi bermatlamatkan PAS FOR ALL....

Golongan penyokong yang bukan datang dari yang beragama yang tidak mengikut pimpinan yang beragama dibuat seperti tidak laku dan dipandang hina sahaja... mereka ini dikehendaki wala dan patuh sahaja apa yang berlaku dan jika golongan ini bangkit memeprsoalkan sesuatu perkara bukan hujah yang dijawabnya tetapi hukuman terus diberikan kepada mereka....antara hukuman nya ialah mereka dianggap penyokong yang tidak wala, tidak jelas fikrah dan golongan ahli neraka....

Perkara sebeginilah yang membuatkan PAS itu semakin dijauhi oleh kelompok-kelompok penyokong yang tidak sehaluan tadi...di samping kelaku pimpinan yang dilihat seolah-olah tidak boleh dibawa berbincang dan tidak terbuka untuk menyelesaikan konflik yang berlaku..

mereka sudah BOSAN dengan retorik yang berlaku dalam PAS.... kebanyakan rakyat masih menaruh harapan untuk melihat PR membawa perubahan dalam negera...bukan PAS...bukan secara solo... rakyat meluat dengan UGUTAN dan LAFAZ kita keluar..kita keluar...pergilah keluar jika dah berasa hebat sangat...

Jika sebegini kelaku yang diteruskan oleh PAS tidak mustahil PAS akan lenyap di LAUTAN HINDI seperti mana hilangnya MH370......

M.A Shah
Pengundi Bebas

PAS, PKR & DAP buanglah jauh-jauh ego masing-masing sebelum kami kata BARUA kepada anda..


Sifat angkuh, sombong, menghina, dolak dalik Dan khianati rakan telah menjadi ikon masa kini dalam parti politik negara....

dah tau dah nak lawan UMNO BN nie kita semua kena sepakat dan bersatu hati tapi sikit2 sembang semua mcm hebat...

PAS cara PAS... DAP cara DAP... PKR cara PKR... PAS dok kira nak Ugut keluar... PKR / DAP dok kira nak hukum PAS sebab tak sepakat....

Sudah2lah semua hangpa semua nie sebenarnya yang BARUA ; HARAM JADAH.... kami rakyat dan macam nak mampos dok kena herdik dan hisap darah oleh puak sana last hangpa pulak yang dok atas tak boleh nak berjiwa besar....

Thursday, 25 September 2014

Sudah-sudahlah tu wahai UG, Presiden PAS bukan calon nama AZMIN pun..

Bukti Nama Azmin Tidak Dicalonkan Presiden PAS

Janganlah sampai lembu punya susu sapi dapat nama.

Hakikatnya Presiden PAS dah bengang sbb Azmin dah pecah lobang pasal Presiden PAS nak tubuh kerajaan perpaduang dgn UMNO dan mahu melibatkan Azmin sekali.

Maka, dlm dua surat yang dihantar ke Istana, tiada nama Azmin di dalam nya.

Nama2 yang dicalonkan Presiden adalah Yunus, Solehhin Mukhyi, Iskandar Samad, Idris dan Yaakob Sapari.

Machai2 UG berhentilah buat dakwaan kosong.

Malulah diri sikit

http://www.malaysiawaves.net/2014/09/bukti-nama-azmin-tidak-dicalonkan.html
Majlis Syura Ulama larang PAS calonkan Wan Azizah, Azmin jadi MB Selangor, lapor Utusan

Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di samping nama dua Adun PKR, dedah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam Utusan Malaysia hari ini.

Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.

Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.

"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.

“Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia senarai calon itu dihantar Pejabat Presiden PAS ke istana Selangor, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah ia terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

Ditanya kemungkinan salah satu daripada 2 nama calon PKR itu adalah Dr Wan Azizah, beliau hanya menjawab:

"Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)."

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider semalam, pihaknya menafikan laporan The Star Online yang mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun mereka sebagai calon menteri besar Selangor.

Menurut laporan portal itu, PAS menghantar nama Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa pada masa ini enggan mendedahkan nama yang dicalonkan PAS kepada istana.

Malam tadi selepas mesyuarat biro politiknya PKR berkata akan mengambil "langkah yang perlu dan sesuai" dalam tempoh 48 jam akan datang berikutan teguran pihak istana Selangor kerana hanya mencalonkan presidennya Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang enggan menjawab sama ada parti berbilang kaum itu akan menghantar lebih 2 nama seperti yang diminta Sultan Selangor mengakui PKR menerima surat daripada istana dua hari lalu.

"Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai. Kami akan bertindak sewajarnya dalam tempoh 48 jam akan datang," katanya di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya malam tadi.

Perkembangan terbaru itu menggugat lagi hubungan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR, PAS dan DAP yang sudah tercalar dalam krisis menteri besar Selangor ini.

Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan mengekalkan Khalid selepas pendirian itu juga dibuat Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keputusan itu dibuat sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos dan kemudiannya dianjakkan ke 13 Ogos dan seterusnya menjadi kenyataan pada 17 Ogos.

Pada mesyuarat yang sama, majlis syura juga membuat keputusan agar PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Krisis menteri besar Selangor bermula sejak pelantikan Khalid buat kali keduanya selepas pilihan raya umum ke 13 pada Mei 2013 lalu apabila Azmin juga mendesak agar beliau dipilih untuk memegang jawatan itu.

Namun ketiga-tiga parti bertegas mahukan Khalid.

Pada 22 Julai, Anwar mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Ia kemudiannya dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

Pimpinan PAS, khasnya Mustafa dan Iskandar sebelum ini mengumumkan PAS tidak akan mencalonkan pemimpinnya sebagai menteri besar.

Namun keputusan kini dibuat Majlis Syura untuk turut mencalonkan Iskandar.

Keputusan itu dikatakan diambil berikutan permintaan istana Selangor.


Kenyataan Resmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Sept), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmin Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Haji Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS
5 Sept 2014 bersamaan 11 Zulkaedah 1435H. -


ULASAN GB

Dari maklumat-maklumat yang sampai ke email GB, ini adalah senarai calon yang dikemukan oleh PAS. Betul atau tidak wallahu alam.

1. Dr Idris Ahmad (ADUN Ijok-PKR)
2. Dr Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik-PKR)
3. Ir Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka-PAS)
Tak payah ulas panjang-panjang. Anehnya Mustafa Ali membuat kenyataan itu melalui akhbar Utusan Malaysia. Bukan oleh media-dia PR atau media PAS sendiri.

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya peranan dan keanggotaan Majlis Syura Ulama disemak semula kerana majlis yang ada kini tidak dapat diterima oleh MAJORITI ahli PAS. Ini kerana keputusan muktamar PAS telah membuat keputusan untuk memperkukuhkan kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Majoriti AJK PAS Pusat yang memenangi pemilihan PAS tahun 2013 yang lalu adalah daripada kumpulan profesyenal. Kekalahan Nik Amar yang mewakili kumpulan ulamak tewas di tangan Mohammad Sabu di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden merupakan manifestasi majoriti ahli PAS mahukan golongan profesyenal memimpin parti.

Terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan Majlis Syura Ulama untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Saranan GB telah disambut oleh calon Ketua Pemuda PAS yang penah gambarnya di"anjing'kan oleh golongan yang mengaku pro-ulama, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya:

A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3)
B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat.
C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.
D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan.
E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.

http://greenboc.blogspot.com/2014/09/ini-calon-calon-mb-selangor-dari-pas.html

PAS kena sailang dengan Pimpinan Besar PKR & DAP di Pengkalan Kubor



Aduhai PAS, anda kata anda hebat... anda punyai jentera yang ramai dengan dilengkapi sudah berapa puluh kali dah pilihanraya...jadi sesuai jugalah pimpinan-pimpinan besar PR tak turun..

Hendak turun buat apa lagi..hendak kempen apa lagi...serah saja kepada PAS dan mereka dapat selesaikannya.. Sebelum ini dengan suara yang bongkak anda sanggup nak jentik mana-mana rakan yang sesama dengan anda...dalam ertikata berani dengan geng sendiri sahaja....

jadi sekarang buktikanlah kemampuan jentera anda....tapi akhirnya............


PAS redha dengan tindakan rakannya dari PKR dan DAP yang tidak dapat turut sama membantu kempen calonnnya dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.


Pengarah jentera PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pemimpin PKR dan DAP tidak turut serta dalam hari-hari terakhir kempennya kerana tumpuan pada isu pelantikan menteri besar Selangor.

PAS lihat peluang makin tipis di P Kubor

PAS melihat peluangnya untuk menang dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor makin tipis kerana pengundian esok akan berlangsung pada hari bekerja.

Walaupun kerajaan negeri sudahpun mengumumkan esok sebagai hari cuti peristiwa, PAS melihat bahawa tarikh tersebut menghalang kira-kira 2,000 pengundi luarnya untuk pulang mengundi.

Pengarah jentera PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengharapkan kumpulan pengundi untuk memberi sokongan pada mereka, ekoran persaingan sengit yang dihadapinya sepanjang kempen ini.

“Logiknya, pengundi akan berkurang sebab pengundi luar mungkin tidak akan pulang kerana selepas ini akan raya haji, pengundi (perlu) balik ke kampung dua kali.

Wednesday, 24 September 2014

Audio : Kenapa kini PAS huru-hara & siapa dalang disebalik semua ini berlaku..?

Rakaman Audio Ucapan Ust Taib Ahmad (Setiausaha PasMa) sewaktu perjumpaan PasMa yang pertama kali di KB...

Anda dengarkanlah apa yang dikatakan oleh beliau dalam perjumpaan tersebut... anda dengarlah kenapa PAS semakin huru-hara sekarang ini dan anda dengarlah siapakah Master-Mind di sebalik semua ini berlaku...

Selamat mendengar...!!! 





Admin Syssss..!!

Tuesday, 23 September 2014

Habis semua kena 'GAME' dengan ANWAR dalam Isu MB Selangor

Inilah Cita-Cita Anwar sebenarnya.....
Antara sebab ANWAR tidak mahu dilihat beliau ingin mengangkat AZMIN adalah sebab-sebab yang dinyatakan di bawah ini... Antara isu paling besar ialah AZMIN & KHALID sedang berseteru... dalam ertikata sedang berlaga antara satu sama lain...

Seandainya ANWAR angkat AZMIN sudah pasti beliua akan dilihat sebagai menyebelahi AZMIN dan juga berseteru dengan KHALID... jadi sekarang dalam strategi politik beliau, ANWAR telah divert isu ini kepada AZIZAH kerana beliau tahu AZIZAH tidak akan diangkat menjadi MB oleh ISTANA jadi apabila AZMIN diangkat oleh ISTANA maka tidak ada sesiapa yang boleh mempertikai dah akan perlantikan AZMIN....

Itulah ANWAR... tiada sesiapa mampu membaca politik beliau sampai PAS & DAP pun kelihatan tertunggu-tunggu apa akan berlaku seterusnya dalam critera ini....

Azmin, dulu ‘seteru politik’ Khalid, kini MB

SHAH ALAM - Mohamed Azmin Ali, yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 pada Selasa adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Abdul Khalid dipecat daripada jawatannya.

Mohamed Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin pakatan rakyat yang membantah keras pelantikan semula Abdul Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka telah mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta para penyokong masing-masing.

Krisis antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid memuncak apabila Mohamed Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Dis tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Abdul Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.

Permusuhan itu berlanjutan apabila Abdul Khalid memutuskan untuk menentang Mohamed Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Abdul Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas.

Pada Selasa, Mohamed Azmin secara rasminya menggantikan Abdul Khalid, Menteri Besar Selangor sejak 2008.

Kini tiba masanya Mohamed Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Abdul Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1964, anak kelahiran Singapura itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur, Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 1982, Mohamed Azmin melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota dan Sarjana Pendidikan ( Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.

Penglibatan awal Mohamed Azmin dalam politik bermula sekitar 1987 apabila perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad membuka peluang kepada beliau untuk membantu Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau yang sebelum itu bertugas sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran dilantik sebagai Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Oktober 1987 sehingga 1998.

Kesetiaan Mohamed Azmin kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 Sept 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.

Insiden pemecatan Anwar juga merupakan permulaan kepada kekeruhan hubungan Mohamed Azmin dengan Dr Mahathir yang dianggap sebagai bapanya sendiri, malah Mohamed Azmin merupakan antara yang paling lantang mengkritik bekas perdana menteri itu.

Mohamed Azmin merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.

Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013 dan mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.

Pada PRU ke-10 pada 1999, Mohamed Azmin yang mewakili Parti Keadilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.

Pada PRU Ke-12, 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi Dun Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-Umno Haslinda Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.

Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU ke-13.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau tidak pernah lepas daripada kontroversi, antaranya beliau pernah ditahan selama tujuh hari berhubung siasatan mengenai harta pendapatan di antara tahun 1992-1995.

Mohamed Azmin juga menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah, antaranya pada 2001 apabila beliau dan Ketua Pemuda Keadilan ketika itu Ezam Mohamed Noor didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram ketika pilihan raya kecil Dun Lunas, Kedah dan pada 2012 beliau dan Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara. - Bernama

Monday, 22 September 2014

Akhirnya cita-cita Anwar mahu naikkan Azmin sebagai MB berjaya...


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana lebih kurang pukul 5 petang tadi.

"Sukacita dimaklumkan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan melantik Y.B Tuan untuk menjawat jawatan Dato' Menteri Besar Selangor berkuatkuasa mulai 23 September 2014." kata surat tersebut.

Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.


Surat pelantikan daripada Istana


Azmin sebelum ini menafikan beliau akan dilantik untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menganggap berita yang tersebar sebagai khabar angin.

Gambar raptai upacara mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu sudah tersebar di laman sosial, namun tidak kelihatan gambar ADUN yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor di dalam gambar tersebar itu.

Selain Azmin, dua Adun PAS, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi turut dikatakan tersenarai sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun Iskandar menafikan beliau dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR sebelum ini hanya menamakan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon menteri besar yang baharu.

Namun pihak istana Selangor meminta agar semua parti dalam Pakatan Rakyat memberikan lebih dua nama untuk diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setelah tarikh akhir menghantar nama calon menteri besar, hanya PAS menyerahkan tiga calon manakala PKR dan DAP tetap dengan pendirian menamakan Wan Azizah.

MB Selangor : Azmin selangkah sahaja lagi, Anwar tersenyum gembira...

Takan Anwar nak beritahu 1 dunia dia nak lantik Azmin kerana Azmin dan Khalid
sedang bermusuhan.. jadi beliau divert isu ke Azizah..
Gambar Berlegar di Internate
Akhirnya cita-cita Dato Seri Anwar cuma selangkah sahaja lagi untuk direalisasikan....dengan tersebarnya spekulasi hari ini ialah Orang kuat no 2 PKR akan  di lantik MB Selangor...dari sumber istana..

Kemana lagi acuan acuan yang dibentuk olih dato sri anwar ini sudah sampai kemuncak perjuangan nya.....

Sebab itu dia bertanding dikawasan adun negeri.....dia mempunyai cita cita yang diajar oleh Dato Sri Anwar sejak pemecatan dato sri lagi..

orang ini lah paling setia dengan perjuangan parti..ganjaran telah diberi olih sultan selangor..sultan bijak menilai ..kerana mb ini azmin ali orang yang akan membenteras habisan adun umno yang bercita makan rasuah diselangor..

Inilah Cita-Cita Anwar sebenarnya.....
Orang ini lah akan menyambung tugas besar parti keadilan ke putra jaya.... sumber tepat dato sri anwar bersetuju penuh jawatan itu diberi kepada pkr..azmin ali mb baru.... 

bermula lah episod 12 adun umno lauk azmin kerana azmin ini lantang dan berani sergah adun umno yang suka menyeleweng....adun umno lauk bagi azmin dalam dewan negeri selangor..selamat maju jaya mb baru... parti keadilan rakyat.

Langkah keputra jaya pru 14..

Note : Akhirnya sumber yang kami dedahkan akan menjadi kenyataan esok...

Pimpinan & Ulamak PAS yang ajar ahlinya kencing berlari..!!



KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

Salah satu cara bagaimana kanak-kanak belajar adalah dari melihat contoh perlakuan kedua orang tuanya dan orang yang di sekitarnya terutamanya ahli keluarga.

Kaedah pendidikan ini seringkali diungkap dengan istilah Kepimpinan Melalui Tauladan; di mana ketua keluarga memimpin family nya menggunakan contoh perlakuan dirinya.

Maka ulama PAS telah mendidik para syabab PAS dengan banyak contoh tauladan, antaranya:

(1) mendoakan keburukan kepada pemimpin

(2) mencaci maki pemimpin

(3) menegur pemimpin secara kasar dan terbuka

(4) menentang pemimpin yang dirasakan menyalahi kebenaran

(5) meninggalkan dewan parlimen

Maka contoh tauladan ini dihayati lama, dan mendarah daging dalam diri syabab PAS.

Natijah nya para syabab ini pun mula menggunakan segala tunjuk ajar yang di perturunkan kepada mereka oleh para ulama mereka.

Justeru mohon para ulama PAS jangan menganggap para syabab PAS telah kurang ajar kerana jika kalian anggap itu adalah kurang ajar, bererti kalian lebih layak di panggil "kurang ajar" dan "salah mengasuh".

Nukilan Hati,
Abu Amru Radzi Othman

Sunday, 21 September 2014

Broker & Barua - Hebatnya ILMU Hj Hadi merangkap Naib Ketua Ulamak Dunia..!!


واذا حكمتم بين الناس ان تحكموا بالعدل ان الله نعما يعظكم به ان الله كان سميعا بصيرا.
سوره النساء اية ٥٨ 
Apabila kamu menghukum di antara manusia, maka hukumlah dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi sebaik-baik pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar dan melihat.

Majlis Syura Ulamak menpertahankan Tan Sri Khalid atas alasan beliau tidak melanggar syarak tidak pernah disabitkan kesalahan di Mahkamah.

Adun Hulu Langat & Adun Morib tidak pernah didakwa di mahkamah malah tidak pernah dipanggil tunjuk sebab kpd PAS Pusat mahupun MSU sebelum ini tapi mereka dilaknat, dihina, dimaki, dan dibaruakan di hadapan khalayak oleh Naib Ketua Ulamak Dunia.

Hebat akhlak ulamak dunia!!! Sudah angkuh bongkak melulu!!! Ayat yang sama ulamak tersebut baca dlm permulaan ucapan tapi apa yang dia ambil dari ayat tersebut kami pun tak tahu. Allah kata ADILLAH DALAM MENGHUKUM.

Adakah Adun Morib & Adun Hulu Kelang diperlakukan dgn adil? Sudahkah mereka diadilkan dengan sewajarnya... sudahkah mereka dipanggil mengadap AJK DISIPLIN PARTI dan di bicarakan seadil-adilnya.... Lawan adil ialah ZALIM....!!

Jihad paling afdhal ialah berkata benar di hadapan penguasa (pemimpin) yg ZALIM

Penulis Jemputan
Adam Al-Pekani

Saturday, 20 September 2014

MB Selangor - Akhirnya ANWAR setuju AZMIN...!!!

Dari kiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azwan Ali. Azmin dipercayai akan dilantik sebagai menteri besar Selangor pada 23 September kelak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2014.
Dari kiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azwan Ali. Azmin dipercayai akan dilantik sebagai menteri besar Selangor pada 23 September kelak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2014.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dipercayai akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru selepas kata sepakat dicapai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber memberitahu, Anwar menelefon Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail agar memasukkan nama Azmin dalam calon menteri besar Selangor yang dikemukakan PKR.

"Anwar menelefon setiausaha agung dari Turki bagi memaklumkan keputusan itu," kata sumber PKR kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan, antara syarat yang dipersetujui antara Anwar dan Azmin adalah berhubung pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan juga pegawai di pejabat menteri besar Selangor perlulah mendapat persetujuan bersama.

Sumber PAS pula berkata, besar kemungkinan Azmin juga terpilih sebagai menteri besar Selangor kerana sukar bagi calon parti Islam itu mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

"Azmin akan mendapat sokongan PKR dan DAP. Adun PAS juga saya percaya akan menyokong beliau dalam keadaan sekarang. Lagipun mesyuarat PAS Pusat sudah memutuskan dua calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, sekiranya calon partinya yang terpilih, kerajaan yang dibentuk tidak akan kekal lama.

Mohamad berkata pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR.

"Jika DAP dan PKR tidak setuju PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara," kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam.

Kenyataan beliau turut disokong Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Keputusan dibuat, kerusi itu milik PKR," katanya ketika ditemui wartawan dalam muktamar itu.

Istana Selangor mula menghantar surat jemputan bagi menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar baru Selangor mulai Khamis.

Majlis itu akan diadakan Selasa, 23 September ini di Istana Alam Shah, Klang.

Dewan Diraja Selangor pula dikatakan akan bermesyuarat esok bagi mempersiapkan majlis pelantikan menteri besar yang baru di samping mengesahkan calonnya. – 20 September, 2014.

Thursday, 18 September 2014

PAS sudah joint CLUB UMNO & PKR...!!

http://1.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TKtNb7YQ2mI/AAAAAAAAKcE/-4K_cEgP_Uk/s1600/37721_1492835128125_1451449142_1261353_6763368_n.jpg
mesyuarat UMNO siap main tunjai-tunjai muka

http://1.bp.blogspot.com/_VuxvN2xqa-c/TKlnwiybUjI/AAAAAAAAAkY/qNNr9m7QUP4/s1600/44877_159064330789922_107197225976633_391088_3565746_n.jpg
mesyuarat PKR pula baling kerusi

dan yang paling hebat ialah yang terkini iaitu.. PAS...
mereka pun dah pandai BOIKOT keluar dewan nie...





Intipati Ucapan Mat Sabu sewaktu RASMI MUKTAMAR PEMUDA PAS PUSAT...Ooo keluar ambik wudu...!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

INILAH MAT SABU

1. Hentikan amalan label-melabel sesama sendiri.
2. Jangan tubuh parti politik baru atas nama Islam.
3. Boleh tubuhkan NGO yang bersama PR.
4. PAS mesti dipelihara terus.
5. Rakyat memerhati prestasi pemimpin dan parti yang memerintah.
6. Perbezaan dalam parti hendaklah dianggap perbezaan dalam keluarga.
7. PAS perlukan kawan yang ramai untuk pertahankan kemenangan.
8. Jangan layan Umno yang sedang kenyit mata kepada PAS.
9. Cemburu kepada DAP yang semakin mendapat tempat daripada profesional.

Jika inilah intipati ucapan Mat Sabu, sembahyanglah Asar awal sikit supaya ucapan beliau dapat dihadam dengan elok.

Atau, buatlah jama' taqdim kerana memang sudah tahu waktu Asar muktamar akan berlangsung.

Popular Posts